Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

My Fan Page

4:57 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.


I think there is not too late to wish Selamat Hari Raya Aidil Adha to my fellow readers. This year I celebrated my Aidil Adha with many incidents. Had come late when the jamaah had Tahiyyat Akhir Solah Eid, then can't sleep well until I finished my lunch. And surely, the feeling when celebrate Aidil Adha is not same with Aidil Fitri, going back to kampung and meet my big family.




Oh ya, one thing that I found yesterday; my fan page for ariffcantabile.blogspot.com. I neglected it for 5 months and today I remake it again. To all of my readers, please like my fan page at www.facebook.com/ariffcantabile :)

Okay, I think have no more ideas tonight. Wassalamualaikum.

p/s: there is no more holiday this week




Labels:

Kick Out The Mistakes

11:48 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Sometimes we don't look back again to reach our destination, but how can we learn our mistakes if we don't learn from our mistakes? Yeah, we are not computer, can redo anything, can pause our work, can reset our error. But we are supercomputer; human. We can't redo anything, but we can learn from our mistakes. We can't pause our work, but we can take a nap before continue it. We can't reset our error, but we can change our error into correction.

I am comphuman

Yeah, learn from my mistake. Even always do the same mistake. Grrr, hate it!!! Argh, why must happened to me? Human error, or mistake error? And now this is the fifth 'Double A' come into me. Enough with it!

Why must me?

I just arrived from my meeting. Sounds funny when I attended it with formal uniform, with long sleeves and blue-white stripes shirt, dark blue trousers and my Louis Vuitton shoes. Yeah, I am now Vice Director of Research and Development, Secretariat of Human Resource Development. Thanks Allah, this meeting just once in 3 months, and the next meeting will be held on December 1st, 2011. This is the biggest position I receive after Executive Councillor of Publicity in my faculty and Deputy of Head Director in Temasya Gemilang Kolej Keris Mas last year.

When meeting ended

Another Director and Vice Director
Oh no! Today I have a class at 8 am, but my eyes can't close and I can't sleep. Urrmm, today I want to meet her at bus stop, 5 pm. Okay my friend, see you later.

Wassalamualaikum.

p/s: this is my first trial with English entry. sounds weirdo with my vocabulary, maybe.





Labels: , , ,

What Happened When River is Blocked?

4:33 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat, saya kurang sihat dengan hidung berair, mata merah dan tekak sakit. Kesimpulannya, saya kurang sihat dan bercadang untuk mengambil MC. Tapi jangan risau, saya belum sampai ke tahap gila, memandangkan saya masih mampu solat berjemaah di surau dan menaip perkataan demi perkataan dalam entry ini. InsyaAllah Ahad ini kesihatan saya semakin okay dan saya cergas untuk mewakili kolej dalam sukan golf. Amin.

Semalam, saya masih mencari konklusi, masih mencari lagi. Bukan mengenai assignment, namun mengenai dia lagi. Saya mendapat masukan daripada kawan saya mengenai perempuan yang bersikap sedemikian.


Perempuan yang mengucapkan 'Selamat Malam' kepada lelaki selama dua malam berturut-turut dan menggunakan perkataan 'Dear', maka perempuan ini tergolong kepada 4 golongan: bersifat keibuan, mesra dan berkasih sayang (pengecualian apabila mesej itu hanya kepada lelaki tersebut), menaruh minat (belum mencapai tahap untuk mengahwini), dan pemalu murtad.
  • Kesimpulan: Saya boleh meletakkan dia dalam kes kedua atau mungkin, ketiga. Pemalu murtad? Apa pula itu?
Pemalu murtad ialah mereka yang tiada rasa malu, menggunakan ayat-ayat yang gedik untuk memikat lelaki tersebut dan lelaki tersebut akan terkesan dengannya.

  • Kesimpulan: Dia mungkin boleh diletakkan dalam kes pemalu murtad, namun belum ada satu bukti sahih dan sah yang mana dia adalah seorang yang gedik, memandangkan dia amat jarang bersama dengan lelaki (aku rasa aku seorang je lelaki yang selalu lepak dengan dia). Kecuali kalau dia juga bersikap sedemikian kepada lelaki lain di luar kolej, fakulti atau UKM. Maybe.

Mungkin kes pemalu murtad ialah daripada latar belakang yang mana perempuan tersebut jenis kaya dan mewah. Maka tindakan lelaki tersebut ialah harus cool dan kegabraan membuat lelaki nampak tidak matang. Tunggu tindakan perempuan tersebut, kalau dia masih berlarutan dalam tempoh panjang, maka hal ini perlu diambil serius.

  • Kesimpulan: Tempoh panjang tu berapa lama? Sehari? Seminggu? Sebulan? Okay wait and see.

Langkah menguji perempuan itu ada 4 cara: mereka-reka kewujudan perempuan lain dalam kehidupan lelaki tersebut, menghilangkan diri selama tempoh tertentu, menulis status kontroversi seperti 'I have already fall in love with her, but she does not know yet', dan call perempuan tersebut pukul 3 pagi untuk ucapkan selamat malam. Sekiranya dia cemburu, dia tercari-cari, dia ada niat ingin tahu dan dia lupakan tidur untuk berbual panjang pukul 3 pagi, maka dia ada respon positif.

  • Kesimpulan: Oh tidak! Nak buat semua tu, just status kontroversi je yang boleh. Nak call pun rasa terketar-ketar, tapi dia pula yang call saya semalam sebelum tidur. Buat status kontroversi tu dah banyak kali tapi tiada respons, mungkin (atau pasti) dia jarang online. Nak menghilangkan diri tu memang impossible, tapi kalau menghilangkan 'diri' tu senang je.

Untuk perkembangan terbaru, perempuan tersebut mesej 'Selamat Pagi' kepada lelaki tersebut selama dua hari berturut-turut. Secara tidak langsung, lelaki itu ada di fikiran perempuan itu di permulaan hari. Maka di sini perlu ada tindakan wait and see kepada perempuan itu.

  • Kesimpulan: Ini lagi berat! Takkan tiap bangun tidur then capai fon dan mesej saya. Okay, berat nanang semua ini. Saya tak tahu lagi.

Lima soalan yang diutarakan, dengan lima jawapan yang bernas dan boleh diterima. Namun kini, perkara yang masih bermain di minda, sampai bila wait and see ini perlu diteruskan? Okay, kalau diabaikan maka perkara ini akan berterusan sampai pada masanya ia akan berhenti, tapi bila? Kalau diteruskan, maka hati ini akan menjadi gila. Kalau tak gila, maka mungkin, ini adalah kemungkinan, bukan harapan, maka mungkin saya akan suka dekat dia.

Going to mad, or going to love

Sampai sekarang, saya just berdiam diri, tak nak banyak soal, tak nak banyak fikir, tak nak komen. Better saya fikir untuk Isnin depan, saya wakil golf yang tak pernah saya main. Selasa pula ada Techno Materials Lab sampai Khamis, maybe. Next week saya akan penat.

Ignore or don't mind?


Okay la, nak bersiap ke kelas. Oops, silap, nak ke Pusat Kesihatan. Ambil MC then masuk kelas pukul 10 untuk hantar assignment. Kalau sempat, nak balik rumah untuk cabut gigi.

Last word from me (err, actually from Book of Quote): When I text you, that means I miss you. When I don't text, that just means I am waiting for you to miss me.

Wassalamualaikum.

p/s: time update blog ni, lagu Cinta Muka Buku-Najwa Latiff berkumandang di Hot FM. kalau ada yang terbaca entry saya ini, don't judge be by its entry, but ask me what did I write.





Labels: , , ,

Kisah Pukul 4 Pagi

12:56 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Akhirnya bermula juga episode TG2KM tahun ini, selepas meeting pertama diadakan pada Selasa lepas. Saya pun excited sebab dapat bersama TG2KM crew untuk tahun ini. Jawatan? Saya tak nak jadi timbalan pengarah 2 lagi, so saya nak jadi biro marketing, dan untunglah saya bukan ketua biro. Ketua biro perempuan tahun 1 dan dibantu oleh 2 orang timbalan, seorang perempuan tahun 1 dan saya. Okay, diapit oleh dua wanita nampaknya.

