Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Accident in Love

6:56 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum. It's been a long time since I hid this desire to update my blog. Okay next week is the last paper for SPM 2011 candidates. Urmm I mean, for English for Science and Technology paper, because it was my last paper for 3 years ago. And I have a memory about it; about my last paper. Not only that we all ended our examination, about our last moment at the school or something else. But that day, I was being accident in love - for the first time. This time I write off in Malay, because I have no mood to think and compose in English.




Dia orang pertama yang saya minat sewaktu masuk ke sekolah tahun 2005. Kami berlainan kelas, dia seorang pengawas dan saya hanyalah pelajar baru. Waktu tingkatan 3, kami sekelas dan rumor mengenai kami berdua semakin marak walaupun kami hanyalah kawan biasa. Pada tahun 2008, saya cuba untuk mendekati dia, dan dia menjawab

Boleh tak saya jawab lepas SPM nanti?

dan dia tak menjawab lagi, sampai sekarang.
NA. Being dumped by someone.


Lepas SPM, saya meminati seseorang namun tiada niat untuk menjadikan dia sebagai kekasih saya, sebab masih terkenangkan pengawas tersebut.
FN. Dumped myself.


Sewaktu di KMNS, saya suka terhadap roommatenya kawan sekuliah saya, walaupun kedengarannya agak bangang apabila melamar dia melalui sms namun hubungan kami berdua hanya bertahan 14 minggu sahaja. Alasan? Orang ketiga.
SA. Silly.


Tetapi saya minat kepada orang ketiga tersebut, kerana dialah orang pertama yang saya minat sebelum masuk KMNS. Bukan pengawas itu. Untuk beberapa alasan, kami tidak dapat bersama. Sama ada sebab cinta jarak jauh, atau orang ketiga yang berpunca daripada saya atau dia.
FA. What goes around comes around.



Selepas ulang tahun saya ke-19, saya mula mendekati seseorang, walaupun dia belajar di Perlis dan saya di Negeri Sembilan, dan kami tidak pernah bersua. Okay, saya skip mengenai perempuan ini untuk memberi laluan kepada perempuan lain.

Saya mula didekati kawan matrik saya, sebulan sebelum habis pengajian di KMNS. Kami berdua selalu study group sama walaupun dia sains hayat dan saya sains fizikal, makan petang bersama. Namun? Ianya berakhir dengan tiga pergaduhan besar sampai block facebook dan tukar panggilan daripada 'saya-awak' kepada 'kau-aku'.
NN. Egoistic.

Selepas saya menjadi fasilitator di KMNS, saya mula digosipkan dengan kawan fasi saya, yang juga kawan sekuliah saya di KMNS. Saya malas nak memberi respons apa-apa, namun terpaksa melayan kerenah dia. Padahnya kepada diri saya apabila saya berada di hujung tanduk - disuruh memilih dia atau aktiviti UKM saya. Akhirnya, saya memilih aktiviti UKM saya, sebab saya tak berminat sama sekali dengan perangai 'queen control' dia.
NS. Greedy.



Kembali kepada sebelumnya, saya mula mendekati seseorang yang belajar di Perlis ini. Ketika saya mendapat tawaran masuk UKM dan dia minta KLIUC, di sanalah bermula cinta kami berdua. 5 bulan kami bersama sebelum kami berpisah. Atas sebab tersendiri.
RR. First and last.

Selepas berpisah dengan dia, saya mencuba untuk menjauh daripada perempuan lain, namun saya mula berminat dengan dua pupu saya di kampung yang 3 tahun di bawah saya. Mengenai dia, saya skip untuk perempuan terakhir ini.

Walaupun saya pada awalnya tak berminat dengan dia sebab latar belakang yang loaded berbanding saya, namun saya melihat dia seperti suka dekat saya. Setiap hari mesej saya, dia jadi wakil kolej pun dia mesej saya minta sokongan daripada saya. Akhirnya saya mula suka dekat dia, namun secara tiba-tiba dia mula menjauh daripada saya. Alasan? Sama ada dia jealous sebab saya rapat dengan kawan dia, atau dia ingat saya tak berminat dengan dia, atau dia ingat saya stalker dia. Entahlah. Nak pergi tanya dia, dia macam melarikan diri.
AZ. Dumped and being dumped.

Kembali kepada dua pupu saya. Inipun sebab orang terdekat saya yang seolah memberi 'green light' seperti dia adalah bakal tunang saya. Saya berdoa kepada Allah, sekiranya dia memang jodoh saya maka jauhkan dia sehingga dia menjadi jodoh saya. Namun dia dah ada kekasih hati - berita terbaru saya dapat. Perkara mustahil untuk menyukai dan meminati seseorang yang dah berpunya.
DN. Will wait again.

Okay, these 9 girls. Does not mean that I am playboy or something else. But it is easy to love someone and difficult to forget someone. And now, I am staring the stars even though there are no stars in the sky this night, while waiting someone without accident in love. Again


Last but not least, I still have Allah. Okay back to December, one month before final examination. It's time to revision and study.

Wassalamualaikum.


p/s: sound stupid ya? I am not player, but this is my real life. so pity, even I write this entry while listening this song



Labels: , , , ,

9 Weeks at UKM

3:15 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (2)

Assalamualaikum.

Yeay finally it's end of week 9 at UKM. Still have 5 weeks before final exam. Oh Allah, it's getting closer and closer to me, but I have nothing to do. Revision for mid semester test, I've not finished yet even though this Monday I have Math test. Busy? Lazy? It's combine each others and ruin my spirit to study. This weekend, I have free time at Saturday afternoon only. That morning I have Freshman Camp meeting at FKAB and thanksgiving ceremony after Maghrib. This Sunday, I will go to Port Dickson to handle a program with my friends from UPSM. Yeah quietly busy right now.

