Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Survey

9:53 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Saya ada seorang kawan. Perempuan, sebaya dengan saya. Kini saya dengan dia sama-sama belajar di UKM. Saya tak pasti apa perasaan saya kepadanya dan apa perasaan dia kepada saya. Okay mengenai perasaan dia dahulu. Sewaktu mula-mula masuk UKM, dia masuk satu persembahan tarian mewakili kolejnya semasa pesta konvokesyen, dan dia mesej saya untuk berjumpa dengannya. Selepas persembahan, saya berjumpa dengan dia dan dia seperti bersungguh-sungguh bertanya kepada saya bagaimana persembahan tariannya, padahal saya tidak dapat menyaksikan sebab ada kerja. Apabila bermesej, saya selalu memulakannya, dan dia selalu seperti bermanja-manja dengan saya, walaupun kami selalu bergurau di dalam mesej itu. Dia memanggil saya dengan Spongemon sempena nama Facebook lama saya. Namun saya hampir 4 bulan tak mesej dia ataupun contact dia. Pernah saya selalu menulis status di Facebook saya dengan lirik-lirik jiwang seperti kebiasaan saya, dan dia menulis di profile wall saya, 'selalu sangat tulis ayat jiwang, suka dengan siapa sekarang? nak tolong pinangkan orang tu'. Terbaru, saya mesej dia minggu ini. Dia tanya saya, adakah saya dapat menjadi fasilitator di matrik lama. Saya jawab dapat, then dia cakap yang dia tak dapat. Kemudian dia ucap tahniah dan menyuruh saya mencari girlfriend baru di sana. Padahal sama ada saya ataupun dia tidak menyentuh isu ini, hanya bertanyakan khabar dia dan sedang buat apa. Seolah-olah dia seperti hendak berada di samping saya namun tidak kesampaian. Tetapi, saya merasakan dia seolah-olah mempermainkan perasaan saya kerana menurut apa yang saya tahu, perempuan manja tak bermakna gedik dan mengada-ngada, kerana mereka nak perhatian daripada lelaki. Means, dia mungkin hanya bermain-main dengan perasaan.


Persoalan: Apakah perasaan dia kepada saya? Segala pandangan yang anda utarakan, saya ucapkan terima kasih.


p/s: I think I was started to loving you because I feel that you loved me, but now I think that you don't love me.

Labels:

12 komen:

Comment by N on May 13, 2011 at 10:04 AM

perempuan susah nak dijangka. maybe dia ada hati, tapi sbb takkan mungkin perigi cari timba, so, pendam je. Ayat pun berkias.

Mana tau dia ada hati, tp malu nak cakap. Mana la tau kan :)

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 13, 2011 at 10:06 AM

thanks seyha, mungkin la juga walau terkadang kami berdua selalu gurau-gurau

Comment by haslinda on May 13, 2011 at 10:12 AM

die suke kt arif laa 2 mknenyee... org pmpn jgk...so org phm ape yg die rse..

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 13, 2011 at 10:15 AM

memang pun masuk akal Linda, namun sebab 'Ariff dengan dia selalu bergurau, so tak tahu dengan pasti la apa perasaan dia sebenarnya

Comment by Ayeem Jemain on May 13, 2011 at 10:24 AM

elok pompan la yg jawab persoalan tu. kang aku jawab lain lak jadinya haha

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 13, 2011 at 10:25 AM

bangga aku dowh, Ayeem Jemain komen dalam post aku! haha tak apa boss

Comment by Nurul Afina on May 13, 2011 at 10:00 PM

saya rasa, dia suka awak. perempuan memang suka cakap berkias. pada pendapat saya, kalau awak suka dia, bagitau dia. kalau tidak, jangan bagi harapan. ( saya cakap berdasarkan pengalaman ) hehe

ni pendapat peribadi saya. tapi tak sure jugak la kan.

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 13, 2011 at 11:26 PM

thanks fina :)

Comment by dyanz on May 14, 2011 at 5:44 AM

she likes you , baru nak start suka .
opinion based on my experience .. :) ..

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 14, 2011 at 9:10 AM

la yeke yana? ni mesti experience kau kan :)

Comment by dyanz on May 16, 2011 at 10:05 AM

haha .. tapi sikit2 jek kena .. syhh . diam2

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 16, 2011 at 3:51 PM

haha, okay okay

Post a Comment