Dalam excited mengurus TG2KM ini, saya pula half excited sebab dapat mesej malam tadi oleh pengurus golf

Semua atlet kena datang (malam esok untuk penyerahan bendera)

Yeehaa! Kalau pengurus mesej macam tu, takkan nak suruh saya tengok je kan. Mestilah sebab saya juga termasuk atlet SUKEM tahun ini. But why must half excited? Because I don't have golf set. Papa dah letak dekat kampung, takkan saya nak booking flight ambil balik, or hantar guna FedEx ke sini. Gila juga saya ni, unless kalau saya memang nak jadi pemain golf profesional. So saya tak tahu nak main golf guna apa nanti. Khabarnya 17 Oktober ni match dia kan?

Dan ini kali pertama saya update blog selepas pukul 1 pagi, sebab saya tak dapat tidur melelapkan mata. Mulanya saya nak tidur pukul 12 tengah malam, tapi sebelum tidur saya dah mesej dia untuk ucap selamat malam. Lepas je saya baca doa tidur, dia call! Apa kejadahnya call, saya pun tak faham. But after that, saya tak boleh tidur. Okay, it was my fault.

Esok saya ada meeting biro marketing pukul 8.30 pagi, lab Mekanik Bendalir pukul 10 pagi, lunch dengan dia  dekat fakulti, ke Jerman pukul 4 petang dan majlis penyerahan bendera pukul 8.45 malam. Semoga diri ni sanggup memelapkan melelapkan mata sekejap lagi.

Okay nite, wassalamualaikum.


p/s: thanks Jue a.k.a Julie sebab upload gambar penuh kontroversi tu dekat group JKAS, bukan niat aku pun nak mengorat dia, haha


Labels: ,

Entry Tak Sabar

5:53 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum. Bulan Ramadan makin menutup tirainya. Pejam celik dah dekat nak pakai baju baru. Itupun kalau ada yang beli baju baru la, kalau tak Alhamdulillah anda masih mampu berjimat cermat. Entry pagi ini bukannya malas atau kenapa, ringkas sebegini hanya nak mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan.

APA KEJADAHNYA UCAP MACAM NI TIME NAK DEKAT RAYA?

Well, tak salah kan? Lagipun puasa adalah sebulan, bukannya seminggu. Sama juga kalau ada yang tergamak nak pasang lagu raya seminggu dua minggu sebelum berpuasa, yang itu patut dipersoalkan.

Hurm okay la, ringkas cerita, saya insyaAllah akan mengupdate blog ini selepas balik kampung. Kalau sempat, dan memang niat hati saya, nak update day by day mengenai segala kegiatan aktiviti saya di kampung bermula 27 Ogos ini sehingga 6 September. Okay, nak beritahu, tahun ini macam tahun lepas, saya beraya di Indonesia. Bezanya, tahun ni tak payah nak fikir orang di Miri macam tahun lepas.

Ha, itu sahaja yang boleh saya tulis. Hidung pun dah macam mesim penyedut hampagas, asyik tarik je sejak minggu lepas. Okay, selamat berjumpa kembali. Wassalamualaikum.



Labels: , ,

#8 Wordless Wednesday

8:10 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (4)

Apabila Islam dan Allah Tiada Bermakna Lagi

3:46 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum, maaf sebab dah lama tak update. Saya kena kejar dateline untuk uruskan program di KMNS, padahal saya adalah pengarah program yang ternyata program ini adalah program pertama yang alumni KMNS akan laksanakan (khabarnya...). Belum lagi saya menjadi biro pemasaran untuk Temasya Gemilang Kolej Keris Mas, serta biro publisiti Freshman Camp untuk kemasukan pelajar FKAB bulan September ini. Wow hebat! Penat la juga ni. Rasa nak abaikan semua pekerjaan ini, huhu http://www.emocutez.com

Entry ini dah lama terpendam di dalam blog saya ini, baru hari ini saya dapat mengedit kembali. Sebelum saya sambung leteran, jom sama-sama melihat gambar di bawah.


Ada faham? Maksud saya, ada faham apa yang telah ditulis oleh seseorang ini? Apa perasaan anda?

Anda boleh berkomen yang mana pengomen tersebut adalah bukan seseorang yang beragama Islam. Oleh sebab itu dia boleh memberi taraf yang sama, same level antara Tuhan dengan enjin carian bernama Google dan Wikipedia. Kerana Islamlah, saya meletakkan komen dia di sini, namun saya terpaksa memadam nama beliau kerana menjaga aib. Mungkin juga dia tak berniat sedemikian, namun ajaran yang dia amalkan menyebabkan 'Google and Wiki are Gods'

Bayangkan zaman sekarang. Islam dipermainkan, Allah dilecehkan. Maka tidak hairanlah arak dan dadah semakin berleluasa, anak luar nikah semakin laris di pasaran untuk dibuang, belum lagi kes sumbang mahram atau main depan belakang yang tak pernah kita dengar sebelumnya 10 tahun sebelum ini. Inilah kesan apabila kita menganggap ringan perkara mengenai agama. Jangan salahkan apabila anak kita menjadi kurang ajar, tetapi muhasabah diri terlebih dahulu apakah kita sudah cukup ajar dalam mendidik anak kita.

Zaman semakin mendekati titik akhirnya, Dajjal semakin mula menampakkan pengaruhnya. Maka kita semua, berpegang teguhlah dengan agama Allah, agama Islam. Kita tak dapat menghalang keluarga kita daripada pengaruh Barat, namun kita masih mampu menjadi penapis, filter kepada keluarga kita. Jangan kita rela membiarkan ahli keluarga kita daripada hanyut dalam arus nuansa pemodenan dunia ini.

Nauzubillahi min dzalik!!!

Maaf Entry saya kali ini, lebih berapi-api oleh kerana melihat orang Melayu, orang Islam sendiri yang memberi taraf yang sama di antara Allah yang Maha Mengetahui dengan Google atau Wikipedia yang 'Maha Mengetahui'. Wow bestnya! Mungkin dia menganggap Allah itu Maha Mengetahui dan begitu juga dengan makhluk yang bernama Google dan Wikipedia. Bukankah Allah telah berfirman di dalam surah Asy-Syuura ayat 11:

..., tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Zaman sekarang, Islam hanya ada pada kad pengenalan, namun di hati mereka hanya tahu Islam adalah I-S-L-A-M, tidak lebih daripada itu. Akhirul kalam, wassalamualaikum.

p/s: saya mendoakan semoga kita semua masih dilindungi Allah, dan kepada pengomen berkenaan, jikalau anda tersilap langkah maka insaflah, pintu taubat masih terbuka.


Labels: , ,

Jodoh, Usah Berharap dengan Takdir

9:06 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (10)

Assalamualaikum, hari ini saya tak sebusy mana, so dapat la nak update blog ini. Semalam saya ke One Utama untuk uruskan program alumni KMNS yang tak pernah saya sentuh. Padahal saya pengarah program, agak kejam seh! Namun memang agak penat sampaikan saya tertidur di dalam bus RapidKL. Malamnya sempat juga online Facebook untuk ambil tahu perkembangan program walau agak hot dengan cik Survey tiba-tiba (nama dirahsiakan). Entry kali ini saya nak bercakap mengenai jodoh. Eh nak kahwin ke abang kacak? Bukanlah, cuma nak berkongsi sedikit ilmu ini.

Bercakap mengenai jodoh, Allah tetap tetapkan dalam surah Ar-Ruum ayat 21, jodoh adalah perkara yang menjadi lumrah kehidupan setiap insan. Then, jangan lawan fitrah tersebut. Jangan nak memandai hidup membujang even hidup berlimpahan wang di sekitar kita.

ala, susah la nak cari jodoh ni. dapat pun bukannya yang sesuai dengan kita

Firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 26, perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat. Dah termaktub di dalam Al-Quran, so jangan nak cari pasangan yang baik instead kita ni jahat keji rasa nak kena bang dush oleh orang lain. Introspeksi diri ini dahulu sebelum mencari pasangan yang baik, manakan dapat mencari berlian yang bermutu tinggi kalau si pencari berlian itu adalah seseorang yang tak faham mengenai berlian. Ya kan?

Good vs Evil

kalau dah ditetapkan, kenapa nak susah-susah mencari lagi?