Only for illustration for this article
But, there's more things that I have learnt from 9 weeks at UKM since I am second year student. Yet, I am more matured to handle any problems (err...maybe), more to tend with any copes and more being dumped with any issues. Internal issues, issues from my work and study, and don't forget to mention it; issues from girls. Although the last one is a thing that makes me boring and speechless to say, but I got to know something new about it. And later, I will post what is the new things I've learnt for this 9 weeks at UKM.

Wassalamualaikum

p/s: Ordinary Differential Equation at Monday. wish me luck. amin


Labels: , ,

Camelia

2:42 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)


Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakanlah aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia

Persoalan: Boleh tak nak tukar nama Camelia ni dengan nama dia? Atau perlu guna lirik lagu lain untuk nama dia?

Labels: ,

Penghujung Cinta

5:09 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Okay kebelakangan ini saya banyak kerja dan tugasan. Meeting tiap malam, then assignment, ditambah pula dengan lab. That's why saya jarang update blog ini. Macam biasa la, memang jarang pun

Sejak laptop saya mula okay, dan ditambah dengan wifi UKM yang okay setiap masa (kecuali pukul 11 malam ke atas sampai Subuh), saya makin selalu download lagu baru. But that is not my topic. Sebenarnya saya baru lepas mewakili kolej untuk sukan golf. Ya, golf. Tahun lepas kempunan sebab sukan tu digugurkan dalam sukan UKM. Tahun ni dapat juga saya main dan wakil golf.

Menang?

Jangan ditanya, sebab saya tak dapat pingat, tapi saya dapat pengalaman berharga sebab bermain dengan wakil Malaysia untuk sukan Universiade di Shenzhen 2 bulan lepas, merangkap pengurus golf saya.

Next year, kalau diizinkan Allah, saya nak guna golfset papa di kampung dan masuk golf sekali lagi. Sebelum tu, kena training guna golfstick terlebih dahulu. Kalau tak, memang dapat habuk je tahun depan, haha.

Hari ini, saya lunch dua kali, pertama di fakulti dan kedua di kolej. Usah ditanya kenapa, tapi selepas saya makan di kolej, tiba-tiba minda saya memainkan lagu "Penghujung Cinta" nyanyian Pasha Ungu dan Adelia.

Pelik?

Entahlah. Tapi petang tadi pula, saya dengar lagu "Hatiku Milikmu" nyanyian Nera. Lirik dia memang best, dan saya sempat kopi pasta lirik dia dan saya tulis di facebook.

So touched, even I eat Mr. Potato every weekend

Dah nak masuk Isyak, nasi goreng padprik dengan telur dadar di kafe yang saya tunggu dah lama siap, so saya kena makan dahulu. Kalau ada mood, saya update lain masa. Okay boss! Oh ya, nanti kalau sekiranya jadi, saya nak berduet lagu Penghujung Cinta tu dengan seseorang semasa majlis perkahwinan. Tapi kalau dia nak, dan saya mampu. Hurm...

Wassalamualaikum.

p/s: aku bukan dilamun cinta, namun aku sedang gila. hahaha :D



Labels: ,

What Happened When River is Blocked?

4:33 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat, saya kurang sihat dengan hidung berair, mata merah dan tekak sakit. Kesimpulannya, saya kurang sihat dan bercadang untuk mengambil MC. Tapi jangan risau, saya belum sampai ke tahap gila, memandangkan saya masih mampu solat berjemaah di surau dan menaip perkataan demi perkataan dalam entry ini. InsyaAllah Ahad ini kesihatan saya semakin okay dan saya cergas untuk mewakili kolej dalam sukan golf. Amin.

Semalam, saya masih mencari konklusi, masih mencari lagi. Bukan mengenai assignment, namun mengenai dia lagi. Saya mendapat masukan daripada kawan saya mengenai perempuan yang bersikap sedemikian.


Perempuan yang mengucapkan 'Selamat Malam' kepada lelaki selama dua malam berturut-turut dan menggunakan perkataan 'Dear', maka perempuan ini tergolong kepada 4 golongan: bersifat keibuan, mesra dan berkasih sayang (pengecualian apabila mesej itu hanya kepada lelaki tersebut), menaruh minat (belum mencapai tahap untuk mengahwini), dan pemalu murtad.
  • Kesimpulan: Saya boleh meletakkan dia dalam kes kedua atau mungkin, ketiga. Pemalu murtad? Apa pula itu?
Pemalu murtad ialah mereka yang tiada rasa malu, menggunakan ayat-ayat yang gedik untuk memikat lelaki tersebut dan lelaki tersebut akan terkesan dengannya.

  • Kesimpulan: Dia mungkin boleh diletakkan dalam kes pemalu murtad, namun belum ada satu bukti sahih dan sah yang mana dia adalah seorang yang gedik, memandangkan dia amat jarang bersama dengan lelaki (aku rasa aku seorang je lelaki yang selalu lepak dengan dia). Kecuali kalau dia juga bersikap sedemikian kepada lelaki lain di luar kolej, fakulti atau UKM. Maybe.

Mungkin kes pemalu murtad ialah daripada latar belakang yang mana perempuan tersebut jenis kaya dan mewah. Maka tindakan lelaki tersebut ialah harus cool dan kegabraan membuat lelaki nampak tidak matang. Tunggu tindakan perempuan tersebut, kalau dia masih berlarutan dalam tempoh panjang, maka hal ini perlu diambil serius.

  • Kesimpulan: Tempoh panjang tu berapa lama? Sehari? Seminggu? Sebulan? Okay wait and see.

Langkah menguji perempuan itu ada 4 cara: mereka-reka kewujudan perempuan lain dalam kehidupan lelaki tersebut, menghilangkan diri selama tempoh tertentu, menulis status kontroversi seperti 'I have already fall in love with her, but she does not know yet', dan call perempuan tersebut pukul 3 pagi untuk ucapkan selamat malam. Sekiranya dia cemburu, dia tercari-cari, dia ada niat ingin tahu dan dia lupakan tidur untuk berbual panjang pukul 3 pagi, maka dia ada respon positif.

