Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

When We Break It Out

3:55 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (2)

Assalamualaikum.

Who says the civil engineers are always busy? We break the rules out! Venue? Steamboat Antarabangsa at Bandar Baru Bangi (antarabangsa la sangat!). I forget where exactly what section is it. Okay, let's start our Jimba-Jimba program!

Introducing: me
Amar (left) and Talhah. They were sucks!

Ali (left) and Amar. They were truly sucks!

Talhah (left) and Kimi. They were not so sucks but Talhah is sucks!

I missed one of ours, Safuan. He sat besides me last night. And only we knows how much he ate it last night.

Hell yeah! I finally did my mid semester test for German with Amar and Kimi. It was truly satisfying after study it before. Oh crap, I miss it again, my Mechanics of Materials mid semester test this Friday!

This is our reference book!

Okay, it's time to start my 25 hours revision before mid semester test.

Wassalamualaikum.

p/s: actually, I am blank for MoM *sigh*



Labels: , ,

Kick Out The Mistakes

11:48 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Sometimes we don't look back again to reach our destination, but how can we learn our mistakes if we don't learn from our mistakes? Yeah, we are not computer, can redo anything, can pause our work, can reset our error. But we are supercomputer; human. We can't redo anything, but we can learn from our mistakes. We can't pause our work, but we can take a nap before continue it. We can't reset our error, but we can change our error into correction.

I am comphuman

Yeah, learn from my mistake. Even always do the same mistake. Grrr, hate it!!! Argh, why must happened to me? Human error, or mistake error? And now this is the fifth 'Double A' come into me. Enough with it!

Why must me?

I just arrived from my meeting. Sounds funny when I attended it with formal uniform, with long sleeves and blue-white stripes shirt, dark blue trousers and my Louis Vuitton shoes. Yeah, I am now Vice Director of Research and Development, Secretariat of Human Resource Development. Thanks Allah, this meeting just once in 3 months, and the next meeting will be held on December 1st, 2011. This is the biggest position I receive after Executive Councillor of Publicity in my faculty and Deputy of Head Director in Temasya Gemilang Kolej Keris Mas last year.

When meeting ended

Another Director and Vice Director
Oh no! Today I have a class at 8 am, but my eyes can't close and I can't sleep. Urrmm, today I want to meet her at bus stop, 5 pm. Okay my friend, see you later.

Wassalamualaikum.

p/s: this is my first trial with English entry. sounds weirdo with my vocabulary, maybe.





Labels: , , ,

The Lazy and Dirty Thing

10:48 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Weekend yang bosan malas. Bukan sebab tak tahu nak buat apa, namun sebab tahu nak buat apa tapi malas nak buat. Kalau buat pun, rasa malas nak selesaikan. Tak payah cakap, kesimpulannya takkan settle lagi kerja ni.

Ada sesiapa nampak buku-buku saya?

Esok ada kelas tambahan. Err...actually kelas ganti. Pukul 2-5 petang, and can't imagine how we survive from 10 am till 2 pm and then continue with another replacement class. 7 jam, duduk menghadap slide, dan tak ada lunch. Okay, otak makin tepu nampaknya.

Semalam ialah hari bertuah bagi saya, selepas down selama seminggu oleh angkara Manchester Shitty. First, bola baling KKM menang. Second, Manchester United menang. Third, Negeri Sembilan menang. Tak sia-sia nampaknya saya menjerit di tepi padang dan akhirnya kami menang. Okay siapa cakap saya yang main bola baling, tahun ni saya tak main sebab tak nak masuk.

Okay la, nak sambung tengok Kamen Rider 555. Rabu ni saya ada exam Jerman, Jumaat pula ada exam Mekanik Bahan. Doakan saya dapat jawab dengan baik. Amin.

Wassalam.

p/s: otak dah tak makin betul, tiap nak panggil nama perempuan je mesti silap panggil.





Labels: ,

The Two Musketeers

9:39 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.

Mesti ada yang pelik dengan tajuk entry kali ini, sebab ada yang akan persoalkan 'why not The Three Musketeers?'. Ya memang pun, kalau sekiranya anda bukanlah seorang peminat Tom and Jerry atau paling kurang, pernah menonton episod ke-65 terbitan Hanna-Barbera Production. The Two Musketeers. Mengisahkan dua ekor tikus, Nibbles dan Jerry yang berlawan dengan Tom, seorang kepala musketeer Diraja. Yang pasti, tiada yang mati, kalau cedera tu memang selalu la.