Itu dia masalah yang berlaku. Jodoh dah ditetapkan Allah, then kita tak payah mencari, just tunggu je the chosen one untuk kita. Manakan dapat sagu kalau tak dipecah ruyungnya, walaupun kita tahu ada sagu berkualiti baik di dalam ruyung. Itu namanya berserah kepada takdir tanpa adanya usaha untuk mencari di mana sagu berkualiti baik itu. Dan berserah kepada takdir tanpa sebarang usaha adalah bertentangan dengan hadis Nabi:

Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni syurga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah menjawab: Ya. Kemudian baginda ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya. (Riwayat Imran bin Husain) (Shahih Muslim No.4789)

Means, jalan sudah disediakan, tinggal kita sahaja yang akan berjalan yang telah disediakan untuk kita. Sama ada kita mahu meneruskan perjalanan melalui jalan itu atau tak.

Jalan sudah tersedia, anda yang memilihnya

aku dah cari yang terbaik bagi aku, tapi dia bukan untuk aku, so macam mana tu?

Yeah, good question! First of all, kita kena kaji dahulu, apakah kita dah cukup baik bagi pasangan kita itu. Takkan species Weimaraner nak berkawan dengan species Maltase? Tak pasal-pasal kena ngap nanti. *kalau tak tahu Weimaraner dengan Maltase, sila google. malas nak mention di sini* Lepas kita kaji diri sendiri, kaji pasangan kita itu, apakah bersesuaian dengan kita. Kalau kita ni jenis pendiam, selalu ke surau, lisan tak lekang daripada berzikir mengingat Allah namun pasangan kita ni kaki shopping sakan, pakaian mendedahkan aurat, jangan salahkan Allah kalau kita tak dapat. Kecuali kalau pasangan kita seperti demikian, maka Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita. Mungkin kita ditugaskan membawa pasangan kita ke jalan yang benar. Apa yang pasti, wallahu a'lam.

Akhir sekali, jangan permudahkan segala yang telah Allah syariatkan. Mungkin kalau diikutkan dalam usia saya yang baru menginjak 20-an, perkara jodoh adalah terlalu awal untuk dibincangkan. Namun bukan salah kalau kita bercakap mengenai sesuatu yang benar. Bukannkah Rasulullah pernah bersabda,

"Katakanlah yang benar, walaupun satu ayat"

so, saya telah menyampaikan sesuatu yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Ingat, jodoh adalah anugerah Allah, dan perbaiki diri kita sebelum kita mencari yang baik untuk diri kita. InsyaAllah bermanfaat untuk diri saya dan juga para pembaca yang lain. Dan pesanan kawan saya, Nor Atiqah:

We may love the wrong person, cry for the wrong person. But one thing is sure, mistake help us to find the right person.

Wassalamualaikum.


p/s: kurniakan daku serikandi penyejuk di mata penawar di hati, di dunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari


Labels: , , ,

#4 Wordless Wednesday

10:00 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (7)

Syukur Kita Kepada Allah

8:48 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Assalamualaikum, dah lama saya tak sentuh laptop ni. Ya, memang pun. Jikalau ada yang melihat saya update status atau apa-apa feed news muncul daripada Facebook saya, means saya online guna fon atau pc lain. That's why ada yang nak chat dengan saya namun saya tak balas, sebab saya biarkan Facebook online tak bertuan. Sorry la kalau ada kerja tak tersentuh, atau soalan tak dijawab, atau jemputan tak direspons di Facebook.

Entry kali ini nak bercakap mengenai Alhamdulillah. Atau dalam konteks yang lebih luas, bersyukur. Kerap kali kita terlupa akan kebesaran Allah, rahmat Allah yang dapat kita nikmati sehingga sekarang ini. Saya terbaca entry ex-classmate saya semasa di SLCHS, Zabri Zaini di sini. Bagaimana seandainya seseorang yang celik melihat dan tiba-tiba dia buta? Oleh sebab itu, bagaimana perasaan anda apabila melihat damainya alam ciptaan Tuhan, paduan ilmu dan keimanan? Si buta pastinya teramat sangat melihat indahnya alam kurniaan Allah ini. Itu baru sepasang bola mata, belum lagi sepasang telinga atau yang lainnya.

Maka itulah, kita sewajibnya mengucapkan syukur kepada Allah, setiap saat setiap waktu kita merasakan nikmat kurniaan-Nya. Sekurang-kurangnya mengucapkan Alhamdulillah. That's the simplest way. Unless if you are mute then you can't speak, so praise Allah in your heart. Tak mampu lagi? GO DIE Godai la ekau!

Apabila manusia buta mata hatinya dengan limpahan kekayaan

Namun ada di kalangan kita, termasuk saya sendiri yang kufur nikmat, menyalahgunakan nikmat kurniaan Allah secara salah. You have sepasang mata yang tak rabun, boleh lihat orang jarak jauh, then kau pergi usha minah-minah yang ada di tepi jalan yang sedang 'menjual' dan menjual tubuhnya. Sorry la kalau saya terkasar bercakap, namun itulah realiti zaman sekarang. Maka tidak hairanlah semakin ramai generasi yang makin jauh menyimpang daripada ajaran dan syariat Allah.

Ada mata namun jarang membaca Al-Qur'an.
Ada lisan namun jarang melantunkan zikir.
Ada telinga namun berat untuk mendengar tazkirah.
Ada tangan namun tidak menggunakan di jalan Allah.
Ada kaki namun jarang sekali menjekakkan kaki ke masjid.
dan, ...
Ada hati namun tidak mahu berfikir mengagungkan Allah di atas segala perkara
Itulah realiti zaman sekarang. Tak usah hairan.

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah

Akhir sekali, saya mengajak diri saya sendiri dan para pembaca blog saya ini, usah beratkan lisan anda untuk memuji kebesaran Allah, mengucapkan Alhamdulillah, kerana Allah Maha Pemberi lagi Maha Pengampun. Wassalamulaikum.

p/s: bukalah pintu maaf-Mu dan ampunilah dosaku, bimbinglah kami ya Allah menuju kepada-Mu, rindu kami menatap wajah-Mu, rindu pada-Mu ya Allah...


Labels:

Jodoh Anugerah Allah

10:24 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (8)

Assalamualaikum. Maaf lambat mengupdate entry baru, bukan sebab busy namun tiada mood. I am sorry (ehem, aku bukannya Amir la). Okay Jumaat petang lepas, saya bosan tak tahu nak buat apa, lagipun mata masih mengantuk. So saya cuba melelapkan mata seketika sembari menantikan azan Maghrib. Dalam lelap saya termimpi melihat seseorang tersenyum kepada saya. Saya kenal dia, namun di manakah kami pernah bersua? Saya cuba tersenyum namun tak berani. Adakah dia...? Oh tidak.

Esoknya, saya dengan papa ke TV Al-Hijrah pukul 9.30 pagi, kerana papa jadi tetamu jemputan pagi itu. Di sana, saya memerhati di sebalik tabir, segala aktiviti krew TV Al-Hijrah dan kerja-kerja mereka. Papa berkata kepada saya yang turn beliau pada pukul 10.15 pagi. Ada 10 minit lagi. Dalam rawak mata saya memandang, saya terpandang seseorang yang sedang mewawancarai tetamu jemputan. Eh, macam kukenal! Dialah orangnya yang saya jumpa di mimpi semalam! Saya cuba untuk menegurnya namun rasa segan, walau lidah ini kelu untuk berkata-kata http://www.emocutez.com.

Saya cuba untuk mendekati dia, dengan harapan dia mahu dengan saya. Entah kenapa saya rasa segan, atau malu apabila menatap matanya. Namun apabila dia hendak bersiap sedia untuk pergi, saya beranikan diri untuk berjumpa dengan dia. Dan dia menerima pelawaan saya untuk bersama dengannya. Rupanya dialah yang ada di mimpi saya petang semalam. Hati ini gembira tak terkata, walaupun saya sedar perbezaan umur dan darjat menjadi penghalang kami berdua, namun ianya takkan mematahkan semangat saya.

thanks awak ye :)

Saya bukanlah perampas kekasih orang, namun kalau jodoh takkan kemana. Walaupun Amir ML beria-ia nakkan dia, kalau Allah boleh mempertemukan ikan di laut asam di darat dan berjumpa di periuk belanga, bagaimana pula dengan anak cucu Adam dan Hawa di muka bumi ini? Ya kan? Ataupun saya bukannya Nabil ML, walaupun saya minat Bang Bil namun jauh di lubuk hati saya, saya masih teruna! (tetiba je)

Err...kenapa nama saya tiba-tiba ada ni? I'm sorry
To Irma Hasmie, kalau jodoh ada lagi, insyaAllah setiap hari Sabtu kita akan berjumpa lagi http://www.emocutez.com. Namun mungkin minggu ini kita tak boleh jumpa la awak, sebab saya nak jumpa kawan-kawan saya di Sunway Pyramid. Sorry ye awak  http://www.emocutez.com...