  • Kesimpulan: Oh tidak! Nak buat semua tu, just status kontroversi je yang boleh. Nak call pun rasa terketar-ketar, tapi dia pula yang call saya semalam sebelum tidur. Buat status kontroversi tu dah banyak kali tapi tiada respons, mungkin (atau pasti) dia jarang online. Nak menghilangkan diri tu memang impossible, tapi kalau menghilangkan 'diri' tu senang je.

Untuk perkembangan terbaru, perempuan tersebut mesej 'Selamat Pagi' kepada lelaki tersebut selama dua hari berturut-turut. Secara tidak langsung, lelaki itu ada di fikiran perempuan itu di permulaan hari. Maka di sini perlu ada tindakan wait and see kepada perempuan itu.

  • Kesimpulan: Ini lagi berat! Takkan tiap bangun tidur then capai fon dan mesej saya. Okay, berat nanang semua ini. Saya tak tahu lagi.

Lima soalan yang diutarakan, dengan lima jawapan yang bernas dan boleh diterima. Namun kini, perkara yang masih bermain di minda, sampai bila wait and see ini perlu diteruskan? Okay, kalau diabaikan maka perkara ini akan berterusan sampai pada masanya ia akan berhenti, tapi bila? Kalau diteruskan, maka hati ini akan menjadi gila. Kalau tak gila, maka mungkin, ini adalah kemungkinan, bukan harapan, maka mungkin saya akan suka dekat dia.

Going to mad, or going to love

Sampai sekarang, saya just berdiam diri, tak nak banyak soal, tak nak banyak fikir, tak nak komen. Better saya fikir untuk Isnin depan, saya wakil golf yang tak pernah saya main. Selasa pula ada Techno Materials Lab sampai Khamis, maybe. Next week saya akan penat.

Ignore or don't mind?


Okay la, nak bersiap ke kelas. Oops, silap, nak ke Pusat Kesihatan. Ambil MC then masuk kelas pukul 10 untuk hantar assignment. Kalau sempat, nak balik rumah untuk cabut gigi.

Last word from me (err, actually from Book of Quote): When I text you, that means I miss you. When I don't text, that just means I am waiting for you to miss me.

Wassalamualaikum.

p/s: time update blog ni, lagu Cinta Muka Buku-Najwa Latiff berkumandang di Hot FM. kalau ada yang terbaca entry saya ini, don't judge be by its entry, but ask me what did I write.





Labels: , , ,

I Think I

8:23 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Memang benar kalau ada orang tua-tua (atau orang-orang tuakah? confuse kejap) berkata, cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi ada ke kalau zaman sekarang, cinta itu dari sms turun ke hati? Atau tak, dari facebook turun ke hati? Okay saya merepek pagi ni.

Tak perasan pula, kebiasaannya hari Selasa adalah hari yang amat stuck dalam hidup ini, sebab kelas start pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang. Namun bermula minggu ini, kelas saya bermula pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang. Eh, what's matter? Any kind of differences? Oh ya, kalau dulu kelas saya ada gap pukul 12-4, so for now gap saya pukul 10-5. Haha, saya dah gugurkan kandungan kelas Hubungan Insan pukul 10-12 dan kelas Teknologi Bahan dah bertukar hari. Waa terharu kejap.

Okay, dia ni buat gimik je dalam entry saya

Pagi tadi kelas tutor math, sepatutnya habis je tutor math saya ada kelas bahasa Jerman, but lecturer mesej yang kelas cancel hari ini. Okay so ada masa nak study dan berehat berehat dan study sampai petang nanti. Waktu subuh pula gerimis turun di bumi UKM Bangi, rasa nak sambung tidur tu ada, nak pergi riadah tu ada juga, but better saya breakfast makan roti salmon sambil menunggu pukul 7.30 pagi.

But topik utama ialah bukan kelas pagi or aktiviti hari ini. The main topic is, kalau sekiranya seorang lelaki mendapat ucapan 'Selamat Malam' daripada seorang perempuan selama dua malam berturut-turut, apakah maksudnya? Saya tak suka berasumsi (the Indonesian meaning of assumption) mengenai itu dan ini, but saya adalah amat sukar untuk menerima dan menolak. Menerima seseorang yang menghendaki saya dan menolak seseorang yang saya hendaki. Walaupun keadaan belum pasti lagi.


Thanks Allah for everything

Okay, saya sendiri yang faham ayat saya itu.

Hello, I am Mr. Confuse

Wassalamualaikum.

p/s: repekan saya ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. penulis sedang merepek sebab tak tahu nak taip apa. okay, saatnya layan lagu di bawah





Labels: ,

Cinta dan Benci

2:48 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Hari Jumaat, sejak saya masuk matrik sampai sekarang adalah hari yang paling best, sebab dapat berehat selepas kelas, kelas dan kelas. Oh, kecuali semester 1 tahun lepas, sebab ada kelas Statik Dinamik sampai pukul 5 petang. Syukurlah semester ini belum lagi, kecuali nanti akan diadakan sebagai kelas ganti.

Sedang mood bosan di bilik, tak tahu nak buat apa, tidur pun dah bosan, makan apatah lagi, saya pasang lagu Cinta dan Benci. Tak tahu la lirik dia best atau tak, but yang pasti saya nak dengar lagu dia je.


bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu


Saya kopi pasta sedikit liriknya, hurm boleh tahan juga walaupun saya tak merasakan lirik lagu ini ada kena mengena dengan saya. About me? Oh no, it does not means saya yang sedang jatuh cinta, bukan sama sekali. Tetapi yang lebih tepatnya, yang dikejar tak dapat, yang tak dikejar mendekat. Pfft~ saya bukan jejaka Lombok yang diminati ramai gadis!

But how will you tell her after you know she picked up another boy?


Itu je yang saya nak cerita, sebab saya pun tak tahu nak cerita tentang apa ni, hehe.

