Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Accident in Love

6:56 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum. It's been a long time since I hid this desire to update my blog. Okay next week is the last paper for SPM 2011 candidates. Urmm I mean, for English for Science and Technology paper, because it was my last paper for 3 years ago. And I have a memory about it; about my last paper. Not only that we all ended our examination, about our last moment at the school or something else. But that day, I was being accident in love - for the first time. This time I write off in Malay, because I have no mood to think and compose in English.




Dia orang pertama yang saya minat sewaktu masuk ke sekolah tahun 2005. Kami berlainan kelas, dia seorang pengawas dan saya hanyalah pelajar baru. Waktu tingkatan 3, kami sekelas dan rumor mengenai kami berdua semakin marak walaupun kami hanyalah kawan biasa. Pada tahun 2008, saya cuba untuk mendekati dia, dan dia menjawab

Boleh tak saya jawab lepas SPM nanti?

dan dia tak menjawab lagi, sampai sekarang.
NA. Being dumped by someone.


Lepas SPM, saya meminati seseorang namun tiada niat untuk menjadikan dia sebagai kekasih saya, sebab masih terkenangkan pengawas tersebut.
FN. Dumped myself.


Sewaktu di KMNS, saya suka terhadap roommatenya kawan sekuliah saya, walaupun kedengarannya agak bangang apabila melamar dia melalui sms namun hubungan kami berdua hanya bertahan 14 minggu sahaja. Alasan? Orang ketiga.
SA. Silly.


Tetapi saya minat kepada orang ketiga tersebut, kerana dialah orang pertama yang saya minat sebelum masuk KMNS. Bukan pengawas itu. Untuk beberapa alasan, kami tidak dapat bersama. Sama ada sebab cinta jarak jauh, atau orang ketiga yang berpunca daripada saya atau dia.
FA. What goes around comes around.



Selepas ulang tahun saya ke-19, saya mula mendekati seseorang, walaupun dia belajar di Perlis dan saya di Negeri Sembilan, dan kami tidak pernah bersua. Okay, saya skip mengenai perempuan ini untuk memberi laluan kepada perempuan lain.

Saya mula didekati kawan matrik saya, sebulan sebelum habis pengajian di KMNS. Kami berdua selalu study group sama walaupun dia sains hayat dan saya sains fizikal, makan petang bersama. Namun? Ianya berakhir dengan tiga pergaduhan besar sampai block facebook dan tukar panggilan daripada 'saya-awak' kepada 'kau-aku'.
NN. Egoistic.

Selepas saya menjadi fasilitator di KMNS, saya mula digosipkan dengan kawan fasi saya, yang juga kawan sekuliah saya di KMNS. Saya malas nak memberi respons apa-apa, namun terpaksa melayan kerenah dia. Padahnya kepada diri saya apabila saya berada di hujung tanduk - disuruh memilih dia atau aktiviti UKM saya. Akhirnya, saya memilih aktiviti UKM saya, sebab saya tak berminat sama sekali dengan perangai 'queen control' dia.
NS. Greedy.



Kembali kepada sebelumnya, saya mula mendekati seseorang yang belajar di Perlis ini. Ketika saya mendapat tawaran masuk UKM dan dia minta KLIUC, di sanalah bermula cinta kami berdua. 5 bulan kami bersama sebelum kami berpisah. Atas sebab tersendiri.
RR. First and last.

Selepas berpisah dengan dia, saya mencuba untuk menjauh daripada perempuan lain, namun saya mula berminat dengan dua pupu saya di kampung yang 3 tahun di bawah saya. Mengenai dia, saya skip untuk perempuan terakhir ini.

Walaupun saya pada awalnya tak berminat dengan dia sebab latar belakang yang loaded berbanding saya, namun saya melihat dia seperti suka dekat saya. Setiap hari mesej saya, dia jadi wakil kolej pun dia mesej saya minta sokongan daripada saya. Akhirnya saya mula suka dekat dia, namun secara tiba-tiba dia mula menjauh daripada saya. Alasan? Sama ada dia jealous sebab saya rapat dengan kawan dia, atau dia ingat saya tak berminat dengan dia, atau dia ingat saya stalker dia. Entahlah. Nak pergi tanya dia, dia macam melarikan diri.
AZ. Dumped and being dumped.

Kembali kepada dua pupu saya. Inipun sebab orang terdekat saya yang seolah memberi 'green light' seperti dia adalah bakal tunang saya. Saya berdoa kepada Allah, sekiranya dia memang jodoh saya maka jauhkan dia sehingga dia menjadi jodoh saya. Namun dia dah ada kekasih hati - berita terbaru saya dapat. Perkara mustahil untuk menyukai dan meminati seseorang yang dah berpunya.
DN. Will wait again.

Okay, these 9 girls. Does not mean that I am playboy or something else. But it is easy to love someone and difficult to forget someone. And now, I am staring the stars even though there are no stars in the sky this night, while waiting someone without accident in love. Again


Last but not least, I still have Allah. Okay back to December, one month before final examination. It's time to revision and study.

Wassalamualaikum.


p/s: sound stupid ya? I am not player, but this is my real life. so pity, even I write this entry while listening this song



Labels: , , , ,

Shoot A Dikefalos

4:37 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

My feeling like shooting a Dikefalos. Shoot one side to get another side too. Yeah, truly hell if it is involve two girls. Closed with a girl to get her friend.

Dikefalos, symbol of Greece

Sheet! What happened with me? Doing like this can ruin mine, hers and theirs too. Argh, argh, argh!

Wassalamualaikum.

p/s: I think this is the sixth Double A





Labels: ,

Camelia

2:42 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)


Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakanlah aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia

Persoalan: Boleh tak nak tukar nama Camelia ni dengan nama dia? Atau perlu guna lirik lagu lain untuk nama dia?

Labels: ,

What Happened When River is Blocked?

4:33 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat, saya kurang sihat dengan hidung berair, mata merah dan tekak sakit. Kesimpulannya, saya kurang sihat dan bercadang untuk mengambil MC. Tapi jangan risau, saya belum sampai ke tahap gila, memandangkan saya masih mampu solat berjemaah di surau dan menaip perkataan demi perkataan dalam entry ini. InsyaAllah Ahad ini kesihatan saya semakin okay dan saya cergas untuk mewakili kolej dalam sukan golf. Amin.

Semalam, saya masih mencari konklusi, masih mencari lagi. Bukan mengenai assignment, namun mengenai dia lagi. Saya mendapat masukan daripada kawan saya mengenai perempuan yang bersikap sedemikian.


Perempuan yang mengucapkan 'Selamat Malam' kepada lelaki selama dua malam berturut-turut dan menggunakan perkataan 'Dear', maka perempuan ini tergolong kepada 4 golongan: bersifat keibuan, mesra dan berkasih sayang (pengecualian apabila mesej itu hanya kepada lelaki tersebut), menaruh minat (belum mencapai tahap untuk mengahwini), dan pemalu murtad.
  • Kesimpulan: Saya boleh meletakkan dia dalam kes kedua atau mungkin, ketiga. Pemalu murtad? Apa pula itu?
Pemalu murtad ialah mereka yang tiada rasa malu, menggunakan ayat-ayat yang gedik untuk memikat lelaki tersebut dan lelaki tersebut akan terkesan dengannya.