Okay la, saya nak sambung kerja pula, esok lusa saya kena bersemangat sebab minggu persekolahan telah bermula. Chaiyok chaiyok! Wassalamualaikum.

p/s: entry ini adalah 50% benar dan 50% rekaan semata, namun gambar itu 100% real ye, hihi. lepas ni jangan la ada yang nak interview saya mengenai 'hubungan' kami berdua





Labels: , ,

Misteri Alam Melayu di 114

7:21 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum, it's a happy Thursday. Sejak bulan ini, saya akan menantikan tibanya hari Khamis. La, bukannya istimewa pun, namun semenjak Astro memasukkan saluran TV Al-Hijrah di 114, maka saya ada alternatif lain selain menonton Astro Oasis, saluran berunsur Islam. Tapi apa kena mengena dengan hari Khamis?


Sebab ada Misteri Alam Melayu pada pukul 10 malam setiap hari Khamis. Saya bukan peminat setia benda-benda berunsurkan alam misteri, namun saya suka mengkaji sesuatu yang menjadi misteri. Istilah lainnya, Unsolved Mysteries. But this is for Malay culture only. Not Chinese, Indian or other races in Malaysia or world. Tapi apa yang membezakan dengan rancangan lain seperti Misteri Nusantara, Mastika Mencari Logika atau yang sewaktu dengannya? Ada dua alasan. Alasan kedua, sebab ada pakar motivasi terkenal, Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad yang akan mengulas mengenai hal-hal tersebut. La, tak kenal ke? Tipu ah, beliau selalu mengisi slot Motivasi Pagi setiap pagi Sabtu atau Ahad di TV3.

Ini dia Dr. Tengku Asmadi. To Dr, sorry guna gambar Dr dalam blog 'Ariff, hehe


Sebenarnya saya nak berkongsi kisah semasa mengikuti, okay silap ayat, ikut serta dalam mengendalikan kem motivasi di Broga di bawah kendalian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah seperti yang saya ceritakan di entri sebelumnya. Namun oleh sebab duti malam ini, so saya simpan dahulu ceritanya, hehe. Wassalamualaikum dan selamat menonton Misteri Alam Melayu.

p/s: tiba-tiba dapat respon daripada admin Misteri Alam Melayu di Facebook




Labels: ,

Jalani Hidup Ini

9:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Hello, Assalamualaikum. Dah hampir 3 minggu saya tak mengupdate blog ini, dibilang berhabuk pun tak juga. Maklumlah, orang busy, tak boleh berhenti daripada beraktiviti. Hehe (bongkak sikit http://www.emocutez.com). Sebenarnya, jadual saya hampir padat. Selepas menjadi fasi di KMNS, kemudian menjadi PA papa saya, so nak update blog pun memerlukan masa untuk memerah otak. Bagaimana hendak memerah otak kalau selalu away dengan lappy? Huhu~

Menjadi PA kepada papa saya, macam pelik, macam best bunyinya. Entahlah, namun apabila kawan-kawan saya tanya,

weh kau dapat gaji ke?

saya bukan hendak berkira mengenai gaji, walhal saya juga bekerja dengan papa saya sendiri. Bukan orang lain. Saya ikhlas menolong papa saya, dan menjadi PA beliau adalah satu peluang untuk menimba ilmu yang ada, berjumpa dengan orang besar, kemudian pergi ke tempat mesyuarat, dan yang lebih best adalah dapat tahu sesuatu perkara mendahului yang lain. Eh saya bukannya ahlul nujum la~

Minggu lepas, saya kena mengiringi papa saya untuk menyampaikan slot dalam kem motivasi dengan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah di Broga. Saya teringat apa yang telah disampaikan dalam slot berkenaan, mengenai kehidupan kita.

... Kita hidup di atas bumi Allah ini untuk beribadah kepadaNya, maka jangan pernah lari daripada konsep tauhid. Sebab itulah kita selalu memohon sesuatu daripada Allah, dan sekiranya kita tidak mendapat apa yang diinginkan maka jangan pernah berputus asa, dan sekiranya Allah mengganti dengan yang lain maka jangan pernah menganggap bahawa ianya kebetulan, namun semua adalah anugerah Allah. Allah telah menggariskan segalanya mengenai hidup kita, maka jalani hidup ini....

Saya hanya nak menggariskan the last word, 'jalani hidup ini'. Mika Hakkinen tidak akan menjadi seorang juara Formula 1 apabila dia hanya duduk di dalam kereta lumbanya dan tidak menghidupkan enjinnya, atau memandu tanpa penuh kerja keras. Begitu juga dengan hidup kita, Allah telah menyediakan jalan untuk kita, tinggal kita sahaja yang akan melaluinya, sama ada dengan bersungguh-sungguh atau bermalas-malas. Ataupun telah Allah sediakan jalan untuk kita, namun kita mengambil jalan yang lain, jalan haram yang telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran.

Jalan telah disediakan, kita yang menyambungnya

Ramai - termasuk saya - kurang menyedari bahawa Allah telah mengatur jalan hidup kita namun kita hanya menyambung jalan yang telah diberikan. Oleh sebab itulah ramai insan yang membina jalan persendirian atau hanya duduk memandang ke hujung jalan. Padahal Allah telah berfirman di dalam Al-Quran surah Ar-Ra'd ayat 11

... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ...

Oleh sebab itu, hiduplah berteraskan iman kepada Allah, kerana hanya hamba Allah yang bertauhid - mengesakan Allah lebih daripada segalanya akan mampu menjalani hidup ini tanpa ada rasa sempit di hati. InsyaAllah.

Itu sahaja yang dapat otak saya paksa untuk menukilkan ayat di malam hari ini, doakan saya sentiasa dilapangkan rezeki oleh Allah. Amin, begitu juga dengan anda semua, para pembaca blog saya. InsyaAllah. Okay, wassalamualaikum.









p/s: jalanilah kerja ikhlas tanpa bergaji ini, insyaAllah kau dapat MyVi 2011, 'Ariff http://www.emocutez.com

Labels: , ,

Kembali Kepada Allah

5:46 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat. Tiba-tiba idea nak mengupdate blog ini hadir sehari sebelum saya hendak ke Tanjung Malim, ke rumah Nuar kawan JPP saya, sebab Khamis ini saya menjadi fasilitator di KMNS. Okay back to main idea, idea ini berpunca daripada entry saya sebelum ini (Survey). Selepas saya menerima pelbagai respons daripada pembaca, saya masih belum dapat menemukan satu jawapan yang pasti, apalagi mengenai hati dan perasaan.

...bukan nak berjiwang, namun inilah fakta...

Salah seorang respons yang saya terima, kawan JPP saya yang bukan dari KMNS. Dia memberi respons melalui message di Facebook. Respons dia sama seperti yang lain, maybe she likes me but she does not have any courages to say it - or she is shy. Yeah, jawapan yang hampir sama dengan yang lain. Namun komen terakhir daripada dia,

kau tunggu jela apa akan jadi dekat kau lepas ini, biar masa menentukan =) lagipun, aku sure kau akan jumpa banyak jenis orang lagi nanti

Simple, namun saya baru sedar maksud ayatnya sebelum tidur. Don't too much to expect something that is not defined. Saya mungkin (atau mainan ilusi) terlalu berfikir yang dia sukakan saya, atau saya yang terikut-ikutkan perasaan. Biasa, itu lumrah manusia. Hati manusia seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, tidak mudah kukuh. Sekejap A sekejap B. Sebab itulah salah satu doa yang selalu kita baca,

Ya Allah Yang membolak-balikkan hati-hati manusia, ...

kerana Allah Maha Menguasai segala sesuatu di muka bumi ini, termasuk hati dan perasaan kita.