Kalau nak tengok, sila cari sendiri di YouTube

Bermula dari tahun 2005, kali pertama saya mengenali apa itu Musketeers ini, saya mula berminat mengenai The Three Musketeers. Walaupun saya tak pernah membaca novel karya Alexandre Dumas tersebut, namun saya cuba mencarinya semasa exam SPM. Selepas siri pencarian novel tersebut, memori Musketeers saya diingatkan dengan filem Slumdog Millionaire. Soalan terakhir yang ditanya Prem Kumar, pengacara Who Wants to be a Millionaire kepada Jamal Malik.

Dari sana, saya mula kenal watak-watak The Three Musketeers. Athos, Porthos, dan jawapannya ialah Aramis. Sebab saya meminati novel tersebut walau tak pernah membacanya, maka saya pernah menggelar diri saya dan dua orang kawan matrik saya sebagai The Three Musketeers. Motif? Because we three are kaki online guna Opera Mini time kelas, haha.

KAA is my another facebook account, so don't be weird

Akhirnya dalam satu penantian, ketika saya menonton filem apa entah di pawagam (sorry, 'apa entah' is not the title of the movie), saya di'rasuah'kan di'hadiah'kan dengan trailer The Three Musketeers! Yeehaa, can't wait for any action, live action from Athos, Phortos and Aramis at cinema!

Unus pro omnibus, omnes pro uno


Dan sebagai hadiah penantian kerana setia menantikan The Three Musketeers, saya akhiri entry kali ini dengan pesanan Athos kepada D'Artagnan

don't never easily believe in women

Okay, don't blame me what did I write, but ask Dumas, or at least Athos, why did he say that.

Wassalamualaikum.

p/s: I am D'Ariff Cantabile, the Musketeers from negeri Antah Berantah







Labels: ,

#3 Wordless Wednesday

8:51 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (4)


Labels: ,

Lidahku Berbelit-Belit!

6:16 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Minggu ini adalah minggu yang amat free bagi saya, sebab hanya ada 2 kelas yang saya hadir. Itupun hanya perbincangan dan temuduga yang totally tak sampai 1 jam. Sebenarnya ada lagi satu kelas, iaitu tutor Algebra namun saya ponteng sebab masih di rumah pada Isnin tengah hari, hehehe. Jangan cuba berani meniru ya.

Semalam result SPM dah keluar, saya yang merupakan alumni South Lake City High School berbangga dengan pencapaian junior-junior saya. Bezanya, saya tak tahu berapa result mereka dan saya pun tak nak tanya mereka. Cukuplah saya memantau jarak jauh sahaja. Masa-masa inilah para junior akan mencari senior-senior mereka yang berjaya atau telah memasuki universiti masing-masing. Termasuklah saya. Ada yang tanya mereka patut masuk universiti apa. Kalau ditanya kepada saya, saya akan jawab 'masuklah UKM sebab ada abang, hahaha'. Atau tak 'UKM bagus sebab top 3 di Malaysia dan dekat dengan rumah'. Mengada! Atau tak ada yang tanya 'patut masuk matrik, PASUM atau diploma?'. Lagi la jawapan saya 'masuklah matrik sebab matrik best, setahun je' atau 'matrik walaupun jarang dapat outing tapi best sangat la'. Tu jawapan ikhlas seorang abang yang baik hati, hahahahttp://www.emocutez.com

Inilah sekolah kebanggaanku, sekolah yang pernah melahirkan Preseiden Pembimbing Rakan Sebaya terhebat pada tahun 2008!

Tidak kisah mana-mana mereka ambil, sama ada fly ke oversea sambung medic atau engineering, masuk PASUM matrik diploma atau form six, janji anda semua yakin dan pasti dengan pilihan anda. Seperti saya dahulu apabila dapat tawaran ke matrik sahaja, walaupun niat di hati nak sambung ke diploma ke UiTM, namun terpaksa la juga masuk matrik daripada menganggur tak sambung belajar ataupun sambung ke kolej-kolej yang bayarannya setanggi syurga, eh silap setinggi syurga. Sebelum masuk ke matrik, hati kena ikhlaskan sebab di mana pun study mesti ada yang susah. Kalau tak susah bagaimana hendak berjaya. Inilah cabaran! Hidup tidak ada yang semakin senang, kalau makin senang baik duduk di hutan bersendirian. Namun di hutan juga perlu mencari makanan. So di zaman milenium ini tiada kata 'malas' di dalam kamus hidup kita.