  • Kesimpulan: Dia mungkin boleh diletakkan dalam kes pemalu murtad, namun belum ada satu bukti sahih dan sah yang mana dia adalah seorang yang gedik, memandangkan dia amat jarang bersama dengan lelaki (aku rasa aku seorang je lelaki yang selalu lepak dengan dia). Kecuali kalau dia juga bersikap sedemikian kepada lelaki lain di luar kolej, fakulti atau UKM. Maybe.

Mungkin kes pemalu murtad ialah daripada latar belakang yang mana perempuan tersebut jenis kaya dan mewah. Maka tindakan lelaki tersebut ialah harus cool dan kegabraan membuat lelaki nampak tidak matang. Tunggu tindakan perempuan tersebut, kalau dia masih berlarutan dalam tempoh panjang, maka hal ini perlu diambil serius.

  • Kesimpulan: Tempoh panjang tu berapa lama? Sehari? Seminggu? Sebulan? Okay wait and see.

Langkah menguji perempuan itu ada 4 cara: mereka-reka kewujudan perempuan lain dalam kehidupan lelaki tersebut, menghilangkan diri selama tempoh tertentu, menulis status kontroversi seperti 'I have already fall in love with her, but she does not know yet', dan call perempuan tersebut pukul 3 pagi untuk ucapkan selamat malam. Sekiranya dia cemburu, dia tercari-cari, dia ada niat ingin tahu dan dia lupakan tidur untuk berbual panjang pukul 3 pagi, maka dia ada respon positif.

  • Kesimpulan: Oh tidak! Nak buat semua tu, just status kontroversi je yang boleh. Nak call pun rasa terketar-ketar, tapi dia pula yang call saya semalam sebelum tidur. Buat status kontroversi tu dah banyak kali tapi tiada respons, mungkin (atau pasti) dia jarang online. Nak menghilangkan diri tu memang impossible, tapi kalau menghilangkan 'diri' tu senang je.

Untuk perkembangan terbaru, perempuan tersebut mesej 'Selamat Pagi' kepada lelaki tersebut selama dua hari berturut-turut. Secara tidak langsung, lelaki itu ada di fikiran perempuan itu di permulaan hari. Maka di sini perlu ada tindakan wait and see kepada perempuan itu.

  • Kesimpulan: Ini lagi berat! Takkan tiap bangun tidur then capai fon dan mesej saya. Okay, berat nanang semua ini. Saya tak tahu lagi.

Lima soalan yang diutarakan, dengan lima jawapan yang bernas dan boleh diterima. Namun kini, perkara yang masih bermain di minda, sampai bila wait and see ini perlu diteruskan? Okay, kalau diabaikan maka perkara ini akan berterusan sampai pada masanya ia akan berhenti, tapi bila? Kalau diteruskan, maka hati ini akan menjadi gila. Kalau tak gila, maka mungkin, ini adalah kemungkinan, bukan harapan, maka mungkin saya akan suka dekat dia.

Going to mad, or going to love

Sampai sekarang, saya just berdiam diri, tak nak banyak soal, tak nak banyak fikir, tak nak komen. Better saya fikir untuk Isnin depan, saya wakil golf yang tak pernah saya main. Selasa pula ada Techno Materials Lab sampai Khamis, maybe. Next week saya akan penat.

Ignore or don't mind?


Okay la, nak bersiap ke kelas. Oops, silap, nak ke Pusat Kesihatan. Ambil MC then masuk kelas pukul 10 untuk hantar assignment. Kalau sempat, nak balik rumah untuk cabut gigi.

Last word from me (err, actually from Book of Quote): When I text you, that means I miss you. When I don't text, that just means I am waiting for you to miss me.

Wassalamualaikum.

p/s: time update blog ni, lagu Cinta Muka Buku-Najwa Latiff berkumandang di Hot FM. kalau ada yang terbaca entry saya ini, don't judge be by its entry, but ask me what did I write.





Labels: , , ,

Cinta dan Benci

2:48 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Hari Jumaat, sejak saya masuk matrik sampai sekarang adalah hari yang paling best, sebab dapat berehat selepas kelas, kelas dan kelas. Oh, kecuali semester 1 tahun lepas, sebab ada kelas Statik Dinamik sampai pukul 5 petang. Syukurlah semester ini belum lagi, kecuali nanti akan diadakan sebagai kelas ganti.

Sedang mood bosan di bilik, tak tahu nak buat apa, tidur pun dah bosan, makan apatah lagi, saya pasang lagu Cinta dan Benci. Tak tahu la lirik dia best atau tak, but yang pasti saya nak dengar lagu dia je.


bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu


Saya kopi pasta sedikit liriknya, hurm boleh tahan juga walaupun saya tak merasakan lirik lagu ini ada kena mengena dengan saya. About me? Oh no, it does not means saya yang sedang jatuh cinta, bukan sama sekali. Tetapi yang lebih tepatnya, yang dikejar tak dapat, yang tak dikejar mendekat. Pfft~ saya bukan jejaka Lombok yang diminati ramai gadis!

But how will you tell her after you know she picked up another boy?


Itu je yang saya nak cerita, sebab saya pun tak tahu nak cerita tentang apa ni, hehe.

Okay, wassalamualaikum.

p/s: the worse thing is when you have been loved with many girls but you didn't choose one of them because you wait someone for you, but the worst thing is when you know she with another boy after you rejected them. that's a fact


Labels: , ,

Pelengkap Cerita, Pewarna Hidup

10:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Entry ringkas, ditaip dengan penuh perasaan.
Perasaan mengantuk, penat, sibuk dan segalanya. Belum lagi perasaan bengang, rasa nak cakap F dekat semua orang yang jumpa je tapi masih lagi di bawah 10% paras amarah saya. Makin bosan duduk menghadap laptop yang lepas diformat, tapi masih mengeluarkan unexpected shutdown (or shitdown) secara mengejut. Okay, syukur tadi tu tak sedang upload atau download atau doing assignment la.

Saya ada satu badan, satu jiwa, so saya tak dapat membahagikan masa saya sebaik mungkin. Okay, that is compared with KMNS time, yang mana saya dapat tidur time kuliah, makan time kuliah, online time kuliah, buat kerja JPP time kuliah dan dapat A untuk Physics dan Mathematics. This time? Jangankan berborak dengan kawan, time kuliah sedang check mesej pun dah tak faham apa yang disampaikan. Apalagi ditambah dengan lecture yang mengajar style "I only know what I teach". Okay, thanks Allah, ini satu cabaran dalam hidup saya!

Sebab saya overbusy, saya nak jadi Hayden Christensen dalam filem Jumper. Pergi ke fakulti, then kolej, then pejabat, then pusat bahasa, then Kajang, then kolej balik. Harapkan bus? Pfft~ kelas petang adalah nikmat apabila naik bus.

Anything is Possible (or Pos-shit-ble)


Last but not least, saya suka dengan ayat dalam status saya baru-baru ini.

Mood lepas geram
Selamat malam, nampaknya saya tidur awal juga malam ni. Awal la sangat pukul 1 pagi tu! Wassalamualaikum.