Kembali kita kepada Allah. Sang Pencipta dan Penguasa. KepadaNya kita menyembah dan kepadaNya kita memohon pertolongan. So, untuk apa susah-susah berfikir siapa jodoh kita, apakah kita ini sesuai dengan dia atau tak, apakah dia sukakan kita atau tak. Kita hanya mampu memohon sesuatu dan ini bukan bermakna kita boleh bermalas-malasan. Tidak sama sekali! Allah telah berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11

....sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri, ...

Dalam erti kata, seorang pelakon teater, apabila mendapat satu skrip, dia hanya mampu mengikuti skrip tersebut untuk menjadi seorang pelakon teater yang berjaya. Namun bergantung kepada pelakon teater tersebut berbuat sesuatu dengan skripnya, sama ada akan berlatih sungguh-sungguh atau hanya sambil lewa. Demikian juga dengan diri kita. Kita hanya mampu berusaha namun apabila Allah telah menetapkan sesuatu, kita mesti laksanakan atau kita tidak akan selamat di dunia dan akhirat. Skrip telah Allah sediakan, tetapi macam mana kita nak menghidupkannya, depends kepada diri kita sendiri.

Sebelum saya akhiri nukilan saya sebab nak berkemas-kemas, segala sesuatu yang terjadi di atas dunia ini adalah ketetapan Allah. So kalau tak berpuas hati dengan apa yang anda perolehi, maka anda sedang tidak berpuas hati dengan Allah. Dalam konteks mencari jodoh pula, kita hanya boleh mencari jodoh, sama ada nak berkahwin dengan artis, dengan businesswoman atau dengan guru, namun kalau Allah telah tetapkan, sama ada nak berkahwin dengan seorang doktor atau akauntan, maka itulah yang terbaik. Sebagaimana kata-kata daripada ayah saya, 'kita hanya pelakon di atas teater ini, hanya menjalani skrip yang Allah telah tentukan'. so that, tak usah terlalu fikir soal jodoh, Allah telah tentukan sama ada dia atau dia. Skrip saya sekarang adalah menjadi pelajar di UKM, bukan menjadi suami kepada student UKM, KLIUC atau UNRI.

...macam direct je saya cakap tak?...

Akhirul kata, wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Komen terakhir kawan saya: sebab itu Allah perkenalkan kita solat hajat, solat tahajud, dan banyak lagi. Islam banyak ajar kita secara simbolik, berfikir secara mendalam, bukan terburu-buru. kalau kau pilih untuk positif, kau akan nampak cerita (baca: jalan hidup) kau bersinar-sinar. kalau kau pilih untuk negatif, kau akan nampak kau dalam kegelapan. cara kita berfikir menentukan respons dan pilihan kita, cara hidup kita. semua datang dari hati. kau yag menentukan segalanya sebenarnya.

p/s: selamat ulang tahun UKM ke 41, Inilah Varsiti Kita

Labels: , ,

Hiduplah Berlandaskan Sunnah Rasulullah

3:10 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)


Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali dengan saya. Akhirnya saya berjaya membebaskan diri daripada belenggu examination di UKM ini. Ya, sebenarnya bukan saya dah habis exam, sebab last paper pada Isnin pukul 12 tengah hari ini ialah Hubungan Etnik, so saya boleh memanfaatkan seminggu masa rehat dengan sebaik mungkin seperti online, online dan online. Hehe.

Oleh sebab dah lama saya tak update blog ini, maka saya terniat nak update, namun idea tak ada. Kebetulan saya sebagai ahli UBM (entry lepas) ditugaskan untuk membuat satu tugasan. Tugasan mengenai sunnah Rasulullah SAW dan kelebihannya. Menarik! So, saya akan menceritakan satu kisah di bawah ini.


Alkisah tersebutlah kisah seorang pemuda yang tinggal di kampung X bernama 'Ariff, dia adalah seorang pemuda yang rajin dan suka bertanya. Jika dia terdengar ada pengajian agama, dia akan bergegas ke sana walaupun terpaksa ke kampung yang agak berjauhan. Pada suatu hari, dia mendengar ada satu pengajian agama yang diadakan pada malam Jumaat di kampung berhampiran sungai utama. Maka dia telah mempersiapkan bekalan secukupnya memandangkan jarak yang jauh.

Sebelum matahari mula naik, dia menuju ke kampung tersebut. Dengan penuh keazaman dia ke kampung tersebut untuk menggali ilmu pengetahuan, dia tak mahu sampai terlambat. Namun apakan daya, hujan lebat di tengah perjalanan memaksa dia berteduh sementara menunggu hujan berhenti. Sesampainya di sana, pengajian telah pun habis. Dengan perasaan sugul, dia cuba berjumpa dengan ustaz yang memberikan pengajian tersebut untuk bertanya mengenai pengajian tadi.

Ustaz tersebut mempelawa dia bermalam di surau tersebut, dengan syarat jangan persoalkan apa yang disuruh oleh beliau. Oleh kerana hari sudah malam, maka dia hendak solat Isyak dan kemudian tidur. Sebelum tidur, ustaz tersebut berkata, 'Anakku, sebelum tidur jangan lupa khatamkan Al-Quran, memohon syafaat daripada para Nabi, membuat semua Muslimin dan Muslimah senang hati denganmu dan menunaikan ibadah haji serta umrah'
. Amalan yang mustahil baginya, dan dia tak dapat melelapkan matanya, namun sebab mengantuk maka terlelap jugalah dia.

Sebelum azan Subuh berkumandang, ustaz tersebut mengejutkan dia untuk solat Tahajud. Apabila masuk waktu Subuh, maka mereka menunaikan solat. Kebetulan hari itu ialah hari Jumaat dan setiap Muslimin wajib menunaikan solat Jumaat. Namun sejak semalam, dia masih tak dapat sebarang ilmu daripada ustaz tersebut melainkan suruhan ustaz sebelum tidur itu sahaja. Tiba-tiba selepas solat Subuh, ustaz tersebut berkata, 'Anakku, jangan lupa perbanyakkan selawat dan bacalah surah Al-Kahfi hari ini'
. Amalan yang lebih senang berbanding semalam. Apabila matahari mula berada di atas kepala, dia dengan ustaz tersebut pergi menuju ke masjid berdekatan. Seusai solat Jumaat, ustaz tersebut mengajak dia untuk kembali ke surau. Di surau, ustaz tersebut menjelaskan kenapa beliau menyuruh dia melakukan semuanya.


'Anakku, ketahuilah, apabila malam telah tiba dan engkau hendak melelapkan mata, maka amalkanlah Surah Al-Ikhlas, seolah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Berselawat kepada baginda Rasulullah SAW dan kepada para Nabi sebelum baginda, bermakna engkau telah menjadikan para Nabi sebagai penolong engkau kelak di hari Kiamat. Memohon ampunlah kepada Allah dengan beristighfar bagi orang-orang Mukminin dan Mukminat, bererti engkau telah membuat saudara-saudaramu senang hati. Dan ucapkanlah سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ bererti engkau telah melakukan ibadah haji dan umrah. Anakku, inilah amalan yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah RA. Maka amalkanlah'

'Anakku, rajin-rajinkan diri engkau untuk solat Tahajud, kerana sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan solat Tahajud, maka Allah akan memuliakan engkau dengan lima perkara di dunia dan empat perkara di akhirat. Adapun perkara-perkara tersebut ialah
  • memelihara kita daripada pelbagai bahaya
  • wajah nampak bercahaya
  • ramai menaruh simpati terutamanya orang yang soleh
  • apa yang keluar dari mulutnya pasti berhikmah selalu
  • menjadi seorang yang bijaksana
  • bangkit dari kubur dengan wajah bercahaya
  • hisabnya dibuat mudah
  • bagaikan kilat ketika melintasi sirat
  • menerima amalan dengan tangan kanan
Sebab itu juga, baginda pernah bersabda, tiga perkara yang wajib bagi baginda namun sunat bagi kita semua, iaitu solat Witir, bersiwak dan solat Tahajud. Maka amalkanlah'