Okay, wassalamualaikum.

p/s: the worse thing is when you have been loved with many girls but you didn't choose one of them because you wait someone for you, but the worst thing is when you know she with another boy after you rejected them. that's a fact


Labels: , ,

Pelengkap Cerita, Pewarna Hidup

10:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Entry ringkas, ditaip dengan penuh perasaan.
Perasaan mengantuk, penat, sibuk dan segalanya. Belum lagi perasaan bengang, rasa nak cakap F dekat semua orang yang jumpa je tapi masih lagi di bawah 10% paras amarah saya. Makin bosan duduk menghadap laptop yang lepas diformat, tapi masih mengeluarkan unexpected shutdown (or shitdown) secara mengejut. Okay, syukur tadi tu tak sedang upload atau download atau doing assignment la.

Saya ada satu badan, satu jiwa, so saya tak dapat membahagikan masa saya sebaik mungkin. Okay, that is compared with KMNS time, yang mana saya dapat tidur time kuliah, makan time kuliah, online time kuliah, buat kerja JPP time kuliah dan dapat A untuk Physics dan Mathematics. This time? Jangankan berborak dengan kawan, time kuliah sedang check mesej pun dah tak faham apa yang disampaikan. Apalagi ditambah dengan lecture yang mengajar style "I only know what I teach". Okay, thanks Allah, ini satu cabaran dalam hidup saya!

Sebab saya overbusy, saya nak jadi Hayden Christensen dalam filem Jumper. Pergi ke fakulti, then kolej, then pejabat, then pusat bahasa, then Kajang, then kolej balik. Harapkan bus? Pfft~ kelas petang adalah nikmat apabila naik bus.

Anything is Possible (or Pos-shit-ble)


Last but not least, saya suka dengan ayat dalam status saya baru-baru ini.

Mood lepas geram
Selamat malam, nampaknya saya tidur awal juga malam ni. Awal la sangat pukul 1 pagi tu! Wassalamualaikum.



Labels: , ,

Hidup Baru di UKM. Loike Sangat!

6:27 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Maaf sebab entry ini mungkin menggangu minda anda yang segar kerana cukup waktu tidur, atau anda bukan seorang atau calon jurutera awam


Assalamualaikum, selamat kembali ke UKM kepada diri saya dan kepada semua kawan saya se-UKM-ians. Tidak lupa lupa kepada kawan-kawan sesarjana muda seperti saya yang telah kembali ke pangkuan universiti yang dirindui dikasihi. Sengaja saya tak mengupdate blog ini sampai berhabuk setebal 15 inci untuk mengadaptasikan diri ini dengan bilik UKM yang baru ini. Oh dan juga dengan laptop saya yang semakin bangang bermasalah ini juga.


Urm, secara ringkas, (hampir) dua minggu di UKM agak best. Okay mohon ralat, best. Banyak yang berubah, yang diubah, yang mengubah dan segala bagai yang berkait dengan ayat 'UBAH'. Di antaranya ialah:

  • saya dah menjadi seorang senior kepada student tahun 1. nak bezakan student tahun 1 dengan senior mereka ialah 'see their matric card'. lagi satu tambahan, 'see their bag at back'. mereka semangat lagi nak show off pakai beg UKM baru dengan tayang kad baru mereka atas arahan.
ada sedikit ayat hamburan pujian di sini
  • time dapat bilik di UKM ni, rasa excited sangat sebab dapat bilik single! papa cakap, bilik ini macam bilik hotel je. selesa plus ada wifi yang sofistikated. maaf, bukan sofistikated tapi komplikated, sebab line ada tapi still slow. pffft~
sudut pertama dari meja belajar

sudut kedua dari katil tidur

  • kalau bilik lama sem 1 menghadap surau di aras 4, now bilik baru ni menghadap parking blok but di aras 3. so terhibur juga dengan bunyi suara orang lalu lalang dengan bunyi kenderaan.
buka je tingkap bilik nampak laluan ke blok ini.
baru perasan pula ada tersnap tulisan 'GOOD BYE' tu

  • sampai dekat fakulti, perkara pertama yang saya lakukan ialah cari poster PEMATRA. nak tengok muka timbalan exco penerbitan. lastly bukan buka saya yang ada, tapi muka orang lain jadi timbalan! where the sheet is my picture? la, saya naik pangkat jadi ketua exco ke?
  • benda paling best ialah jumpa junior KMNS, then boleh la jadi senior yang baik kepada mereka (rujuk perkara nombor 1 di atas). ada juga yang jenis sengal ubi, ada juga yang jenis sengal ayam. yang pasti, tak ada yang jenis bangang lagi.
  • sebab dah jumpa junior, so kena jadi senior yang baik. masalahnya macam mana nak jadi senior yang baik kalau junior pemalu, senior pun lagi pemalu?

let's start with hide and seek first

  • sebab saya ini senior yang pemalu, so kalau dapat junior perempuan, rasa macam gagap nak bercakap. apalagi kalau dapat junior yang lawa-lawa. terus tunduk kepala ini!

is it really? oh no!!!

  • kelas hari Selasa paling dibenci setakat ini. pukul 8 kena pergi FKAB, then ke ATMA pukul 10 pagi, then balik kolej, pukul 4 petang kelas 2 jam. nak balik jalan sesak pula, sampai kolej solat di surau then sampai dekat bilik terus tertidur sampai dengar azan Maghrib.

yang berwarna hitam itu kelas yang tak free.
for your information, bukan semua kelas di tempat yang sama

  • bukan seorang dua, tapi lebih daripada 3 orang kawan course saya cakap, junior JKAS lebih lawa daripada senior mereka tahun 2. siapa senior mereka tahun 2? errr.....
  • still thinking.......
Oh ya, saya masih ada hutang dengan yang setia dengan blog ini. Update tentang balik kampung! Kalau mampu, saya cuba update tentang balik kampung weekend ini. So entry untuk weekend ialah mengenai balik kampung, atau tak 10 hari di kampung. Whatever la...