Labels: , ,

Survey

9:53 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (12)

Saya ada seorang kawan. Perempuan, sebaya dengan saya. Kini saya dengan dia sama-sama belajar di UKM. Saya tak pasti apa perasaan saya kepadanya dan apa perasaan dia kepada saya. Okay mengenai perasaan dia dahulu. Sewaktu mula-mula masuk UKM, dia masuk satu persembahan tarian mewakili kolejnya semasa pesta konvokesyen, dan dia mesej saya untuk berjumpa dengannya. Selepas persembahan, saya berjumpa dengan dia dan dia seperti bersungguh-sungguh bertanya kepada saya bagaimana persembahan tariannya, padahal saya tidak dapat menyaksikan sebab ada kerja. Apabila bermesej, saya selalu memulakannya, dan dia selalu seperti bermanja-manja dengan saya, walaupun kami selalu bergurau di dalam mesej itu. Dia memanggil saya dengan Spongemon sempena nama Facebook lama saya. Namun saya hampir 4 bulan tak mesej dia ataupun contact dia. Pernah saya selalu menulis status di Facebook saya dengan lirik-lirik jiwang seperti kebiasaan saya, dan dia menulis di profile wall saya, 'selalu sangat tulis ayat jiwang, suka dengan siapa sekarang? nak tolong pinangkan orang tu'. Terbaru, saya mesej dia minggu ini. Dia tanya saya, adakah saya dapat menjadi fasilitator di matrik lama. Saya jawab dapat, then dia cakap yang dia tak dapat. Kemudian dia ucap tahniah dan menyuruh saya mencari girlfriend baru di sana. Padahal sama ada saya ataupun dia tidak menyentuh isu ini, hanya bertanyakan khabar dia dan sedang buat apa. Seolah-olah dia seperti hendak berada di samping saya namun tidak kesampaian. Tetapi, saya merasakan dia seolah-olah mempermainkan perasaan saya kerana menurut apa yang saya tahu, perempuan manja tak bermakna gedik dan mengada-ngada, kerana mereka nak perhatian daripada lelaki. Means, dia mungkin hanya bermain-main dengan perasaan.


Persoalan: Apakah perasaan dia kepada saya? Segala pandangan yang anda utarakan, saya ucapkan terima kasih.


p/s: I think I was started to loving you because I feel that you loved me, but now I think that you don't love me.

Labels:

Cinta Pertama

5:23 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (11)


Assalamualaikum dan selamat malam. Di kala kesibukan saya berprojek di UKM dengan ahli kumpulan saya, sempat juga saya menyempatkan diri untuk berblogging. Untuk pengetahuan para pembaca, UKM start cuti pada Sabtu minggu lepas, namun pelajar tahun satu JKAS UKM telah memulakan projek survey mereka sehari lebih awal. Means, kami kena berkampung selama seminggu di UKM. Okay, that's the brief explanation about my project this week.

Semalam saya beronline Facebook. Padahal saya masih dilanda keletihan selepas membuat perkiraan di library. Duhh, padahal saya tak ada buat kerja pun semalam, yang ada hanya tengok kawan saya Toha, Siew Feng, Safuan dan Lai Jun buat AutoCAD dan membuat pengiraan. Hahaha http://www.emocutez.com (gelak chumil kejap). Okay back to the topic, saya terkomen wall ex-gf saya di group KMNS 09/10.

Motif?

Saje je, sebab dia tulis doakan untuk exam biochem dia esok (hari ini). So saya tulis 'amin'. Tak salah kan? Then lepas itu kami berkomen di wall dia. Err, lagi sekali saya ulang, berkomen di wall dia.

Salah ke nak berbaik-baik dengan bekas kekasih?

Okay soalan itu saya pulangkan kepada pembaca. Namun bagi saya, tak salah rasanya kalau nak berbaik-baik dengan mereka. Saya sempat membelek-belek akhbar Metro petang tadi, dan saya ternampak artikel 'Kekasih Lama Turut Hadir', mengenai bekas-bekas kekasih Putera William yang hadir dalam majlis perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton. Bayangkan kesportifan mereka yang hadir dalam majlis perkahwinan ex mereka. Saya pun tak dapat bayangkan.

Normally, cinta pertama sukar dilupakan, terutamanya oleh wanita. Bukan bermakna lelaki amat mudah melupakan ex mereka. Saya pernah ditanya oleh kawan saya semasa study week baru-baru ini mengenai cinta pertama. Dia perempuan, namun bukan ex saya. Harap maklum. Kenapa lelaki selalu berdiam diri then tiba-tiba dia cakap nak clash? This is an interesting question for me. So saya jawab, mereka memerlukan ayat-ayat yang tak akan melukakan hati wanita. Then dia tanya saya, apa benar lelaki senang melupakan cinta pertama mereka?

Hurm, entahlah

Bagi saya, mereka bukannya suka-suka hendak melupakan ex mereka, apalagi kalau dia adalah cinta pertama sang jejaka. Salah satu sebabnya, mereka bukannya suka dengan perempuan tersebut, just suka-suka. Okay that is the worst reason. Another is mereka tak mahu meletakkan bayangan ex mereka nanti selepas kahwin. Islam pun melarang adanya wanita lain dalam hidup seorang suami selain isteri mereka, dan juga adanya lelaki lain dalam hidup seorang isteri selain suami mereka. So masuk akal mereka senang melupakan cinta pertama mereka.

Itu pendapat saya bagi seorang lelaki. Bagi seorang wanita? Mengapa mereka sukar melupakan cinta pertama mereka?

Mungkin pembaca perempuan lebih arif untuk menjawabnya, namun bagi saya mereka menganggap lelaki yang mereka cintai akan melindungi mereka; menjadi perisai mereka, so apabila sang jejaka telah pergi meninggalkan mereka, mereka menganggap perisai tersebut telah hilang.

Pendapat lain?

Namun, kalau sekiranya perempuan tersebut dah berkahwin, adakah relevan mereka masih sukar melupakan cinta pertama mereka? Unless kalau cinta pertama mereka adalah suami mereka sendiri. Okay, lelaki main kayu tiga dah biasa kita dengar, namun perempuan main kayu tiga? Perempuan main kayu tiga dengan bekas kekasih? Kalau sang suami bercinta dengan bekas kekasih, mereka masih boleh bernikah selagi isterinya tak berniat meletakkan parang di leher suami. Namun kalau si isteri berbuat macam itu, bercinta dengan bekas kekasih? Wujudkah dunia poliandri dalam budaya Islam dan Melayu? OMG! Ya Allah! Semoga calon isteri saya bukan jenis macam itu, amin.

Ayam pun sedar dengan kecurangan pasangan

Saya bukannya pembaca tegar majalah Mastika, walaupun saya selalu beli kalau bosan. Pernah saya terbaca, suami main kayu tiga dengan wanita lain. Then, isteri main kayu tiga dengan pekerja lain di pejabatnya. Then, suami menceraikan isteri sebab nak kahwin dengan wanita lain padahal isteri dia seorang yang baik dan solehah. Then, then, then....argh banyaknya kes gila yang kini terjadi di antara suami isteri!!! Tension tension, rasa tak nak kahwin je http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com


So, tazkirah saya, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan namun kepada yang telah berkahwin, cintailah pasangan anda selepas Allah. Lagi satu, seorang suami yang telah berkahwin dengan isteri yang solehah dan kemudian dia main kayu tiga dengan perempuan lain adalah suami yang bodoh, namun isteri yang telah berkahwin dengan suami yang soleh dan kemudian dia main kayu tiga dengan lelaki lain adalah isteri yang bangang (dan pasti dilaknat oleh Allah dan juga malaikat).