'Anakku, perbanyakkan selawat kepada Rasulullah, kerana sesungguhnya di syurga terdapat pokok bernama Haulab (حولبا), buahnya besar daripada epal, manis daripada madu, putih melebihi susu, dan lembut daripada susu pekat. Allah sediakan hanya kepada orang yang berselawat kepada baginda apabila mendengar nama baginda disebut. Selain itu, sesiapa yang berselawat sebanyak sekali, maka Allah membalasnya dengan sepuluh kali selawat, dan dihapuskan sepuluh kesalahan serta ditinggikan darjah engkau sebanyak sepuluh darjah. Dan amalkan surah Al-Kahfi, kerana sesungguhnya sesiapa yang mengamalkan surah tersebut, nescaya Allah akan menyelamatkan engkau daripada Al Masih Ad-Dajjal dan fitnahnya. Selain itu juga, sesiapa yang mengamalkan surah Al-Kahfi di malam Jumaat seperti semalam yang engkau amalkan, insyaAllah Allah akan mengampunkan dosa-dosa engkau hingga ke Jumaat hadapan. Maka amalkanlah'

Selepas ustaz tersebut menjelaskan segala amalan serta sunnah baginda serta kelebihannya, 'Ariff memohon diri untuk pulang semula ke kampung dia. Dia mengucapkan terima kasih atas ilmu yang telah diajarkan walau sedikit. Sebelum kembali, dia bertanya kepada ustaz tersebut,
'Ya ustaz, sebelum saya beransur pulang, saya hendak bertanya, siapakah nama ustaz?'

'Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus'


Okay, cerita itu hanyalah khalayan saya sendiri. Namun, apa yang saya kena highlight ialah amalan-amalan yang telah disampaikan oleh 'ustaz' tersebut. Ini semua adalah salah satau daripada pelbagai amalan dan sunnah Rasulullah SAW yang dapat kita amalkan. Seperti solat Tahajud, kalau tidak mampu dikerjakan setiap malam, maka sekali seminggu atau dua minggu. Bagi peminat bola, perkara ini bukanlah sukar bagi mereka - termasuk diri saya sendiri.

So, terpulang kepada anda selepas membaca ini, sama ada mahu mengamalkan atau tidak. Akhir sekali, wassalamualaikum.

Labels: ,

Saya Penuntut Universiti Blogger Malaysia

12:14 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Hello, Assalamualaikum kepada semua pembaca saya. Entry kali ini mengenai institut pengajian baru saya. Eh bukannya saya ini masih menuntut di UKM? So kenapa mesti dikatakan ‘baru’? Sebenarnya institut pengajian yang akan saya ceritakan ini bukan mengenai UKM, namun ‘universiti’ baru saya. Baru sahaja saya masuk.
Okay tanpa membazirkan ayat, saya perkenalkan ‘universiti’ baru saya selepas UKM, iaitu UBM atau Universiti Blogger Malaysia!



Ini dia universiti yang saya maksudkan. So kepada semua para bloggers lain yang belum mendaftar ke universiti ini, jom jemput beramai-ramai memeriahkan UBM ini. Semakin ramai so semakin meriah UBM, lagipun ini baru minggu pembukaan UBM. Oops, kepada bloggers yang baca post saya ini selepas tarikh 15 April 2011 pada pukul 12 tengah malam, harap maaf kerana UBM telah menutup sesi pendaftaran mereka. Alamak! Terlambat sudah!


Sebagai syarat kemasukannya, maka saya kena menjawab soalan-soalan yang telah diberikan oleh pihak UBM.


1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
saya dah letak banner UBM wahai tuan/puan


2. nama anda dan nama blog anda.
nama saya Muhammad ‘Ariff Putra bin Ansaruddin Agus a.k.a ‘Ariff Ansaruddin. nama blog saya yang berlinkan www.ariffcantabile.blogspot.com ialah 'Straight Through My Heart'


3. sejak bila mula berblog.
untuk blog ini, sejak akhir tahun 2008. namun untuk berblogging, sejak awal tahun 2008


4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
sebelum itu, saya memohon maaf kalau ada kesilapan. apa itu darsawarsa? sebab kalau dasawarsa bermaksud sepuluh tahun ( dasa=sepuluh, warsa=tahun dalam bahasa Sanskrit )

pendapat saya, semakin majunya era globalisasi yang juga melanda Negara kita ini, maka demikian jugalah dengan blog darsawarsa ini. para pembaca bukan sahaja mahu kita menyajikan perkara-perkara yang membuka mata dan minda mereka, namun mereka juga mahukan informasi yang mutakhir, yang memaksa mereka mengasah minda mengenai isu-isu terbaru sama ada di dalam atau luar negara.

dunia blog darsawarsa kini telah dicemari dengan pelbagai tohmahan dan serangan bersifat individu. ini bukanlah jiwa seorang blogger sejati, blogger sejati ialah mereka menyampaikan segala maklumat atau informasi dengan telus, tetapi mereka bukannya wartawan yang ditugaskan membuat liputan. blogger adalah pemantau secara tidak rasmi, oleh kerana kebebasan bersuara jugalah para blogger bebas menyuarakan pendapat mereka, sama ada membantu atau mengkritik sesuatu perkara.

selain itu juga, dunia blog kini juga menjadi medan penyalur maklumat, mereka adalah suara kepada golongan lain. majoriti bloggers adalah darah muda, suara anak muda, maka di sinilah, blog inilah menjadi wahana pemangkin ilmu pengetahuan kepada golongan tua dan kanak-kanak.

terima kasih


5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
pandangan saya adalah amat memberangsangkan melihat kepada penyertaan para bloggers. ini secara tidak langsung menunjukkan minat mereka untuk berkarya dan mengembangkan serta bertukar idea fikiran dengan para bloggers lain, dan juga IPTM ini adalah platform kepada bloggers-bloggers yang masih baru lagi dan inginkan pertukaran pandangan dengan bloggers lain. Maka hubungan di antara IPTM ini dengan para bloggers dapat diibaratkan dengan aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain

tidak lupa pula, ini menjadi salah satu langkah para bloggers Malaysia untuk mara setapak ke hadapan dalam satu persaingan yang sihat. sebagaimana pepatah orang Melayu, berat smaa dipikul ringan sama dijinjing, maka itulah yang saya secara individu dan para bloggers UBM lainnya secara berkumpulan untuk saling membantu antara satu sama lain. bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:


..., dan tolong-menolonglah kamu ke arah kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong ke arah dosa dan pencerobohan, ... (Al-Maidah : 2)


Fuhh, dah puas mengisi borang kemasukan ke UBM ini. Semoga saya nantinya diterima dan nantinya dapat berkenalan dengan bloggers lainnya. Okay la saya nak sambung study, Isnin ini ada exam Algebra. So, thank you to all, wassalamualaikum.

kamus Abang KBM hari ini: mutakhir (terbaru), liputan (ulasan dalam berita), wahana (sarana)




p/s: saya dengan rasminya telah menjadi penuntut ke-296 dalam UBM ini lho...

Labels: ,

Lelaki Sudah Pupus!

5:28 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Hampir seminggu saya tak mengupdate blog. Last kisah saya ialah 'Lidahku Berbelit-Belit', tentang saya yang kini agak sukar membezakan perkataan Melayu Malaysia dengan Melayu Indonesia. Beza bukan? Namun semuanya ada hikmah. Sebagaimana apa yang saya dengar dalam khutbah Jumaat lepas di Masjid UKM, apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Kita hanya mampu berusaha namun segalanya kita kembalikan kepada Allah, kerana Allah-lah yang Maha Mengetahui dan Maha Merancang sesuatu. Sama dengan keadaan saya pada masa kini, sebanyak mana kita berusaha untuk menghadapi peperiksaan, segigih mana kita menelaah nota dan buku, sejauh mana kita mencuba bertanya kepada para pensyarah, namun jika Allah menetapkan kita tak dapat apa yang kita mahukan so mesti ada kekurangan yang kita lakukan. Mungkin kita lupa berdoa kepada Allah, padahal elemen terpenting selain hubungan horizontal (hubungan sesama makhluk) ialah hubungan vertikal, iaitu hubungan kepada Maha Pencipta iaitu Allah. So, saya bernasihat kepada diri saya dan juga kepada rakan-rakan di universiti atau di mana sahaja anda berada, jangan lupa kepada Allah kerana Dialah Maha Mengetahui.