Sudah azan Isyak, so saya nak ke surau. Sejak saya dapat bilik single ini, saya tak pernah miss solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah, semangat baru. Okay semua, Assalamualaikum.

p/s: lagu Aleya nyanyian Zahid mengingatkan saya dengan dia, lagu Panah Asmara nyanyian Afgan mengingatkan saya dengan dia, lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif mengingatkan saya kepada dia





Labels: , , ,

Apabila Islam dan Allah Tiada Bermakna Lagi

3:46 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum, maaf sebab dah lama tak update. Saya kena kejar dateline untuk uruskan program di KMNS, padahal saya adalah pengarah program yang ternyata program ini adalah program pertama yang alumni KMNS akan laksanakan (khabarnya...). Belum lagi saya menjadi biro pemasaran untuk Temasya Gemilang Kolej Keris Mas, serta biro publisiti Freshman Camp untuk kemasukan pelajar FKAB bulan September ini. Wow hebat! Penat la juga ni. Rasa nak abaikan semua pekerjaan ini, huhu http://www.emocutez.com

Entry ini dah lama terpendam di dalam blog saya ini, baru hari ini saya dapat mengedit kembali. Sebelum saya sambung leteran, jom sama-sama melihat gambar di bawah.


Ada faham? Maksud saya, ada faham apa yang telah ditulis oleh seseorang ini? Apa perasaan anda?

Anda boleh berkomen yang mana pengomen tersebut adalah bukan seseorang yang beragama Islam. Oleh sebab itu dia boleh memberi taraf yang sama, same level antara Tuhan dengan enjin carian bernama Google dan Wikipedia. Kerana Islamlah, saya meletakkan komen dia di sini, namun saya terpaksa memadam nama beliau kerana menjaga aib. Mungkin juga dia tak berniat sedemikian, namun ajaran yang dia amalkan menyebabkan 'Google and Wiki are Gods'

Bayangkan zaman sekarang. Islam dipermainkan, Allah dilecehkan. Maka tidak hairanlah arak dan dadah semakin berleluasa, anak luar nikah semakin laris di pasaran untuk dibuang, belum lagi kes sumbang mahram atau main depan belakang yang tak pernah kita dengar sebelumnya 10 tahun sebelum ini. Inilah kesan apabila kita menganggap ringan perkara mengenai agama. Jangan salahkan apabila anak kita menjadi kurang ajar, tetapi muhasabah diri terlebih dahulu apakah kita sudah cukup ajar dalam mendidik anak kita.

Zaman semakin mendekati titik akhirnya, Dajjal semakin mula menampakkan pengaruhnya. Maka kita semua, berpegang teguhlah dengan agama Allah, agama Islam. Kita tak dapat menghalang keluarga kita daripada pengaruh Barat, namun kita masih mampu menjadi penapis, filter kepada keluarga kita. Jangan kita rela membiarkan ahli keluarga kita daripada hanyut dalam arus nuansa pemodenan dunia ini.

Nauzubillahi min dzalik!!!

Maaf Entry saya kali ini, lebih berapi-api oleh kerana melihat orang Melayu, orang Islam sendiri yang memberi taraf yang sama di antara Allah yang Maha Mengetahui dengan Google atau Wikipedia yang 'Maha Mengetahui'. Wow bestnya! Mungkin dia menganggap Allah itu Maha Mengetahui dan begitu juga dengan makhluk yang bernama Google dan Wikipedia. Bukankah Allah telah berfirman di dalam surah Asy-Syuura ayat 11:

..., tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Zaman sekarang, Islam hanya ada pada kad pengenalan, namun di hati mereka hanya tahu Islam adalah I-S-L-A-M, tidak lebih daripada itu. Akhirul kalam, wassalamualaikum.

p/s: saya mendoakan semoga kita semua masih dilindungi Allah, dan kepada pengomen berkenaan, jikalau anda tersilap langkah maka insaflah, pintu taubat masih terbuka.


Labels: , ,

Tribute to KH Zainuddin MZ

1:40 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum. Maaf sebab jarang update blog ini, kerana pelbagai masalah. Namun entry khas hari ini, sempena berpulangnya salah seorang pejuang Islam yang lantang bersuara, disukai pihak lawan dan juga kawan. Beliau adalah KH. Zainuddin MZ, kelahiran Jakarta 2 Mac 1951. Sebab itu entry saya sebelumnya iaitu #6 Wordless Wednesday hanya meletakkan gambar dan keterangan mengenai beliau. Pasti ramai pembaca blog saya yang tidak mengenali beliau. Almost 99%, unless yang 1% itu adalah saya sendiri.

Beliau adalah salah seorang kawan guru papa saya, dan juga saya sempat berguru dengan beliau secara tidak langsung. Apa yang saya kagumi daripada beliau ialah cara beliau berdakwah dan berceramah kepada orang ramai, sehingga tidak hairanlah beliau dikatakan sebagai 'Kiyai Sejuta Umat' oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan. Semasa saya kecil, inspirasi saya untuk bercakap di depan khalayak ramai adalah beliau. Salah satu ceramah yang saya minat ialah tabligh akbar beliau di salah satu kota besar di Indonesia pada bulan Ramadan tahun 2000, bertajuk 'Reformasi Besar'

Kelmarin, saya baru dapat tahu yang beliau telah berpulang ke rahmatullah. Sejujurnya saya amat terkilan kerana tak dapat bersua muka dengan beliau, bahkan papa saya berniat hendak berjumpa dengan beliau pada minggu hadapan. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Beliau diserang sakit jantung di kediamannya pada pukul 0915 waktu setempat (1015 waktu Malaysia).

Satu perkara yang amat sukar ditemui di sini ialah, walaupun beliau adalah orang kuat parti PBR di Indonesia (PBR adalah pecahan parti Islam PPP, salah sebuah parti Islam di Indonesia selain PAN, PKS, PKB dan sebagainya), namun beliau amat disayangi dan dihormati oleh orang parti Islam lainnya. Kalau diikutkan, bersatunya umat Islam tanpa mengenal warna kulit, rupa atau parti politik. Bahkan beliau menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Indonesia sewaktu krisis melanda negara tersebut pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an. Seandainya di negara kita yang tercinta ini, ada pemimpin Islam yang disayangi oleh semua orang Islam di Malaysia tanpa mengenal parti politik, nescaya Islam akan menjadi lebih kuat.