Semenjak saya kembali dari Pekanbaru, kini lidah saya sudah sebati dengan lidah di sana. Tiba-tiba rasa 'eh saya kini berada di mana ya?' setiap hendak bercakap. Seperti tadi saya hendak cakap masalah wifi, saya cakap wifi bukan wai-fai, tetapi wai-fi. Rasa nak tergelak pun ada. Nak pelik pun lagi la. Belum lagi masa Selasa malam sewaktu pembentangan Etnik, saya cakap berapi-api untuk kesimpulan. Memang maca Hitler la kata kawan saya. Lepas habis saya cakap, kawan saya cakap 'kau ni, tahu la baru balik dari sana tapi cakap tak payah la cakap Indon'. Sengal la, terlepas lagi cakap. Nasib la saya bukannya duduk di Papua, cakap Melayu macam cakap dengan orang Aborigin di Australia! Ni baru balik Riau yang dahulunya satu kerajaan Melayu di Indonesia. Nasib badan la!

Yang bestnya, sejak balik ni rasa nak jumpa pelajar-pelajar dari Indonesia then cakap bahasa Indonesia dengan mereka. Kalau tak dapat, kena dengar radio online dari sana. Atau tak, kena tengok cerita dari sana. Ah, rindu pula nak balik ke sana lagi. Tapi kalian jangan fikir saya nak tukar kewarganegaraan pula! I am proud to be Malaysian!

Okay la, saya kena siapkan banyak kerja ni. Semenjak jadi timbalan Menteri di Kabinet Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia, makin busy la saya ni dalam tahun 2 di UKM. Tak apa, tanggungjawab kena dipikul. Itu kan amanah. Hehehe. Okay wassalamualaikum.

p/s: lepas ni kalau lidah masih berbelit-belit, rasa nak kahwin dengan orang sana jelah. senang sikit nak cakap nanti, haha. lagipun baru je borak-borak dengan Faa tentang bercinta lepas kahwin. so sweethttp://www.emocutez.com

Labels: , ,

Yahudikah Saya?

12:25 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Hello dan Assalamualaikum kepada semua. Ini adalah post pertama saya sejak berumur 20 tahun. 20 tahun? YTK! Saya sudah dewasa sekarang (betul ke?)! No more teen, I am twenty now. Hehehe, so selamat hari jadi kepada saya. Eh silap, kena nyanyi dengan pegang kek di tangan kiri dan goyang tangan macam Usop, happy birthday to me, happy birthday to me...owh blueberry my favourite. Hahaha http://www.emocutez.com


Lembu Cisdel pun wish kepada saya


Sempena usia saya yang makin menua ini, so entry kali ini mengenai 25 perkara mengenai saya. Sebenarnya saya tersinggah ke blogspot kawan saya, sama-sama UKM, bekas KMNS dan ahli Republic of 1991, Ku Nur Izzati. Kalau sesiapa nak singgah, ini link dia. Wasiat dia, sesiapa yang singgah dan baca post dia itu, dibenarkan mengetag diri sendiri. So saya telah mengetag diri saya sendiri sempena hari jadi saya. Apa tunggu lagi, jom!


1.
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, sebelumnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan


2.
lahir pada 1 Mac 1991, tepatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pukul 11.38 malam. waktu itu tepat Nisfu Syaaban. Syukur!

Cuba cari di mana rumah saya? Siapa dapat jawab dengan tepat akan dapat hadiah misteri



3.
suka merepek dalam bercakap, even dalam hal serius pun boleh merapu. kes terbaru semasa Workplace Comm test, saya boleh tanya soalan yang diberi


4.
walau kaki merepek, seorang yang pendiam dan kadang kala cepat melenting apabila tertekan. pemangkin utama ialah cuaca panas. I hate hot weather!http://www.emocutez.com


5.
ramai orang yang tidak tahu, atau tidak percaya, bahawa saya seorang pemalu! seriously, saya malu kepada beberapa orang, seperti yang jenis pendiam, yang baik hati, yang taat dan alim. kalau yang gila-gila, yang huha huha, yang kaki lucah, jangan tunggu bila masa saya jadi pemalu!