Akhir sekali, tak salah dengan cinta pertama anda, namun yang salah ialah cara kita menghadapinya. Wassalamualaikum dan selamat malam.


Ada soalan, bantahan atau pendapat?

Labels: , ,

Argh, Tensionnya!!!

9:30 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (2)

Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blogspot saya ini. Minggu ini saya memang letih sangat-sangat, tidur pukul 2 pagi dan bangun awal, kalau ada kelas pagi maka lepas subuh tu tidur sepintas lalu. Kenapa saya busy? Sebab saya join program kolej saya, yang telah dirasmikan Khamis lepas, iaitu Temasya Gemilang Kolej Keris Mas UKM. Bagi yang sedar, setiap berita di TV1 pasti ada iklan yang lalu di bawah tv tu. Iklan nak promosi TG2KM la, syabas dan tahniah kepada TG2KM dan RTM. Khabarnya (bukan khabar lagi namun dah termeterai), pihak tv Al-Hijrah pun dah bersedia meliput program kesenian Islam dan bicara Ad-Din minggu depan. So, saya jemput kepada rakan-rakan saya atau yang berada di sekitar UKM, untuk datang memeriahkan program ini. Dan ini website program saya, www.tg2km.blogspot.com (psstt, saya Ketua Pengarah 2 lho...)


Ini dia logo TG2KM. Cantik tak?

Sebenarnya, kenapa saya buat tajuk post kali ini Argh, Tensionnya!!!. Sebab saya agak moody sejak 2-3 hari ini. Tak pasti kenapa, mungkin sebab saya kena hujan dan lupa (sebenarnya malas) nak minum ubat. Atau tak, saya kurang cukup rehat. Mungkin sahaja saya ada masalah dengan orang lain. Entahlah, namun yang pastinya saya ada masalah dengan pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah orang di antara saya dan Alyn.
Kalau ada sesiapa rakan-rakan facebook saya perasan apa status yang selalu saya tulis, selain promote program Selami Jiwa, mesti perasan status terkadang perangai awak menyebabkan saya naik bosan dengan awak. ingat, awak adalah kawan saya, sama seperti kawan perempuan saya yang lain, dan awak bukan Mama atau Alyn. sekian. Sebagai bukti, saya paparkan status saya di bawah.
Klik imej untuk memperbesar

Saya hanya khuatir kalau sekiranya perempuan itu menjadi semakin rapat dengan saya, sehingga mengisi hari-hari saya lebih berbanding Alyn. Saya pun tak boleh nak mengelak sangat dengannya, dan saya pun tak boleh terlalu mengelak daripadanya. Seriously, saya boleh sahaja jatuh hati dengan dia dan lupakan Alyn, but it is nonsense! Banyak sebab; Alyn adalah cinta terakhir saya, itu salah satunya. Selain itu, perempuan itu bukannya betul sangat, bagi saya perempuan yang membunyikan bunyi tikus sama seperti pelacur memanggil pelanggannya. Saya ulang, perempuan yang membunyikan bunyi tikus sama seperti pelacur memanggil pelanggannya!!! Dan dia lakukan depan-depan mata saya ketika memanggil saya. What the hell, sumpah perempuan ni tak layak la, bukan bermaksud menghina atau sebab saya ni terlalu baik sangat.
Saya sendiri pun tak pernah buat bunyi tikus itu, even kepada kawan-kawan saya yang perangai dia teruk. Okay tak nak la cakap tentang perempuan yang macam tu, even dia adalah kawan saya. Belum lagi dengan saya dan Alyn yang berselisih faham tentang mesej. Tak nak describe sangat, but I can say that hanya tentang full inbox je. So ridiculous la saya ni, sebab full inbox boleh gaduh. Ini sebab otak dah start weng weng.
Yang pastinya, ubat hati yang selalu saya baca kini dah tak pernah saya baca sejak masuk tahun baru ini - Al-Quran. Saya telah melupakan Al-Quran sebagai ubat hati dan terlalu leka dengan facebook dan kerja tak berfaedah. Mungkin ini cara Allah nak tegur saya.
Panjang la juga luahan hati saya malam hari ini, semoga Allah mengampuni kesilapan-kesilapan saya dan juga kawan-kawan saya. Mungkin ayat saya di dalam post ini terlalu lancang, apalagi kalau perempuan itu baca.
Sekian, wassalam.

p/s: jangan lupa saksikan rancangan Selami Jiwa di ASTRO OASIS Isnin minggu hadapan pukul 7.30 malam dan ulangannya Jumaat minggu hadapan pukul 9.30 malam. ada saya ya http://www.emocutez.com

Labels: ,

Aku Dan Sepotong Mousse Cake

10:11 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tak lama lagi kita sebagai umat Islam yang taat dengan segala perintah dan suruhan Allah akan melaksanakan satu ibadah fardu ain selama sebulan, iaitu puasa di bulan Ramadan. Saya pun tak sabar nak merasakan bagaimana suasana berpuasa di UKM ini. Nak sergah bazar Ramadan, tarawih di kolej, sahur di kafe atau di bilik, macam-macam la. Tapi tajuk saya pada masa ini, bukan tentang puasa atau tarawih, tetapi tentang cerita seseorang dengan sepotong mousse cake yang sangat sangat dia idamkan.



Hampir seminggu aku berjalan melalui kedai kek itu. Mousse cake? Kek apakah itu? Yang aku tahu hanyalah roll cake, cheesecake, cuppy cake, banyak lagi la. Tapi mousse cake? Kek si Musa ke? Entahlah, aku pun baru pertama kali mendengarnya. Tapi aku lihat, nampak sedap. Ada lapisan warna kuning, merah jambu, coklat. Nampak sedap, terliur aku tengok. Kira duit dalam poket, sepuluh, dua puluh, lima puluh, ada dekat dua ringgit la juga. Minta tambah dekat ibu nanti la.

Bukan aku sahaja yang amat meminati mousse cake itu. Kawan-kawan sekelas aku, Nadzirah, Umi, Aisyah, semuanya berhasrat membeli kek itu. Hanya sahaja mereka seperti aku-tidak mempunyai duit yang cukup. Lagipun, kek itu masih banyak dijual di kedai itu. Dan aku, pasti akan dapat membeli dan memakannya-cepat atau lambat.


Esoknya, Chua cerita dengan aku, ibu dia membeli mousse cake dekat lima potong. Aku tanya dia, "ada banyak lagi ke yang tinggal?" Dia cakap, "ada, dekat tujuh lagi ma. Baik awak cepat beli, nanti habis". Dalam hati aku, relax la, jodoh mousse cake tu dengan aku, pasti dan terbukti. Pemilik kedai pun selalu-mungkin dah bosan tengok muka aku interframe di kaca. Dia tahu yang aku amat berminat dengan kek itu.


Bukan hanya Chua yang dah makan, yang lain pun dah beli, bungkus, makan beramai-ramai. Sementara aku, hanya berkata 'relax jela', 'esok saya beli', 'percayalah' dan macam-macam. Mereka tanya, aku tak ada duit ke atau mengapa, sampai aku boleh relax je. Bukan kenapa, aku memang ada duit, tapi aku saje je melambat-lambatkan. Tauke masih faham yang aku minat sangat sangat, so tak payah cakap pun tak mengapa.