Akhir sekali, saya sertakan salah satu ceramah beliau di salah satu masjid yang disiarkan oleh TV One, mengenai 'Wanita Pencari Cinta Ilahi'. Dalam maksudnya, bebas beliau membantai perkara yang batil tanpa disorokkan.



Sekian daripada saya, semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang selayaknya diterima oleh para pejuang di jalanMu ya Allah. Amin.


p/s: sampai sekarang saya tak percaya mengenai kes yang disabitkan oleh beliau 2-3 tahun lepas, namun hanya Allah yang Maha Mengetahui







Labels: ,

Jodoh, Usah Berharap dengan Takdir

9:06 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (10)

Assalamualaikum, hari ini saya tak sebusy mana, so dapat la nak update blog ini. Semalam saya ke One Utama untuk uruskan program alumni KMNS yang tak pernah saya sentuh. Padahal saya pengarah program, agak kejam seh! Namun memang agak penat sampaikan saya tertidur di dalam bus RapidKL. Malamnya sempat juga online Facebook untuk ambil tahu perkembangan program walau agak hot dengan cik Survey tiba-tiba (nama dirahsiakan). Entry kali ini saya nak bercakap mengenai jodoh. Eh nak kahwin ke abang kacak? Bukanlah, cuma nak berkongsi sedikit ilmu ini.

Bercakap mengenai jodoh, Allah tetap tetapkan dalam surah Ar-Ruum ayat 21, jodoh adalah perkara yang menjadi lumrah kehidupan setiap insan. Then, jangan lawan fitrah tersebut. Jangan nak memandai hidup membujang even hidup berlimpahan wang di sekitar kita.

ala, susah la nak cari jodoh ni. dapat pun bukannya yang sesuai dengan kita

Firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 26, perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat. Dah termaktub di dalam Al-Quran, so jangan nak cari pasangan yang baik instead kita ni jahat keji rasa nak kena bang dush oleh orang lain. Introspeksi diri ini dahulu sebelum mencari pasangan yang baik, manakan dapat mencari berlian yang bermutu tinggi kalau si pencari berlian itu adalah seseorang yang tak faham mengenai berlian. Ya kan?

Good vs Evil

kalau dah ditetapkan, kenapa nak susah-susah mencari lagi?

Itu dia masalah yang berlaku. Jodoh dah ditetapkan Allah, then kita tak payah mencari, just tunggu je the chosen one untuk kita. Manakan dapat sagu kalau tak dipecah ruyungnya, walaupun kita tahu ada sagu berkualiti baik di dalam ruyung. Itu namanya berserah kepada takdir tanpa adanya usaha untuk mencari di mana sagu berkualiti baik itu. Dan berserah kepada takdir tanpa sebarang usaha adalah bertentangan dengan hadis Nabi:

Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni syurga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah menjawab: Ya. Kemudian baginda ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya. (Riwayat Imran bin Husain) (Shahih Muslim No.4789)

Means, jalan sudah disediakan, tinggal kita sahaja yang akan berjalan yang telah disediakan untuk kita. Sama ada kita mahu meneruskan perjalanan melalui jalan itu atau tak.

Jalan sudah tersedia, anda yang memilihnya

aku dah cari yang terbaik bagi aku, tapi dia bukan untuk aku, so macam mana tu?

Yeah, good question! First of all, kita kena kaji dahulu, apakah kita dah cukup baik bagi pasangan kita itu. Takkan species Weimaraner nak berkawan dengan species Maltase? Tak pasal-pasal kena ngap nanti. *kalau tak tahu Weimaraner dengan Maltase, sila google. malas nak mention di sini* Lepas kita kaji diri sendiri, kaji pasangan kita itu, apakah bersesuaian dengan kita. Kalau kita ni jenis pendiam, selalu ke surau, lisan tak lekang daripada berzikir mengingat Allah namun pasangan kita ni kaki shopping sakan, pakaian mendedahkan aurat, jangan salahkan Allah kalau kita tak dapat. Kecuali kalau pasangan kita seperti demikian, maka Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita. Mungkin kita ditugaskan membawa pasangan kita ke jalan yang benar. Apa yang pasti, wallahu a'lam.

Akhir sekali, jangan permudahkan segala yang telah Allah syariatkan. Mungkin kalau diikutkan dalam usia saya yang baru menginjak 20-an, perkara jodoh adalah terlalu awal untuk dibincangkan. Namun bukan salah kalau kita bercakap mengenai sesuatu yang benar. Bukannkah Rasulullah pernah bersabda,

"Katakanlah yang benar, walaupun satu ayat"

so, saya telah menyampaikan sesuatu yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Ingat, jodoh adalah anugerah Allah, dan perbaiki diri kita sebelum kita mencari yang baik untuk diri kita. InsyaAllah bermanfaat untuk diri saya dan juga para pembaca yang lain. Dan pesanan kawan saya, Nor Atiqah:

We may love the wrong person, cry for the wrong person. But one thing is sure, mistake help us to find the right person.

Wassalamualaikum.


p/s: kurniakan daku serikandi penyejuk di mata penawar di hati, di dunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari


Labels: , , ,

Papa di Hati, Sahabat di Jiwa, Guru di Minda

12:38 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (9)

Assalamualaikum. Mood masih super exhausted selepas balik Sunway Pyramid semalam, so nak buat entry sempena hari Bapa pun tak dapat nak taip panjang-panjang. Eh hari ni hari Bapa ke? Tak perasan pula saya, maklumlah tengok kalendar pun jarang-jarang.