6.
suka makan banyak! namun berat still maintain. yang makan banyak ini usah ditanya lagi la


7.
bab menulis sastera bahasa Melayu memang minat saya. sebab itu saya suka menulis dan merepek dalam blogspot. namun kos saya di UKM bukannya ada kena mengena dengan bab penulisan pun


8.
sejak dahulu sampai sekarang meminati dua perkara dalam pelajaran: matematik dan sejarah. sejak form 2 sampai matrik tak pernah tak dapat A untuk matematik, dan sejarah membolehkan kita mengkaji masa silam dan fakta-fakta yang kini masih misteri, seperti Atlantis. sayangnya kos saya di UKM langsung tiada sejarah, kecuali TITAS


9.
suka berjalan-jalan ke mana sahaja. mencari pengalaman, makan angin, semua la. paling best bab pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan dan saya sendiri tahu arah jalannya. so saya akan menyesatkan mereka dan pada masa itu, saya makan angin sambil mengkaji jalan! jahat tak?


10.
sejak 16 September 2006 sampai sekarang, saya telah membeli 5 nombor fon. bukan nombor ekor! mula-mula Maxis, 0122195461 namun dah expired. then nombor yang kini saya guna, 01728xxxxx. then nombor yang saya berikan kepada kawan saya di KMNS, 01724xxxxx. then nombor Celcom yang kini masih saya guna, 01937xxxxx. latest, 01799xxxxx yang baru saya hadiahkan kepada kawan saya. motif nombor banyak? nak kacau orang! memang jahat kan?


11.
hobi yang paling best setiap keluar dengan kawan-kawan: bowling, karaoke dan makan. sejak dari zaman KMNS sampai kini, perkara itu menjadi benda wajib


12.
Manchester United! minat sejak tahun 1999, semasa Man United menjadi juara Eropah. mula-mula minat David Beckham, then minat Man United. Tetapi sebab di Indonesia Liga Itali yang lebih popular, so jarang dapat tahu berita mengenai Liga Perdana Inggeris

GLORY GLORY MAN UNITED!!!



13.
pada awalnya, tak berminat masuk matrik selepas SPM dan mahu masuk diploma kerana mendengar cerita bahawa matrik sangat struggle. namun sebab saya hanya dapat surat tawaran matrik sahaja, so terpaksa masuk KMNS


14.
JPP? itu juga terpaksa. niat sebenar nak masuk PRD, namun dah terlambat. then kawan saya yang juga kini ahli JPP Boyz, Fendi pelawa saya masuk JPP dengan alasan boleh pergi ke Indonesia nanti untuk pertukaran pelajar. itulah sebab saya masuk dan pada masa yang sama, saya ajak kawan saya, Munir yang juga JPP Boyz untuk bertanding


15.
perkara pertama yang akan dilakukan selepas bangun pagi ialah solat Subuh, mengaji, then on laptop dan online facebook, twitter, baca blogspot, check yahoo mail, kalau ada game pagi itu check soccernet ESPN


16.
sangat anti dan kalau boleh rasa nak lempang kawankawan perempuan yang suka buat bunyi tikus. kalau ada yang tak faham, itu cara memanggil orang dengan memuncungkan mulutnya. saya tidak suka sebab itu adalah simbolik perempuan murahan dan pelacur. ya, diulangi,
PEREMPUAN MURAHAN DAN PELACUR!!!
lagi sekali kau buat bunyi tikus itu kepada aku, aku lempang kau!!!



17.
pernah aktif dalam pelbagai sukan seperti tenis, badminton, futsal, bola sepak, bola tampar, bola baling dan catur semasa sekolah dan matrik. namun kini sudah berkurang sebab kecederaan kaki


18.
meminati anime Nodame Cantabile sebab ada orkestra dan piano di sana. sebab itulah saya menggunakan nama ariffcantabile sebagai link facebook dan blogspot ini


19.
tempat di Malaysia yang sangat nak pergi ialah Langkawi atau pulau Tioman. sebab tak pernah pergi ke sana lagi. kalau di oversea, selain naik haji ke Mekah dan Madinah, Paris dan Milan adalah destinasi wajib. oh ya, tak lupa pula, MANCHESTER!