Sampai pada satu hari, Umi berkata kepadaku pada pagi hari. 'Fatin, tahu tak mousse cake tu dah habis dibeli. Khabarnya Nani kelas sebelah borong sampai habis.' Aku terkejut, terkilan, rasa nak marah ada, kecil hati pun ada. Kenapa, kenapa sampai macam begini? Aku dah tunjuk minat kepada pemilik kedai yang selalu lihat muka aku di depan kedai, yang menahan air liur hanya untuk sepotong mousse cake, namun dia melupakan aku? Kenapa dunia ini serasa tidak adil?


Nasib baik Umi mahu mendengar luahan hati aku. Umi berkata, "awak sebenarnya silap, masa awak ada duit dan mousse cake itu masih ada, awak tak nak pesan. Awak ingat dengan interframe di kedai itu selalu, pemilik kedai akan memberikan awak percuma? Tidak, selagi awak tak beritahu dia. Walaupun dia mungkin tahu yang awak nakkan kek itu, tetapi dia hanya akan menjual kepada yang membelinya sahaja, bukan kepada yang memandang dengan minat.


Sama seperti ketika awak minat Haziq masa tu, awak pandang dia, tenung dia, selalu borak-borak dengan dia. Tapi awak tetap buat tak tahu dengan perasaan Haziq kepada awak dan awak hanya pentingkan perasaan awak sahaja. Awak rasa dengan berbuat demikian, Haziq terus minat awak? Tak kan? Dia dah tunjuk minat kepada awak, tetapi awak tetap jual mahal, namun awak beranggapan yang Haziq tu awak punya. Tak hairan la, dia dah mula menjauh dengan awak sebab awak jual mahal!"


"Tapi Umi, pemilik kedai itu dah selalu tanya saya, nak kek ini ke. Saya cakap nak!" "Memang la, sebab awak selalu memandang kek itu setiap hari. Dia tahu awak minat, tetapi salah awak yang tak beli terlebih dahulu, sekarang awak dah kempunan kan? So, jangan salahkan pemilik kedai yang menjual, jangan salahkan pembeli yang juga meminati mousse cake itu, tetapi salahkan diri awak yang hanya memandang dengan penuh minat tetapi tidak menyahut persoalan pemilik kedai itu untuk membelinya, sehingga dia jual kek itu kepada orang lain".


Panjang juga yang saya cerita ini, entah dari mana saya dapat idea untuk bercerita tantang kek pula. Makan kek ini pun tak pernah, hehe.



Apa-apapun, selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam yang taat dengan perintah Allah. Kalau yang tak tu, kembalilah ke jalanNya, kembalilah. Hanya orang yang ada akal fikiran yang bersih dan jernih sahaja yang faham apa yang saya sampaikan.

Wassalam

Labels: ,

Akukah Munafik???

10:48 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Datin: Aktif di U tapi jangan lupa pelajaran, awak tu anak sulong, harapan keluarga
Saya: InsyaAllah cikgu, saya akan usahakan yang terbaik
Datin: Lagi satu, kalau ada girlfriend tu, bagitau la cikgu, jangan diam-diam
Saya: Hehehe...(sambil tersengih tak tahu nak cakap apa)
Datin: Cikgu tahu, kamu ni ramai peminat
Saya: Eh? Tak adalah cikgu


Assalamualaikum, selamat petang. Tidak menjadi kebiasaannya, saya mulakan blog saya dengan dialog atau sejenisnya. Tapi itu adalah petikan daripada dialog saya dengan bekas kaunselor saya di SMK Bandar Tasik Selatan. Saya baru sahaja datang kembali ke sekolah lama saya, jumpa beliau, borak-borak. Sebelum balik, beliau sempat memberi nasihat kepada saya, termasuklah petikan dialog di atas.

Lawak? Hahaha, mari gelak berseorangan. Tidak, itu tak lawak sama sekali. Mungkin benar yang cikgu saya cakap itu, saya ada ramai peminat, tak tahulah kenapa boleh ramai, sejak form 2 lagi kot. Tapi kalau nak cakap jujur, sebanyak manapun peminat saya, saya hanya pernah bercinta dengan seorang wanita sahaja, pada masa di KMNS semester 1. Tapi hanya berkekalan selama 14 minggu.

Pembaca ingat, dengan dua entri saya sebelum ini, Speechless dan Telah Kuleraikan Simpulan Ini? Pembaca mungkin dapat mengagak, saya akan dan telah melupakan Aqilah. Ya, memang pun, tetapi percaturan saya silap mengundang padah. Malam sebelum saya bertolak ke UK, saya mesej Aqilah, meminta maaf atas segalanya, dan saya menerangkan kepadanya kenapa saya melakukan sedemikian. Saya beritahu dia, yang saya pernah terlanjur suka kepadanya, dan satu ayat yang saya tak jangkakan akan dia katakan,

kau tahu tak, aku pun terlanjur suka dengan kau, tetapi aku batalkan sebab aku ingat kau marahkan aku?

Zupp!!! Saya tak sangka dia akan cakap sedemikian, tapi saya kawal emosi ini. Saya teruskan mesej dengan dia, dan tiba-tiba dia buat satu plan, kami berkasih secara olok-olok!!! Neraka apa!!! Dia ingat saya ni jenis buaya lintah darat ke? Tapi saya terpaksa terima, sebab dia dah tunjuk belang dengan merajuk. Okay, senang cakap, saya pening dan dilema untuk menerima keadaan seperti ini. Apa yang terbayang bagi saya, bagaimana kalau seorang wanita yang benar-benar saya suka, Erliza akan marah dan mula menjauh daripada saya?

Ya!!! Memang pun, puncaknya semalam, apabila relationship status ini bertukar kepada in an open relationship. Bukan saya yang nak, tetapi kalau tidak dilayan, Aqilah akan merajuk. Saya terpaksa terima dengan berharap Erliza akan memahaminya apabila ditanya. Tetapi, Erliza marah, menjauh daripada saya, walaupun saya mesej dia sebanyak dua kali malam tadi namun dia tak balas. Out of credit? Impossible, sebab dia postpaid. I know that she was angry with me, yes, I know.

Saya ingat lagi, rabu malam sebelum dia nak tidur, dia mesej saya yang berbunyi bahawa dia tak akan dapat lupakan saya sebab saya orang terbaik yang pernah dia kenal. Pagi semalam, dia beritahu saya yang kami telah berkawan selama 181 hari. Dia kata macam sekejap, tetapi saya bergurau yang kurang cukup 200 hari. Sekarang, saya rasa perkenalan 181 hari yang terbina telah musnah atas sebab keegoan saya ini.

Malam tadi saya tak dapat melelapkan mata, mungkin sebab blok saya blackout, tetapi saya dapat merasakan hati dan perasaan Erliza yang begitu sedih dan terhiris hiba apabila dia mengetahui saya ada hubungan dengan Aqilah. Sebelum tidur, saya mesej Erliza

nite...i am sorry because i've made you angry, sad, feel unease with me. but one thing you must know, you are my best friend i've ever had. give me space to explain everything from A to Z. thanks, xie xia, wan an

dan dia tak balas. Saya tahu dia tak tidur lagi, dia memang marahkan saya, marah sangat sangat seperti gunung berapi yang meletus.