Lagu ini sahaja yang mungkin boleh melengkapkan entry mengenai hari Bapa. Lagu duet Ada Band dengan Gita Gutawa, Yang Terbaik Bagimu. Ya, papa saya ialah hero saya, one of the people who inspire me besides Rasulullah SAW. Papa saya adalah seorang yang tegas, termasuk kepada anak-anaknya. Waktu saya masih kecil, saya selalu berasa kecil hati kerana papa terlalu tegas dengan saya, bahkan sampai saya takut untuk berborak dengan papa. Namun kini saya faham kenapa papa bersikap terlalu tegas, kerana saya anak sulong papa yang akan menjadi pewaris papa, yang akan meneruskan Sunnah Rasulullah sebagaimana papa.

Saya ingat lagi sewaktu masih menuntut di Indonesia, saya hendak menghadapi UAN atau Ujian Akhir Nasional, setaraf PMR. Saya amat memerlukan buku-buku rujukan sebelum exam, so saya meminta ayah saya untuk memberi duit belanja lebih. Selepas 2 minggu baru saya dapat duit lebih, namun saya tak tahu kenapa dapat begitu lambat. 4-5 tahun selepas itu barulah saya faham kenapa lambat dapat, kerana papa mencuba sedaya upaya mencari wang lebih untuk membeli buku-buku rujukan untuk saya.

Dengan usia menjangkau 60 tahun, papa masih bersemangat muda. Saya sedar profesion  papa yang lain daripada biasa, tidur lambat bangun awal, then kena berhadapan dengan kerenah zahir dan batin. Dalam usia sebegini, kebiasaannya mereka akan berehat bersama keluarga, bersara atau menerima duit pencen, namun papa masih gigih bekerja. Seolah papa tidak pernah mengenal erti lelah penat.

Saya ingat lagi ketika saya bergurau, apakah mesti memanggil papa dengan panggilan Dato' atau pak Engku seperti biasanya, papa menjawab 'panggillah seperti biasa, kan papa ni papanya 'Ariff, kalau orang lain nak panggil papa dengan Dato' papa tak kesah, tapi papa lebih suka dengan panggilan pak Engku'.

Dan saya bersyukur kerana saya berbinkan papa saya, Ansaruddin Agus.
Dan saya bangga kerana mempunyai papa saya, Ansaruddin Agus.
Dan saya bertuah kerana mempunyai wira di dalam keluarga saya, Ansaruddin Agus.
Dan saya tidak malu mempunyai seorang papa yang berasal dari Indonesia, Ansaruddin Agus.
Dan akhir sekali, saya bertuah kerana saya memiliki darah Minangkabau yang sangat kuat daripadanya.
Ya, papa saya Ansaruddin Agus.

Saya ingat lagi ketika mula-mula masuk matrik, orang hanya mengenal saya sebagai Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus, anak kepada encik Ansaruddin Agus. Namun bagi saya, Ansaruddin Agus bukan sekadar seorang papa kepada Muhammad 'Ariff Putra, namun beliau adalah sahabat, penasihat, boss, guru, profesor, dan sebagainya. Dan seolah bayang-bayang papa kini ada dengan saya.

Banyak perkara yang tak mampu saya luahkan di sini, biarkan saya simpan di kalbu saya, sebagai kenangan antara seorang ayah dan anak, seorang guru dan murid. Dan saya amat berasa bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk mengabdi, berbakti dan menguak pengalaman bersama beliau, Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus, papa saya. Satu harapan dan doa saya kepada Allah, semoga Allah panjangkan usia papa untuk berbakti di jalan Allah, dan papa dapat melihat menantu dan cucu pertama papa, insyaAllah. Amin.

Papa di hati, sahabat di jiwa, guru di minda. Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus

Wassalamualaikum.

p/s: air mata hampir mengalir namun kena kontrol macho sebab takut terbaca oleh papa



Labels:

#1 Wordless Wednesday

1:00 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Jalani Hidup Ini

9:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Hello, Assalamualaikum. Dah hampir 3 minggu saya tak mengupdate blog ini, dibilang berhabuk pun tak juga. Maklumlah, orang busy, tak boleh berhenti daripada beraktiviti. Hehe (bongkak sikit http://www.emocutez.com). Sebenarnya, jadual saya hampir padat. Selepas menjadi fasi di KMNS, kemudian menjadi PA papa saya, so nak update blog pun memerlukan masa untuk memerah otak. Bagaimana hendak memerah otak kalau selalu away dengan lappy? Huhu~

Menjadi PA kepada papa saya, macam pelik, macam best bunyinya. Entahlah, namun apabila kawan-kawan saya tanya,

weh kau dapat gaji ke?

saya bukan hendak berkira mengenai gaji, walhal saya juga bekerja dengan papa saya sendiri. Bukan orang lain. Saya ikhlas menolong papa saya, dan menjadi PA beliau adalah satu peluang untuk menimba ilmu yang ada, berjumpa dengan orang besar, kemudian pergi ke tempat mesyuarat, dan yang lebih best adalah dapat tahu sesuatu perkara mendahului yang lain. Eh saya bukannya ahlul nujum la~

Minggu lepas, saya kena mengiringi papa saya untuk menyampaikan slot dalam kem motivasi dengan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah di Broga. Saya teringat apa yang telah disampaikan dalam slot berkenaan, mengenai kehidupan kita.

... Kita hidup di atas bumi Allah ini untuk beribadah kepadaNya, maka jangan pernah lari daripada konsep tauhid. Sebab itulah kita selalu memohon sesuatu daripada Allah, dan sekiranya kita tidak mendapat apa yang diinginkan maka jangan pernah berputus asa, dan sekiranya Allah mengganti dengan yang lain maka jangan pernah menganggap bahawa ianya kebetulan, namun semua adalah anugerah Allah. Allah telah menggariskan segalanya mengenai hidup kita, maka jalani hidup ini....

Saya hanya nak menggariskan the last word, 'jalani hidup ini'. Mika Hakkinen tidak akan menjadi seorang juara Formula 1 apabila dia hanya duduk di dalam kereta lumbanya dan tidak menghidupkan enjinnya, atau memandu tanpa penuh kerja keras. Begitu juga dengan hidup kita, Allah telah menyediakan jalan untuk kita, tinggal kita sahaja yang akan melaluinya, sama ada dengan bersungguh-sungguh atau bermalas-malas. Ataupun telah Allah sediakan jalan untuk kita, namun kita mengambil jalan yang lain, jalan haram yang telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran.

