Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Lidahku Berbelit-Belit!

6:16 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Minggu ini adalah minggu yang amat free bagi saya, sebab hanya ada 2 kelas yang saya hadir. Itupun hanya perbincangan dan temuduga yang totally tak sampai 1 jam. Sebenarnya ada lagi satu kelas, iaitu tutor Algebra namun saya ponteng sebab masih di rumah pada Isnin tengah hari, hehehe. Jangan cuba berani meniru ya.

Semalam result SPM dah keluar, saya yang merupakan alumni South Lake City High School berbangga dengan pencapaian junior-junior saya. Bezanya, saya tak tahu berapa result mereka dan saya pun tak nak tanya mereka. Cukuplah saya memantau jarak jauh sahaja. Masa-masa inilah para junior akan mencari senior-senior mereka yang berjaya atau telah memasuki universiti masing-masing. Termasuklah saya. Ada yang tanya mereka patut masuk universiti apa. Kalau ditanya kepada saya, saya akan jawab 'masuklah UKM sebab ada abang, hahaha'. Atau tak 'UKM bagus sebab top 3 di Malaysia dan dekat dengan rumah'. Mengada! Atau tak ada yang tanya 'patut masuk matrik, PASUM atau diploma?'. Lagi la jawapan saya 'masuklah matrik sebab matrik best, setahun je' atau 'matrik walaupun jarang dapat outing tapi best sangat la'. Tu jawapan ikhlas seorang abang yang baik hati, hahahahttp://www.emocutez.com

Inilah sekolah kebanggaanku, sekolah yang pernah melahirkan Preseiden Pembimbing Rakan Sebaya terhebat pada tahun 2008!

Tidak kisah mana-mana mereka ambil, sama ada fly ke oversea sambung medic atau engineering, masuk PASUM matrik diploma atau form six, janji anda semua yakin dan pasti dengan pilihan anda. Seperti saya dahulu apabila dapat tawaran ke matrik sahaja, walaupun niat di hati nak sambung ke diploma ke UiTM, namun terpaksa la juga masuk matrik daripada menganggur tak sambung belajar ataupun sambung ke kolej-kolej yang bayarannya setanggi syurga, eh silap setinggi syurga. Sebelum masuk ke matrik, hati kena ikhlaskan sebab di mana pun study mesti ada yang susah. Kalau tak susah bagaimana hendak berjaya. Inilah cabaran! Hidup tidak ada yang semakin senang, kalau makin senang baik duduk di hutan bersendirian. Namun di hutan juga perlu mencari makanan. So di zaman milenium ini tiada kata 'malas' di dalam kamus hidup kita.

Semenjak saya kembali dari Pekanbaru, kini lidah saya sudah sebati dengan lidah di sana. Tiba-tiba rasa 'eh saya kini berada di mana ya?' setiap hendak bercakap. Seperti tadi saya hendak cakap masalah wifi, saya cakap wifi bukan wai-fai, tetapi wai-fi. Rasa nak tergelak pun ada. Nak pelik pun lagi la. Belum lagi masa Selasa malam sewaktu pembentangan Etnik, saya cakap berapi-api untuk kesimpulan. Memang maca Hitler la kata kawan saya. Lepas habis saya cakap, kawan saya cakap 'kau ni, tahu la baru balik dari sana tapi cakap tak payah la cakap Indon'. Sengal la, terlepas lagi cakap. Nasib la saya bukannya duduk di Papua, cakap Melayu macam cakap dengan orang Aborigin di Australia! Ni baru balik Riau yang dahulunya satu kerajaan Melayu di Indonesia. Nasib badan la!

Yang bestnya, sejak balik ni rasa nak jumpa pelajar-pelajar dari Indonesia then cakap bahasa Indonesia dengan mereka. Kalau tak dapat, kena dengar radio online dari sana. Atau tak, kena tengok cerita dari sana. Ah, rindu pula nak balik ke sana lagi. Tapi kalian jangan fikir saya nak tukar kewarganegaraan pula! I am proud to be Malaysian!

Okay la, saya kena siapkan banyak kerja ni. Semenjak jadi timbalan Menteri di Kabinet Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia, makin busy la saya ni dalam tahun 2 di UKM. Tak apa, tanggungjawab kena dipikul. Itu kan amanah. Hehehe. Okay wassalamualaikum.

p/s: lepas ni kalau lidah masih berbelit-belit, rasa nak kahwin dengan orang sana jelah. senang sikit nak cakap nanti, haha. lagipun baru je borak-borak dengan Faa tentang bercinta lepas kahwin. so sweethttp://www.emocutez.com

Labels: , ,