Ada yang berkata, bukankah lebih baik suka dengan orang yang kita pernah jumpa daripada yang tak pernah kita jumpa. Ya, memang benar, TETAPI bukankah lebih baik kalau kita lihat daripada perangai dia? Hampir setengah tahun saya berkenalan rapat dengan Erliza, saya berasa amat selesa, tidak ada pressure. Tetapi seminggu dengan Aqilah, saya rasa mahu mati ditembak oleh PALAPES sahaja, bak saya katakan kepada Iylia. Saya berasa amat bodoh, amat bangang sebab melukakan hati Erliza yang saya fikirkan setegar batu karang di tepian pantai. Lagi sekali, saya bodoh, saya bangang!!!

Sebelum saya menamatkan sesi luahan hati yang dilema ini, saya hendak berkata kepada Erliza. Saya yakin dia akan membaca blog ini

awak, saya minta maaf, saya bukanlah seperti yang awak sangkakan sekarang. mungkin dahulu awak ingat saya sukakan awak dan sekarang tak, tetapi percayalah, saya masih menyukai awak. kalau boleh, saya nak datang berjumpa dengan awak face to face apa yang sebenarnya berlaku. mungkin itu adalah perjumpaan kita, perkenalan kita yang terakhir. lepas itu, awak boleh lupakan saya, cop saya sebagai lebih ganas daripada George W. Bush atau sebagainya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

p/s: segala nama yang terlibat adalah dirahsiakan dan ditukar kepada nama orang lain, begitu juga dengan mesej yang dinyatakan, adalah ditukar tetapi masih mengekalkan isi mesej tersebut

Labels: ,

Speechless.....

4:17 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Just want to say, deja vu was happened......

Sejujurnya, saya tak faham dengan dunia wanita, sebab saya adalah seorang lelaki, saya ada adik lelaki satu-satunya, kawan2 saya semua lelaki tetapi saya nak menyelami dunia wanita sebelum berkahwin. Saya pernah dengar, kalau lelaki terlalu berbuat baik kepada wanita, berkemungkinan wanita tersebut akan jatuh hati dengan lelaki tersebut. Nampak senang, tapi bagi saya, itu memang bahaya!

KENAPA?

Sebab, kalau lelaki tersebut memang berbuat baik tanpa berharap yang wanita itu akan suka dengan dia, tapi wanita tersebut dah berfikir jauh, kemudian wanita tersebut berharap yang lelaki tersebut akan berkata 'I Love You' kepadanya, namun dia ternampak lelaki tersebut dengan pasangannya? Apa yang akan wanita tersebut fikirkan?
  • Lelaki itu sengaja permainkan hatinya?
  • Lelaki itu buaya darat?
  • Lelaki itu bla bla bla?
dan kemudian wanita itu memutuskan:

ALL OF MEN IS LIAR!

Itu yang saya fikirkan, kalau saya berbuat baik kepada perempuan. Saya tak nak ambil risiko seperti itu, tetapi saya tak nak dicop sebagai sombong. Tetapi, apakah selalu borak2 dengan perempuan itu dikira seperti di atas? Entahlah, biarkan masa menentukan...

Saya baru copy dan paste daripada post sebelum ini, bertajuk Wanita Oh Wanita.... Hurm, wanita oh wanita, satu yang kutahu, sepuluh yang belum kutahu mengenai dirimu. Terutamanya Aqilah (bukan nama sebenar) yang telah mengembalikan bumerang yang saya baling kepadanya, terima kasih sebab meng-remove saya tanpa sebab yang saya dapat terima sampai sekarang. Dan kata-kata terakhir kepada Aqilah:

kau boleh campakkan aku ke mana sahaja kau mahu, kau boleh lupakan aku seperti abu di atas batu, kau boleh hapuskan kenangan yang pernah kita lalui bersama, tetapi diriku tak akan dapat menghapus jejakmu, kerana dirimu adalah kawanku, sampai bila-bila

Labels: ,

Entahlah...

8:08 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum. Dah hampir 3 hari kot, saya tak update blog ni. Yelah, saya selalu keluar, Ahad lepas saya ke Melaka, makan malam di R&R Seremban, makan yong tau fu dengan cucur udang. Isnin pulak ke Port Klang, makan malam di tepi pelabuhan. Best la jugak, hehe, apalagi kalau ada orang belanja. Selasa, makan tengah hari di belakang Istana Negara, Restoran Tupai-Tupai. Lagi la best, sebab time tu makan a la buffet. Rabu, rehat kat rumah la. Semalam, papa belanja makan tengah hari, nasi padang!! Terbaik la, dahlah saya sengaja tak sarapan pagi sebelum makan. Hehe :D

Memang minggu ni agak sibuk la bagi saya. Post ini pun ditulis sebelum saya hendak solat Jumaat, lepas tu terus ke Melaka, berehat dan merehatkan minda sebelum terus ke KMNS, jadi fasi PDT. Memang sibuk la kan, maklumlah, CEO syarikat (mimpi kejap di tengah hari, haha :D). Tapi sempat juga saya sempatkan masa untuk lepak dengan kawan-kawan sama sekolah dulu, main badminton sama-sama, minum di kedai mamak. Sayangnya, saya tak dapat pergi berkelah dengan mereka minggu depan, sebab saya masih ada di KMNS.

Di saat ini juga, saya kena menjadi pendengar dan mencari pendengar yang setia dengan semua masalah yang ada. Jikalau kesalahfahaman melanda diri, segala perkara boleh berlaku, bak kata papa, 'kepala sama hitam, hati lain-lain'. Mungkin yang satu akan berfikir A, tetapi yang lain akan berfikir B. Itulah manusia, maka mereka perlukan muafakat untuk menyelesaikan masalah, kerana manusia adalah makhluk bersosial. Manusia tidak dapat hidup sendiri, mereka perlukan orang lain.

Itu je yang dapat saya sampaikan. Entahlah, mungkin kabut sedih melanda diri, hehe. BUT life must go on, we will never go back into past, we just write the future. WRITE THE FUTURE? Itu kan video iklan terbaru Nike, haha :D. Lawak la iklan tu. Tapi bagi saya, lagu di bawah ini memang sedih dari segi lagu dan lirik dia (bahasa melayu kalau tak faham la...). Lagu ini je yang saya mainkan di lappy, di fon, sebagai ringtone, bukan lagi lagu Haven't Met You Yet.



That day, I had no choice but to stare at you emptily
It's too painful then.. I can't even say anything

I tried to tell you please don't go, but there's no use
I just needed to look at you, because it's the last thing I'll ever do

How is it really without me?
You're already so annoyed with the things you do
You aren't hurting are you? I'm so worried about you

No, I'm the bad one
Honestly, I hope you are like that
About ten, twenty, thirty times I've hated you

How is it really without me?
You're already so annoyed with the things you do
You aren't hurting are you? I'm so worried about you

No, I'm the bad one
Honestly, I hope you are like that
About ten, twenty, thirty times I've hated you


Entahlah...

Labels: , ,

...

