Assalamualaikum, selamat hari Khamis. Hari ini memang meletihkan, dahlah air di rumah tak ada sampai tengah hari, so maknanya saya mandi lambat la. Petang pula, ada game badminton dengan Fahmi, Anas dan Fareez. Plan asal, ada Amirul, Shafiq, Afiq dan Nizam, tapi entah kenapa, mereka tak dapat datang. Ada sebab mereka tak datang, fikir positif. Balik pukul 6 petang, tapi sebab hujan lebat, so kami balik pukul 8 malam la. Padahal rumah saya betul-betul di depan kompleks sukan DBKL tu, tapi saje je nak balik lambat, hehe.
Tapi perkara yang paling penting hari ini-saya telah melupakan segala memori saya dengan Aqilah (kalau pembaca lupa, ada di entri 'Speechless'). Sebelumnya, saya telah meminta pandangan kawan baik dia semalam, saya luahkan apa yang sebenarnya terjadi. Dan nasihat dia, call je terus, walaupun saya agak takut sebab terbayang penerimaan dingin Aqilah terhadap saya, tetapi kalau saya call dia just untuk explain apa sebenarnya yang terjadi, so apa salahnya, walaupun maki hamun yang saya terima.
Saya dah call Aqilah petang tadi 2 kali, sekali dia abaikan (mungkin dia tidur atau kenapa entah, fikir positif), tapi yang kedua, saya yakin dan pasti, dia offkan panggilan itu. Terus saya text dia,
dan Aqilah balas,
Selepas itu, saya berjanji yang saya akan melupakan dia, membuang dia daripada memori saya. Seperti saya kata, saya rela dimaki hamun kalau dia masih bengang dengan saya, tapi saya sebenarnya nak tahu, apa yang dia bengangkan kepada saya sampai dia remove facebook daripada kawan-kawan dia? Okay saya nak tanya pandangan pembaca, kalau sekiranya kawan anda remove anda tanpa sebab, dan anda minta penjelasan tapi dia buat don't know dengan anda, rasa nak bagi penyepak free-free tak?
Okay, mungkin ada yang nak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya sebenarnya (mungkin) bersalah dengan Aqilah sebab saya telah memarahi dia, mengatakan (walau secara tersirat) bahawa dia adalah orang ketiga yang mengacau antara saya dengan seseorang, dan dia berkecil hati. Saya tahu pada masa itu saya amat amat bersalah dengan Aqilah, sebab saya seperti mempermainkan perasaan dia. Yelah, dia baru putus dengan kekasih dia, dan saya pun rapat dengan dia, so saya sebagai tempat bercerita dia. Perkara yang saya risaukan, Aqilah mula menyukai saya, tetapi perkara yang saya egokan, saya terlanjur sukakan Aqilah!
Pada masa saya beritahu kawan-kawan rapat saya yang saya terlanjur cinta (macam lagu Rossa dengan Pasha je, hehe :p) dengan Aqilah, ada yang sokong, tetapi ramai yang (macam) tentang. Sebab pada masa yang sama, saya telah menyukai seorang gadis yang saya pun tak pernah jumpa lagi. So sekarang, saya di persimpangan dilema (lagu Nora pulak), memilih siapa sekarang. Majoriti berkata, abaikan Aqilah, dan itulah sebab kenapa saya bertindak memarahi dia, walau sebenarnya saya tak nak untuk melepaskan Aqilah.
Sebab lain, saya tak pasti yang Aqilah juga menyukai saya, kerana pada masa yang sama dia menceritakan kepada saya yang dia setia dengan bekas kekasih dia, seperti lirik lagu Menjaga Hati ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
dia seperti nak menanti ex dia kembali, so saya pun selalu berkata kepadanya, saya mendoakan dia dapat yang terbaik. Tak salah kan mendoakan yang terbaik untuk kawan kita?
Kembali kepada kejadian hari ini, selepas saya call dia, dia off panggilan, maka saya hantar mesej dan dia balas. Malamnya, pukul 8.33 malam, dia call saya dan terus saya offkan. Hukum karma, bersikap adil! Dia mesej saya,
dan saya tak balas. Yelah, dah saya mesej dia, dia tak balas, di facebook dia balas dengan nada bengang, saya call tapi dia offkan. Takkan saya merayu mengemis di kaki dia untuk dia berikan penjelasan, untuk dia maafkan saya? Hello, I am man, and I have dignity la!!! Kau ingat aku ni lelaki murahan ke? Kau ingat aku nak sangat sangat dengan kau ke? Kau ingat kau lawa sangat sampai kau boleh mempermainkan lelaki masa sekolah dulu ke? NERAKA APA (sila translate ke bahasa Inggeris)!!! Ruzi la kau ni, Fauzi (entri 'Kisah Fasi PDT KMNS')!!!
Mood saya hari ini memang panas, tetapi saya bersikap cool kepada yang lain, kepada kawan-kawan saya dan kepada kawan-kawan dia, sebab kes saya ini dengan Aqilah, bukan dengan kawan-kawan dia. So, saya ada pernyataan best
kalau saya mesej dan dia tak balas, maka saya tak balas mesej dia masa dia hantar
kalau dia remove facebook saya, maka saya remove facebook dia
Bagaimana nak remove kalau dia dah remove?
Senang je, saya block facebook dia, lagi sekali, SAYA BLOCK FACEBOOK DIA!! Bukan hanya facebook, semua kenangan terindah antara saya dan Aqilah, saya remove. Hanya menambah kesakitan hati je.
Sebelum saya akhiri segala lepas geram ini dengan salam, saya telah menggubah lirik lagu Menjaga Hati nyanyian Yovie and Nuno
yang telah membekas di relung hatiku
mentari yang terik seolah petanda
ku telah lupakan dirimu dan semuanya
biarkan aku membuang perasaan ini
membuang segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku akan pergi
kau menjauh aku makin jauh
sememangnya diriku telah melupakanmu
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku pasti bisa menghapus dirimu
kerana kulihat kau telah melupakanku
andai akhirnya kau tak juga kembali
aku memang sedia melupakanmu
Rasa lega la jugak, hehe :)
Wassalam, thanks NSN because you were my friend, and best of luck for you at university.
p/s: tepat pukul 10.48 malam, 1 Julai 2010, dengan rasminya saya, Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus, telah memblock akaun facebook NSN Labels: you ingat you tu sapa hah?
3 komen:
eh... jadi ker? ingatkan xjadi.. adoyai...
lawak la entri niyh..haha
sengal nyer kau arep
lawak ke?
sampai sekarang aku tak mesej dan call dia
facebook dia pun aku tak approve walau dia dah add aku balik
Post a Comment