Sedikit tazkirah sebelum bercerita. Minggu lepas saya dijemput sebagai ahli Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) cawangan UKM untuk menghadiri Program Pengukuhan Refleksi Fasilitator pada 1 hingga 3 April 2011 bertempat di Kem Rekreasi Sungai Udang, Melaka. Minggu depannya saya ada study week sebelum exam pada 11 April. Saya kenalah join sebab saya ahli tetap UPSM, namun masalahnya kurangnya peserta lelaki yang join. Ketika masalah ini saya utarakan kepada rakan UPSM saya, dia juga mengeluh dan menyuarakan apa yang menjadi masalah di hatinya, iaitu lelaki kini makin berkurang.


Berkurang?

Maksudnya, kini makin ramai lelaki yang kurang kesedaran untuk ikut serta program yang menunjukkan kebolehupayaan mereka sebagai leader. Ya, lelaki adalah pemimpin kepada wanita, dan itu lumrah manusia. Unless mereka yang disebut sebagai lelaki ialah kanak-kanak lelaki atau lelaki yang telah uzur. Dan apa yang kita semua sedari, berapa ramai lelaki yang berjaya dalam setiap peperiksaan. Saya pun juga lelaki, dan setiap kaum Hawa berjaya melakukan sesuatu perkara maka saya pasti akan tercabar. Melihat perempuan mampu mengatur masa untuk berorganisasi, bekerja dan belajar dalam satu masa, maka pasti saya sebagai lelaki boleh melakukannya!

Dan itu perkara yang membuat kawan saya runsing melihat lelaki makin berkurang muncul untuk menjadi pemimpin. Mereka malu (atau takut?) untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan untuk CAPUB (CAri PUBlisiti) namun mencari pengalaman. Secara jujurnya, pada awal pembabitan saya dalam setiap organisasi, saya adalah bodoh dan tak tahu. Maka, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah belajar daripada rakan sejawat atau senior. Perkara selanjutnya ialah saya mengikuti rentak sebelumnya dan apabila telah menemui rentak, maka saya akan melakukannya sendiri melalui idea saya.

Bukan niat untuk berlagak di dalam blogspot saya, namun pengalaman saya berorganisasi yang pertama ialah dalam Pembimbing Rakan Sebaya pada tahun 2006. Saya tidak tahu apa-apa sehingga tahun 2008 saya dipilih sebagai Presiden, namun saya masih tiada melakukan sebarang kerjaya. Masuk matrik, saya cuba untuk menebus kesilapan saya dengan memasuki Pembimbing Rakan Dinamik, namun saya terlambat so saya terpaksa masuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, dan saya berjaya menjadi Yang Dipertua Pelajar. Berat? Ya, namun selagi kita mampu memikul maka pikullah, jika tidak maka bahagikanlah kepada yang lain, namun jika tidak mampu maka serahkanlah kepada yang mampu. Dan kini, saya menjadi Timbalan Eksekutif Penerbitan dan Publisiti di Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan dan Alam Bina UKM.

Semakin lama hidup memang semakin susah, namun apabila kita cuba untuk menghadapinya maka hidup ini menjadi semakin senang.

Itu sahaja yang mampu saya nukilkan hari ini. Perlu saya ingatkan, ini bukan luahan hati saya, namun pandangan kawan saya yang seorang perempuan. Saya sebagai kaum Adam mampu mengingatkan kawan-kawan saya, terutamanya kepada lelaki yang senasib seperjuangan dengan saya. Saya lelaki, dan saya risau dengan kaum lelaki. Sekian, wassalamualaikum.

p/s: kalau ada yang kurang bersetuju, jangan marah kepada saya, jangan marah kepada kawan saya, namun buktikan bahawa kita mampu. that's all!

Labels: , ,

Kalau Saya Marah, ...

7:19 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebab saya update post ini di malam hari, so selamat malam la. Malam tadi saya ada jawab soalan Formspring kawan saya.


Itu baru sebahagian. Sebelum ini, saya pernah lempang, atau sepak, atau bahasa kampung saya slap seorang lelaki lembut yang pernah 'bermain-main' dengan kepala saya, dengan cara menampar pipi saya sebanyak 20 kali! Gila tu, macam la saya ni anak patung dia. Then sejam selepas itu, dia tiba-tiba menyerang saya tak tentu pasal. Apa lagi, dapat la habuan menarik daripada saya oleh sebab saya bengang!

Selepas itu, saya pernah membaling pen ke arah kawan-kawan saya yang sedang buat bising di belakang kelas. Dan memang mood pada masa itu berubah 180 darjah dalam masa 3 saat, dari gelak-gelak ke marah. Dan tengkingan saya sampai ke blok sebelah. Serius gila saya ni!

Masa di matrik, saya pernah tengking kawan saya-perempuan JPP-yang berdiri secara mengejut di belakang saya di malam hari. Pakai baju hitam pula tu. Apabila saya undur ke belakang, saya menjerit terkejut dan tengking dia balik. Siapa yang tak terkejut, tiba-tiba nampak sesosok 'lembaga' hitam pendek di belakang kita di malam hari. Dah memang kawan saya tu rendah, hehe. To Anis, sorry ya time tu aku memang marah gila kat kau.

Terbaru, selepas hampir 8 bulan saya 'memendam' amarah gila ini, saya membaling pen sampai patah dan menghentak meja 10 minit sebelum start kelas Algebra di UKM ini. Puncanya? Kekalahan 0-3 Indonesia kepada Malaysia. Dah la bengang sebab ada ahli keluarga besar saya yang perli saya seorang warga Malaysia, ditambah dengan kawan-kawan saya yang perli saya seorang warga Indonesia. Siapa yang tidak hot? Namun macam biasa, amarah saya cepat reda seiring dengan datangnya amarah itu.

So, sekarang ini, saya cuba untuk memendam amarah itu dengan cara berdiam. Even ada perkara yang saya tak suka namun saya tetap berdiam dan bersabar, sebab baginda sendiri pun diuji dengan segala penghinaan dan cacian. Namun baginda tetap bersabar. Walaupun saya dilayan dalam gurauan seperti anjing, atau macam saya ini pelanggan pelacur kerana perempuan panggil saya dengan bunyi tikus berkali-kali, namun saya cuba untuk berdiam, bersabar dan melupakannya. Sebagaimana kawan sekolej dan sejabatan saya (saya sekarang tak pasti, apakah dia masih menganggap saya kawan) bertanya apakah kesalahan yang pernah dia lakukan. Jawapan saya, saya lupa sebab saya telah melupakannya. Untuk apa berdendam dengan kawan-kawan kita.

Namun, kita sebagai manusia tidak luput daripada melakukan kesilapan. Terkadang kita sendiri tidak menggunakan otak, atau dikatakan pentingkan diri sendiri. Mungkin, itu pandangan dia. Namun kembali kepada diri kita, perkemaskan diri kita, apakah memang benar kita bersikap sedemikian. Atau mereka yang hanya pandai judge diri kita sendiri tanpa dengar usul periksa. Sebab itu adanya akal dan nafsu yang dianugerahkan Allah kepada kita sebagai makhluk ciptaanNya. Nisbah berbeza kepada setiap jantina-9 akal 1 nafsu untuk lelaki dan 1 akal 9 nafsu untuk wanita.

Bukan hendak mengata, namun itulah realiti yang boleh kita saksikan kini. Dan saya pun juga mengalaminya. Sekarang. Kini. Now. Dan mungkin hingga akhir semester. Atau akhir tahun. Namun biasalah, sebagaimana ajal, setiap yang datang pasti akan kembali. Begitu juga dengan kawan. Mungkin apa yang kita lakukan disalah anggap sehingga keluarlah segala macam tohmahan. Dan kembali seperti apa yang saya cakap, bersabar, kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.


Sekian, wassalamualaikum.

p/s: oh Allah, please give me strength to handle this.

Labels: , , ,

Yahudikah Saya?