11:08 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

akhirnya semua akan tiba pada suatu hari yang biasa
pada suatu ketika yang telah lama kita ketahui
apakah kau masih selembut dahulu
meminta ku minum susu dan tidur yang lelap
sambil membenarkan letak leher ke mejaku

kabut tipis pun turun perlahan-lahan di lembah kasih
lembah bendalawangi
kau dan aku tegak berdiri
melihat tentang hutan yang menjadi suram
meresapi belaian yang akhirnya menjadi dingin

apakah kau masih membelaiku semesra dulu
ketika ku duka
kau dekaplah lebih mesra
lebih dekat

apakah kau masih akan berkata
ku dengar detak jantungmu
kita begitu berbeda dalam semua
kecuali dalam cinta

cahaya bulan menusukku
dengan ribuan pertanyaan
yang takkan pernah ku tahu
di mana jawaban itu
bagai letusan berapi
bangunkan ku dari mimpi
sudah waktunya berdiri
mencari jawaban kegelisahan hati

Labels: ,

Wanita Oh Wanita....

12:18 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

AMARAN!!!


PEMBACA BLOG INI YANG MENGALAMI SAKIT JANTUNG DISYORKAN UNTUK TIDAK MEMBACA POST INI!!!





Assalamualaikum, maaf sebab dah lama tak update cerita di blog ini. Saya agak sibuk minggu ini, menjalani penggambaran di bukit antarabangsa dan klang. Penggambaran apa, nanti saya beritahu. Tapi yang pasti, saat ini, saya nak berkongsi apa yang saya hadapi selama minggu ini. Sebelum itu, saya memohon maaf andai saya menyinggung perasaan pembaca post saya ini, dan untuk menjaga kredibiliti dan maruah mereka yang terlibat dalam kisah saya ini, saya merahsiakan nama mereka



Hari Ahad, kawan saya, N bertanya tentang kawan kami berdua, Z. Mulanya, N bertanya kepada saya tentang result pspm Z. saya cakaplah yang saya check tapi bukan dia punya. Sebenarnya saya dah pasti yang saya menggunakan IC yang betul, 91xxxx1xxx00, IC kepunyaan Z untuk check result dia. Saya dapat, result dia 2.65. Tapi kawan saya, Y cakap yang result Z sebenarnya 3.88, bio dia dapat A-, lain A. So, saya mungkin tersilap check (tapi saya masih pasti lagi).

Esoknya, ketika saya berada di Bukit Antarabangsa, N mesej saya lagi. Dia kata, memang betul apa yang saya check masa itu. Z dapat 2.65, bukan 3.88 atau sebagaimana. Tetapi yang peliknya, 2.65 adalah result sem 2 dan PNGK dia 2.95. Means, Z dapat 3.33 sem 1, tetapi Z pernah beritahu saya yang dia dapat 4.00 sem 1. Yang mana betul, saya tak pasti. Tapi apa yang N bongkarkan selepas ini, memang mengejutkan saya!

N beritahu, Z banyak menyimpan rahsia sebenarnya. Mereka sebenarnya sebilik di kmns, so boleh dianggap adik beradik la (what I felt at matriculation before). Tapi Z banyak menipu untuk berjaya, seperti result pspm ini. Bukan kepada kawan2 dia saja, dengan roommate sendiri pun dia menipu. So, saya berfikir,

DO THE WOMEN CHEAT TO BE RESPECTED WITH OTHERS?
WHY?

Bukan itu saja. N beritahu saya yang Z ni ramai skandal, sama ada di dalam atau luar kmns. N pun kenal siapa saja skandal2 Z ni, termasuk saya dan roommate saya! Nasib baik roommate saya tak layan, dan saya terpaksa layan atas status YDP saya. Kalau saya tak layan kerenah dia, nanti tercalar imej YDP sombong. Tapi saya terfikir semula,

DO THE WOMEN CHEAT THE MEN TO BE LOVED?
WHY?

Tapi yang saya ingat, ketika kejadian saya berselisih faham dengan Z, berlarutan sampai sekarang, saya 'melukakan' hati Z. Entahlah, tapi bagi pandangan saya, perempuan yang keluar malam sampai balik rumah pukul 2 pagi, tidak layak dipanggil perempuan sebenar, sebab itu bukan fiil perempuan-keluar malam. Tapi dia sedih, marah, sakit hati dengan saya dengan perli saya itu. So,

HOW DO THE WOMEN'S HEART WILL BREAK DOWN?

Perkara sama yang kawan saya, F alami. Dia kena menjaga hati beberapa perempuan yang 'menyukai' dan 'disukai' olehnya. Agak menakutkan, apabila kita terpaksa memilih seorang perempuan daripada ramai yang kita sukai atau yang menyukai kita. Kalau tak, silap hari bulan, mereka sedih, kecil hati dengan kita seumur hidup, bla bla bla...

Saya ingat lagi, salah seorang kawan saya di facebook-baru je kenal, dekat seminggu. saya pun tak pernah jumpa dia, mutual friend kami hanyalah seorang kawan saya, JPP di utara semenanjung. Sebut saja nama dia S. Baru 3 hari kenal, S dah cerita tentang bf dia yang melarikan diri daripada dia, ta tahu apa sebab, tapi bf dia cakap jangan tanya kenapa. S terpaksa menahan sabar dan sedih, sebab S tahu, bf dia jenis kuat marah (oops.....). Saya yang memahami kisah dia, agak tersentuh, ada lagi perempuan yang dipermainkan seperti ini. Walau saya tak kenal sebenarnya siapa S ini, tetapi saya terfikir, ada juga wanita yang dilukai hatinya oleh lelaki seperti itu.

Sejujurnya, saya tak faham dengan dunia wanita, sebab saya adalah seorang lelaki, saya ada adik lelaki satu-satunya, kawan2 saya semua lelaki tetapi saya nak menyelami dunia wanita sebelum berkahwin. Saya pernah dengar, kalau lelaki terlalu berbuat baik kepada wanita, berkemungkinan wanita tersebut akan jatuh hati dengan lelaki tersebut. Nampak senang, tapi bagi saya, itu memang bahaya!

KENAPA?

Sebab, kalau lelaki tersebut memang berbuat baik tanpa berharap yang wanita itu akan suka dengan dia, tapi wanita tersebut dah berfikir jauh, kemudian wanita tersebut berharap yang lelaki tersebut akan berkata 'I Love You' kepadanya, namun dia ternampak lelaki tersebut dengan pasangannya? Apa yang akan wanita tersebut fikirkan?
  • Lelaki itu sengaja permainkan hatinya?
  • Lelaki itu buaya darat?
  • Lelaki itu bla bla bla?
dan kemudian wanita itu memutuskan:

ALL OF MEN IS LIAR!

Itu yang saya fikirkan, kalau saya berbuat baik kepada perempuan. Saya tak nak ambil risiko seperti itu, tetapi saya tak nak dicop sebagai sombong. Tetapi, apakah selalu borak2 dengan perempuan itu dikira seperti di atas? Entahlah, biarkan masa menentukan...



Yang terakhir daripada saya, salah silap datangnya daripada Allah tapi atas kekurangan dan kecetekan ilmu saya, yang benar itu daripada Allah.