20.
suka berkawan dengan semua orang. tetapi perkara yang tak berapa suka ialah kurang sporting dalam bergurau. itu memang boleh menjejaskan persahabatan, kecuali dengan adanya kemaafan


21.
rasa agak bengang kalau berkawan rapat dengan perempuan, sekali perempuan itu ada kekasih. memang agak marah sebab takut kekasih dia marah kepada saya. better beritahu atau saya tahu kalau dia ada kekasih sebelum saya yang kena planggg nanti


22.
sewaktu kecil, pernah bercita-cita menjadi arkitek sebab meminati seni reka bentuk rumah. selain itu, minat menjadi penyiasat dan menjadi penceramah


23.
sangat rapat dengan adik sendiri. kalau balik rumah, memang happening la saya dengan adik saya. biasalah, beza setahun je, lagipun kami hanya berdua


24.
perkara yang selalu ada niat nak buat setiap hari namun tak pernah berjaya dilaksanakan ialah tidur di awal waktu. kalau tak tengok TV, keluar malam atau online facebook. kecuali kalau esok pagi sebelum subuh kena bertolak ke mana-mana tempat


25.
yang pastinya, seorang yang selalu atau dengan tidak sengaja menjahanamkan peralatan elektrik atau elektronik sejak kecil. dengan rekod 13 jam tangan sejak umur 5 tahun, 8 fon sejak umur 15 tahun. terbaru, butang escape di laptop dah nak tercabut hanya selepas 2 minggu baru dibeli!


Ha, itu sahaja yang saya ingat dan dapat beritahu mengenai sisi lain diri saya. So kepada yang dah pernah berjumpa dan menjadi kawan saya, kalian akhirnya baru tahu lagi siapa saya. Hahaha, terutamanya ex-SMKBTS kelas 4 dan 5 Bestari/Pintar, JPP KMNS dan JKAS. Hurm, sepatutnya kena tag 25 orang kawan, namun sebab kekangan masa, so saya bernarkan sesiapa mengetag diri mereka sandiri. Itupun tanpa paksaan.

Okay la, bulan Mac ini umur dah makin bertambah, assignment pun main banyak, exam makin dekat, so kurangkan online. Wassalam

p/s: sengaja buat tajuk melencong sedikit, hahaha. nanti baru ada uumph nak baca

Labels: , , ,

Saya Suka Menyibuk!

1:52 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum, sorry kepada pembaca setia blog saya (kalau la ada, hehehe) sebab dah lama saya tak mengupdate blog saya ini. Al-maklumlah, saya agak busy juga selepas habisnya program TG2KM yang saya cerita sebelum ini di Argh, Tensionnya!!!. Memang best la sambutannya, ada banyak program yang best yang kami selenggarakan, seperti...


Forum Inspirasi Bersamamu Gaza


Bicara Ad-Din: Penghijrahan Cinta


Yang bestnya kalau anda perasan, kami jemput imam muda Asyraf dengan ustaz Hasrizan yang menulis buku 'Aku Terima Nikahnya' untuk program Bicara Ad-Din. Dan majlis penutupan kami juga diserikan dengan pesta bunga api-kali pertama dalam tempoh 10 tahun ada bunga api.



Memang best sangat-sangat dapat join TG2KM, walau baru kali pertama join event besar macam ini. Plus family TG2KM yang sporting gila habis! Tahun depan kalau ada rezeki, saya nak join juga la, tetapi sebagai ketua eksekutif sahaja.

Saya ingatkan lepas program ini, saya boleh rest cukup-cukup, sekali kena pergi Segamat, Johor untuk bercuti. Eh, bercuti ke? Sebenarnya kami ikut serta program Transformasi Generasi Muda di Felcra Tebing Tinggi selama 3 hari 2 malam. Yang ini pun best-dengan bilik ada tv, 2 aircond, 8 katil. Then program-program dia semua best, saya boleh bagi rating star 4 atau 5 daripada 5, kecuali program khidmat masyarakat. Kenapa best? Sebab...

Dijemput encik Kamal Affendi untuk menjayakan majlis



Then jom mandi air panas..

Ayahanda pengetua kolej Keris Mas pun datang sekali! Jom berkaraoke...



Saya pun sampai dijemput untuk bernyanyi. Biasalah, penyanyi muda yang baru nak meningkat...

Semasa cuti raya Cina minggu depan,, saya pun kena dihantar berkhidmat untuk masyarakat di Kampung Beng, Lenggong Perak. Risau la juga kalau tiada line maxis atau celcom, susah nak call atau message. 5 hari 5 malam di sana, so cuti saya hanya 2+2 hari je. Itupun 2 hari pertama degan papa mama. Naik cuti pun saya ada majlis makan malam di fakulti saya. Busy lagi!