12:25 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Hello dan Assalamualaikum kepada semua. Ini adalah post pertama saya sejak berumur 20 tahun. 20 tahun? YTK! Saya sudah dewasa sekarang (betul ke?)! No more teen, I am twenty now. Hehehe, so selamat hari jadi kepada saya. Eh silap, kena nyanyi dengan pegang kek di tangan kiri dan goyang tangan macam Usop, happy birthday to me, happy birthday to me...owh blueberry my favourite. Hahaha http://www.emocutez.com


Lembu Cisdel pun wish kepada saya


Sempena usia saya yang makin menua ini, so entry kali ini mengenai 25 perkara mengenai saya. Sebenarnya saya tersinggah ke blogspot kawan saya, sama-sama UKM, bekas KMNS dan ahli Republic of 1991, Ku Nur Izzati. Kalau sesiapa nak singgah, ini link dia. Wasiat dia, sesiapa yang singgah dan baca post dia itu, dibenarkan mengetag diri sendiri. So saya telah mengetag diri saya sendiri sempena hari jadi saya. Apa tunggu lagi, jom!


1.
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, sebelumnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan


2.
lahir pada 1 Mac 1991, tepatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pukul 11.38 malam. waktu itu tepat Nisfu Syaaban. Syukur!

Cuba cari di mana rumah saya? Siapa dapat jawab dengan tepat akan dapat hadiah misteri



3.
suka merepek dalam bercakap, even dalam hal serius pun boleh merapu. kes terbaru semasa Workplace Comm test, saya boleh tanya soalan yang diberi


4.
walau kaki merepek, seorang yang pendiam dan kadang kala cepat melenting apabila tertekan. pemangkin utama ialah cuaca panas. I hate hot weather!http://www.emocutez.com


5.
ramai orang yang tidak tahu, atau tidak percaya, bahawa saya seorang pemalu! seriously, saya malu kepada beberapa orang, seperti yang jenis pendiam, yang baik hati, yang taat dan alim. kalau yang gila-gila, yang huha huha, yang kaki lucah, jangan tunggu bila masa saya jadi pemalu!


6.
suka makan banyak! namun berat still maintain. yang makan banyak ini usah ditanya lagi la


7.
bab menulis sastera bahasa Melayu memang minat saya. sebab itu saya suka menulis dan merepek dalam blogspot. namun kos saya di UKM bukannya ada kena mengena dengan bab penulisan pun


8.
sejak dahulu sampai sekarang meminati dua perkara dalam pelajaran: matematik dan sejarah. sejak form 2 sampai matrik tak pernah tak dapat A untuk matematik, dan sejarah membolehkan kita mengkaji masa silam dan fakta-fakta yang kini masih misteri, seperti Atlantis. sayangnya kos saya di UKM langsung tiada sejarah, kecuali TITAS


9.
suka berjalan-jalan ke mana sahaja. mencari pengalaman, makan angin, semua la. paling best bab pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan dan saya sendiri tahu arah jalannya. so saya akan menyesatkan mereka dan pada masa itu, saya makan angin sambil mengkaji jalan! jahat tak?


10.
sejak 16 September 2006 sampai sekarang, saya telah membeli 5 nombor fon. bukan nombor ekor! mula-mula Maxis, 0122195461 namun dah expired. then nombor yang kini saya guna, 01728xxxxx. then nombor yang saya berikan kepada kawan saya di KMNS, 01724xxxxx. then nombor Celcom yang kini masih saya guna, 01937xxxxx. latest, 01799xxxxx yang baru saya hadiahkan kepada kawan saya. motif nombor banyak? nak kacau orang! memang jahat kan?


11.
hobi yang paling best setiap keluar dengan kawan-kawan: bowling, karaoke dan makan. sejak dari zaman KMNS sampai kini, perkara itu menjadi benda wajib


12.
Manchester United! minat sejak tahun 1999, semasa Man United menjadi juara Eropah. mula-mula minat David Beckham, then minat Man United. Tetapi sebab di Indonesia Liga Itali yang lebih popular, so jarang dapat tahu berita mengenai Liga Perdana Inggeris

GLORY GLORY MAN UNITED!!!



13.
pada awalnya, tak berminat masuk matrik selepas SPM dan mahu masuk diploma kerana mendengar cerita bahawa matrik sangat struggle. namun sebab saya hanya dapat surat tawaran matrik sahaja, so terpaksa masuk KMNS


14.
JPP? itu juga terpaksa. niat sebenar nak masuk PRD, namun dah terlambat. then kawan saya yang juga kini ahli JPP Boyz, Fendi pelawa saya masuk JPP dengan alasan boleh pergi ke Indonesia nanti untuk pertukaran pelajar. itulah sebab saya masuk dan pada masa yang sama, saya ajak kawan saya, Munir yang juga JPP Boyz untuk bertanding


15.
perkara pertama yang akan dilakukan selepas bangun pagi ialah solat Subuh, mengaji, then on laptop dan online facebook, twitter, baca blogspot, check yahoo mail, kalau ada game pagi itu check soccernet ESPN


16.
sangat anti dan kalau boleh rasa nak lempang kawankawan perempuan yang suka buat bunyi tikus. kalau ada yang tak faham, itu cara memanggil orang dengan memuncungkan mulutnya. saya tidak suka sebab itu adalah simbolik perempuan murahan dan pelacur. ya, diulangi,
PEREMPUAN MURAHAN DAN PELACUR!!!
lagi sekali kau buat bunyi tikus itu kepada aku, aku lempang kau!!!



17.
pernah aktif dalam pelbagai sukan seperti tenis, badminton, futsal, bola sepak, bola tampar, bola baling dan catur semasa sekolah dan matrik. namun kini sudah berkurang sebab kecederaan kaki


18.
meminati anime Nodame Cantabile sebab ada orkestra dan piano di sana. sebab itulah saya menggunakan nama ariffcantabile sebagai link facebook dan blogspot ini


19.
tempat di Malaysia yang sangat nak pergi ialah Langkawi atau pulau Tioman. sebab tak pernah pergi ke sana lagi. kalau di oversea, selain naik haji ke Mekah dan Madinah, Paris dan Milan adalah destinasi wajib. oh ya, tak lupa pula, MANCHESTER!


20.
suka berkawan dengan semua orang. tetapi perkara yang tak berapa suka ialah kurang sporting dalam bergurau. itu memang boleh menjejaskan persahabatan, kecuali dengan adanya kemaafan


21.
rasa agak bengang kalau berkawan rapat dengan perempuan, sekali perempuan itu ada kekasih. memang agak marah sebab takut kekasih dia marah kepada saya. better beritahu atau saya tahu kalau dia ada kekasih sebelum saya yang kena planggg nanti


22.
sewaktu kecil, pernah bercita-cita menjadi arkitek sebab meminati seni reka bentuk rumah. selain itu, minat menjadi penyiasat dan menjadi penceramah


23.
sangat rapat dengan adik sendiri. kalau balik rumah, memang happening la saya dengan adik saya. biasalah, beza setahun je, lagipun kami hanya berdua


24.
perkara yang selalu ada niat nak buat setiap hari namun tak pernah berjaya dilaksanakan ialah tidur di awal waktu. kalau tak tengok TV, keluar malam atau online facebook. kecuali kalau esok pagi sebelum subuh kena bertolak ke mana-mana tempat


25.
yang pastinya, seorang yang selalu atau dengan tidak sengaja menjahanamkan peralatan elektrik atau elektronik sejak kecil. dengan rekod 13 jam tangan sejak umur 5 tahun, 8 fon sejak umur 15 tahun. terbaru, butang escape di laptop dah nak tercabut hanya selepas 2 minggu baru dibeli!


Ha, itu sahaja yang saya ingat dan dapat beritahu mengenai sisi lain diri saya. So kepada yang dah pernah berjumpa dan menjadi kawan saya, kalian akhirnya baru tahu lagi siapa saya. Hahaha, terutamanya ex-SMKBTS kelas 4 dan 5 Bestari/Pintar, JPP KMNS dan JKAS. Hurm, sepatutnya kena tag 25 orang kawan, namun sebab kekangan masa, so saya bernarkan sesiapa mengetag diri mereka sandiri. Itupun tanpa paksaan.

Okay la, bulan Mac ini umur dah makin bertambah, assignment pun main banyak, exam makin dekat, so kurangkan online. Wassalam

p/s: sengaja buat tajuk melencong sedikit, hahaha. nanti baru ada uumph nak baca

Labels: , , ,