Wassalam.

p/s: need your comment please, thank you for commenting :)

Labels: , ,

And This Is Deja Vu

7:44 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum semua. Sori la saya dah lama tak mengupdate blog ni, kurang sihat dan takde mood sikit la. Batuk-batuk, selsema, badan panas, tak tahu la kenapa boleh jadi macam ni. Perubahan cuaca kot? Entahlah. Ini pun saya dah terbatuk-batuk update blog ni.

Result exam dah keluar, tapi sehari lebih awal daripada tarikh sebenar. Saya check pun still ragu-ragu, betul ke result ni. Sebab dia tak letak fizik, tapi bio. Kau fikir aku ni sains hayat ke? Tapi syukur saya dapat 3.50 ke atas. Yang tak sangka tu, masa trial fizik saya dapat F, tapi sekarang dapat A! Bukan sekali je, masa pspm 1 dengan ups 2 pun macam tu. Apa-apapun math still A (winking eye :D).

So saya kena tahu ke mana hala tuju saya selepas ni. Apply UPU, tap tap, minta civil engineering di UKM dengan UTM. Dekat je dengan rumah, senang sikit nak balik. Papa nak saya sambung ke oversea-mesir, rusia, india, indonesia-tapi saya tak nak. Papa kata, kalau tak dapat medic, apply civil engineering. Saya tak nak sebab saya nak jumpa kawan-kawan matrik saya di U nanti. I hope so :(

Kini saya menghadapi perkara yang hampir sama saya lalui pada bulan-bulan terakhir di matrik-feel anxious and bored about what i do. Dulu, saya kenal wanita ini, she was like a spirit for me to achieve the success. Besides that, she taught me how to treat a woman. Sampai kami selalu mesej 22/7. Kalau ada kelas atau tidur, baru berhenti. Pagi mesej, petang makan sama di kafe. All of cluster C student get know of it. But actually, we were just friend, not more.

Masalah timbul selepas kami menamatkan matrik. Saya terlepas cakap yang saya tak suka perangai dia walau saya sukakannya. (maybe) because of that, she was very angry with me. Actually pada masa itu, saya dah tak tahu nak cakap bagaimana lagi untuk menasihati dia. Start from that incident, our relationship becomes further and further away. I feel guilty, why and why? Kenapa saya sanggup membiarkan air mata seorang gadis yang pernah saya suka mengalir sebab salah saya?

Sekarang, kejadian itu hampir berulang. Mesej 22/7, then speechless now. Yelah, bukan saya tak suka dia, tapi saya tak nak sakiti hati dia, itu sebab saya terpaksa tak mesej dia walau hati menjerit rindukan dia. Actually, i have no mood for several days. Entahlah kenapa, mungkin sebab result exam, study, kurang sihat atau kenapa, semuanya bercampur baur. Tetapi saya berharap sangat, hubungan persahabatan antara kami tidak terjejas dengan kerenah saya.

Dan kini, lagu Anyone Of Us-Gareth Gates kembali berlegar di minda saya untuk kali kedua...

p/s: masa blog ini ditulis, saya turut mendoakan 'double N' yang kini dirawat di SJMC cepat sembuh daripada demam dengue, dan kepada 'double Z', mianhada saranghanda :(

Labels:

Sofea Jane

12:42 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

aku pun tak tahu apa yang telah bermain di minda aku
sejak aku jumpa dia, memang tak keruan
makan dah bertukar selera, tidur dah tak tentu masa
sampai hubungan aku dengan buah hatiku dah makin renggang
aku tak salahkan sepenuhnya
tapi ianya berlaku sejak aku kenal dia

aku memang jenis manusia yang agak pelik
bagi pendapat aku
aku pendiam dalam mulut murai
aku pemarah dalam kelembutan
aku tegas dalam romantik
itu aku, ya benar, itu aku

tapi sejak aku kenal dia
dia mengajar aku bagaimana
untuk tidak malu dengan kaum Hawa
untuk beri tumpuan dalam belajar
untuk ramah dengan wanita
memang bagus dia tu

namun aku masih tak tahu
apa di sebalik hubungan kami berdua
dengan panggilan sayang, abang, kekanda
dan dengan cincin di antara kami berdua
sampai kawan-kawanku rasa pelik
sampai semua pelajar kolej hairan
sampai ada kisah baru yang keluar di kolej
hubungan baru aku dengan dia

aku sedar, dia bukan untukku
dan dia bukan yang aku nak
tapi, kenapa dia datang sebegini rupa
dengan topeng lemah lembutnya
dia berbuat baik denganku
adakah sebarang maksud di sebalik kebaikannya

apakah dia ada hati denganku?
tidak, sebab dia kata dia menanti di universiti
ataukah dia memang sayang padaku
sebab dia memanggilku sayang?
tidak juga, sebab dia kata dia memang suka panggil orang macam itu
ataukah dia menanti diriku selepas kami berpisah
di antara timur dan barat?
dengan cincin sebagai tanda pengenalan kami
tidak mungkin, tidak sama sekali

ya Tuhan, berikan ku masa dan waktu
untuk ku sampaikan kepadanya
yang ku tak cintakan dia
dan berikanlah tempat
untuk ku sampaikan kepada buah hatiku
yang ku cintakan dia

Labels: ,

Gosh, I Swear That Today Is The Boring Day I Ever Had Since I Have Arrived At My Home!

7:24 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

I can't speak, speechless now
Oh please, any ideas what must I do for this three weeks?
Sleep, Eat, Hangout, what else?
Grrrrh, if I have any motorcycle
But I don't like it actually
I prefer car, but the problem is
Where is my license?


Oh no, I don't have license
Means no cars
Means can not hangout with my friends
If my dad still have Waja
Maybe I can still drive that car
But, Mercedes Benz?
That's a crazy thing la

Wanna sleep la, but I am not in sleep mode la
Wanna eat, but not hungry
Wanna hangout, but where is my friends?

Haiya, hindraf la!!!

Labels: , ,

Semester 2 Dah Bermula...

8:33 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

sem 2....
sem 2....
yes, akhirnya dah sampai ke era semester dua
walaupun cuti hampir 3 minggu
tapi best jugak la, jalan2 ke besut ganu
kalau tak, boleh boring jugak tidur-makan-solat-online je selama 3 minggu
korang tak kesian ke?
huhuhu....

yang jelas, tak sabar2 untuk dapat result
APA??? RESULT???
apa tu? sejenis mamalia berkaki lapan ke?
aku tak nak la tengok result aku...(itupun kalau teruk)

yang pasti, selamat datang ke semester 2!!!!

Labels:

Jom Kita Release Tension

1:31 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Hello, Assalamualaikum, dah lama tak jenguk blogspot saya sendiri (aku rasa dah selalu sangat guna ayat ni). Maklumlah, sibuk dengan mid sem test yang berlangsung dari 13 sampai 15 Julai ini. Memang susah juga masa-masa ujian ini, saya pun dah kena tempias kekejaman UPS ini melalui pre-test, semua dapat below 50, except math. Kalau math dah below 50, baik berjaga-jaga la wahai encik Ariff, hahaha.
Apa-apapun, saya memang busy, nak fikir persediaan untuk pindah blok, lepas tu nak balik rumah, lepas tu nak UPS, lepas tu nak cuti, lepas tu nak rehat, banyak la, so saya nak fokus dahulu satu-persatu. Ok? Harap maklum la kepada semua followers. Assalamualaikum, see ya!!!

Labels: ,