So kepada rakan-rakan pembaca setia blogspot saya, mohon maaf kalau anda menantikan entry terbaru daripada saya, saya amat sibuk sejak akhir-akhir ini. Minggu depan pun mungkin tiada update, namun akan saya usahakan untuk anda semua. Akhir sekali, wassalam.

p/s: jangan lupa klik page blogspot saya di atas dan kalau nak menambah kawan, sila klik facebook profile saya di kiri atas, terima kasihhttp://www.emocutez.com

Labels: , ,

Upin Ipin vs Unyil

3:48 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (5)


Ini Upin dan Ipin. Siapa yang tak kenal mereka? Kalau tak kenal, baik tengok TV9 selepas tengok Spongebob Squarepants, bukan Spongemon Squaredora ya http://www.emocutez.com. Upin dan Ipin ada ramai kawan seperti Ehsan, Jagjit, Mei Mei, Fizi serta Tok Dalang dan sebagai Opah sebagai watak senior dalam cerita ini.


Ini Unyil, watak anak patung di Indonesia yang mula meniti glamour pada awal tahun 80-an. Istilahnya lagi senior la daripada Upin dan Ipin. Unyil juga ada kawan-kwan seperti Usro, Ucrit, Meilani, Kinoy, serta Pak Ogah dan Pak Raden sebagai watak senior dalam cerita ini.

Apa hikmah yang dapat kita ambil daripada mereka?
  • Upin dan Ipin dah berjaya menembusi pasaran si Unyil di Indonesia, namun Unyil tak mampu nak terobos pasaran si Upin dan Ipin di Malaysia
  • Upin dan Ipin ada ramai kawan dari pelbagai bangsa, ada Sikh, ada Cina, bahkan ada Susanti dari Indonesia. Unyil? All Javanese people
  • Upin dan Ipin diterima hangat sampai L'es Copaque akan mengadakan satu teater Upin dan Ipin di sana. Syabas! Klik link di sini sebagai bukti
  • Percaya tak, Upin dan Ipin telah dipertandingkan dalam kartun kegemaran di Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards? Sama taraf dengan Spongebob Squarepants dan Tom and Jerry serta Naruto. Namun rezeki lebih berpihak kepada Spongebob Squarepants (saya lagi!) Cayalah lu beb! Klik link di sini sebagai bukti
  • Bukan hanya pencalonan, jadi duta iklan minuman kanak-kanak pun ada! Klik link di sini sebagai bukti
  • Satu perkara yang tak masuk akal, kerajaan kita mengalami masalah dengan kemasukan budaya hiburan yang berlambak seperti lagu, filem, sinetron dari Indonesia. Pelakon dan penyanyinya semua adalah manusia yang ada akal. Kita hanya menghantar Upin dan Ipin sebagai satu watak animasi kanak-kanak, dan parlimen dah mula bising!
Sebagai hiburan, saya akan menayangkan video sebagai penutup perbincangan saya pada hari ini.




So, apalagi, mari kita gegarkan televisyen di mana sahaja anda berada pada lusa ini, hari Rabu pukul 8 malam. Walaupun garuda mampu terbang tinggi daripada harimau, namun garuda hanya satu mitos dan harimau adalah nyata


Sekedar info, kita bukan memulakan, namun kita membalas balik apa yang telah mereka lakukan, seperti tembakan laser ke penjaga gol, hinaan lagu kebangsaan. Semasa kekalahan 1-5 di peringkat kumpulan, video rakaman gol keempat yang dijaringkan Irfan Bachdim jelas menayangkan Sharbinee Alawie jelas ditembak laser. Apa kejadahnya semua ini? Ada tak akhbar kita hebahkan tentang ini? Ada tak Perdana Menteri kita masuk campur mengenai laser ini? Yang ada, presiden mereka yang berani memberi komen mengenai laser, yang sebenarnya bukan kita yang mulakan. Saya pun baru perasan pagi tadi.


Saya rasa macam pernah nampak di akhbar Harakah minggu lepas http://www.emocutez.com



Sumber klik di sini


p/s: sorry, entry hari ini seperti tengah marah. Sebab saya berselisih faham dengan keluarga di sana tentang AFF Suzuki Cup 2010 ini

Labels: ,