Jalan telah disediakan, kita yang menyambungnya

Ramai - termasuk saya - kurang menyedari bahawa Allah telah mengatur jalan hidup kita namun kita hanya menyambung jalan yang telah diberikan. Oleh sebab itulah ramai insan yang membina jalan persendirian atau hanya duduk memandang ke hujung jalan. Padahal Allah telah berfirman di dalam Al-Quran surah Ar-Ra'd ayat 11

... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ...

Oleh sebab itu, hiduplah berteraskan iman kepada Allah, kerana hanya hamba Allah yang bertauhid - mengesakan Allah lebih daripada segalanya akan mampu menjalani hidup ini tanpa ada rasa sempit di hati. InsyaAllah.

Itu sahaja yang dapat otak saya paksa untuk menukilkan ayat di malam hari ini, doakan saya sentiasa dilapangkan rezeki oleh Allah. Amin, begitu juga dengan anda semua, para pembaca blog saya. InsyaAllah. Okay, wassalamualaikum.









p/s: jalanilah kerja ikhlas tanpa bergaji ini, insyaAllah kau dapat MyVi 2011, 'Ariff http://www.emocutez.com

Labels: , ,

Kembali Kepada Allah

5:46 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat. Tiba-tiba idea nak mengupdate blog ini hadir sehari sebelum saya hendak ke Tanjung Malim, ke rumah Nuar kawan JPP saya, sebab Khamis ini saya menjadi fasilitator di KMNS. Okay back to main idea, idea ini berpunca daripada entry saya sebelum ini (Survey). Selepas saya menerima pelbagai respons daripada pembaca, saya masih belum dapat menemukan satu jawapan yang pasti, apalagi mengenai hati dan perasaan.

...bukan nak berjiwang, namun inilah fakta...

Salah seorang respons yang saya terima, kawan JPP saya yang bukan dari KMNS. Dia memberi respons melalui message di Facebook. Respons dia sama seperti yang lain, maybe she likes me but she does not have any courages to say it - or she is shy. Yeah, jawapan yang hampir sama dengan yang lain. Namun komen terakhir daripada dia,

kau tunggu jela apa akan jadi dekat kau lepas ini, biar masa menentukan =) lagipun, aku sure kau akan jumpa banyak jenis orang lagi nanti

Simple, namun saya baru sedar maksud ayatnya sebelum tidur. Don't too much to expect something that is not defined. Saya mungkin (atau mainan ilusi) terlalu berfikir yang dia sukakan saya, atau saya yang terikut-ikutkan perasaan. Biasa, itu lumrah manusia. Hati manusia seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, tidak mudah kukuh. Sekejap A sekejap B. Sebab itulah salah satu doa yang selalu kita baca,

Ya Allah Yang membolak-balikkan hati-hati manusia, ...

kerana Allah Maha Menguasai segala sesuatu di muka bumi ini, termasuk hati dan perasaan kita.

Kembali kita kepada Allah. Sang Pencipta dan Penguasa. KepadaNya kita menyembah dan kepadaNya kita memohon pertolongan. So, untuk apa susah-susah berfikir siapa jodoh kita, apakah kita ini sesuai dengan dia atau tak, apakah dia sukakan kita atau tak. Kita hanya mampu memohon sesuatu dan ini bukan bermakna kita boleh bermalas-malasan. Tidak sama sekali! Allah telah berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11

....sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri, ...

Dalam erti kata, seorang pelakon teater, apabila mendapat satu skrip, dia hanya mampu mengikuti skrip tersebut untuk menjadi seorang pelakon teater yang berjaya. Namun bergantung kepada pelakon teater tersebut berbuat sesuatu dengan skripnya, sama ada akan berlatih sungguh-sungguh atau hanya sambil lewa. Demikian juga dengan diri kita. Kita hanya mampu berusaha namun apabila Allah telah menetapkan sesuatu, kita mesti laksanakan atau kita tidak akan selamat di dunia dan akhirat. Skrip telah Allah sediakan, tetapi macam mana kita nak menghidupkannya, depends kepada diri kita sendiri.

Sebelum saya akhiri nukilan saya sebab nak berkemas-kemas, segala sesuatu yang terjadi di atas dunia ini adalah ketetapan Allah. So kalau tak berpuas hati dengan apa yang anda perolehi, maka anda sedang tidak berpuas hati dengan Allah. Dalam konteks mencari jodoh pula, kita hanya boleh mencari jodoh, sama ada nak berkahwin dengan artis, dengan businesswoman atau dengan guru, namun kalau Allah telah tetapkan, sama ada nak berkahwin dengan seorang doktor atau akauntan, maka itulah yang terbaik. Sebagaimana kata-kata daripada ayah saya, 'kita hanya pelakon di atas teater ini, hanya menjalani skrip yang Allah telah tentukan'. so that, tak usah terlalu fikir soal jodoh, Allah telah tentukan sama ada dia atau dia. Skrip saya sekarang adalah menjadi pelajar di UKM, bukan menjadi suami kepada student UKM, KLIUC atau UNRI.

...macam direct je saya cakap tak?...

Akhirul kata, wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Komen terakhir kawan saya: sebab itu Allah perkenalkan kita solat hajat, solat tahajud, dan banyak lagi. Islam banyak ajar kita secara simbolik, berfikir secara mendalam, bukan terburu-buru. kalau kau pilih untuk positif, kau akan nampak cerita (baca: jalan hidup) kau bersinar-sinar. kalau kau pilih untuk negatif, kau akan nampak kau dalam kegelapan. cara kita berfikir menentukan respons dan pilihan kita, cara hidup kita. semua datang dari hati. kau yag menentukan segalanya sebenarnya.

p/s: selamat ulang tahun UKM ke 41, Inilah Varsiti Kita

Labels: , ,