Assalamualaikum, selamat hari-hari. Dah lama saya tak update blog ni, alasan? Sebab saya busy dengan fasi di KMNS, maklumlah, PDT baru masuk kan. Tapi saya datang lambat, ahad petang baru sampai, dan saya baru tahu yang saya sebagai ketua biro keselamatan, jaga trafik esok pagi semasa pendaftaran! AJK belum ada lagi, dan saya kena minta 5 orang untuk jaga di hotspot esok hari. Call encik RUZI (AJK Keselamatan untuk pensyarah), dia kata jumpa dia esok pukul 8 pagi di guard. Esoknya lepas jumpa, dia explain, terus kami bertugas. Saya berjaga di persimpangan ke C5. Pukul 8, pukul 9, pukul 10, kereta masuk satu persatu, tetapi sikit je yang keluar.
Kemuncaknya pada pukul 11, bahu jalan sebelah kiri dan kanan dah penuh, jalan dah menjadi sehala, disebabkan penuh parking. Call lagi encik RUZI, dan dengan bangga dia cakap ‘parking di C2’. Erk? Jauhnya tu, kereta kena naik ke atas then ibu bapa kena turun bawa beg2 besar ke C5. Gila ah! Belum lagi kerenah ibu bapa yang minta tukar bilik la, parking penuh la, BERAK TAK BASUH LA, banyak la…. Tapi tak apa, kami semua termasuk MT terpaksa turun padang, settlekan masalah ni, walau ada yang di antara mereka yang terpaksa berjemur dengan baju kemeja dan baju kurung.
Tugasan biro keselamatan tamat pada pukul 2 petang hari Isnin itu juga, yela, jaga trafik. Lepas itu, saya tiada tugas secara rasmi, hanya bangun lambat tidur lambat borak2 je kerja dengan fasi lain. Makan tak tentu masa sebab tak tahu nak buat apa (eh, ada ke macam tu?). Lepas tu, boleh pulak saya lepak2 di bilik time kerja petang dan maghrib. Istilah lain-ponteng solat di dewan serba guna la, hehe.
Tapi yang bestnya, satu kejadian yang sangat menggamit memori, semasa solat maghrib di dewan. AJK Kerohanian bertindak untuk membentang tikar untuk solat dan masa menunjukkan pukul 7.15. Dengan tidak semena-mena, encik FAUZI (HEP baru) yang melatih pelajar KAKOM badminton marah mereka yang hanya memainkan alunan zikir dan ayat suci Al-Quran. Bukan sekali, tapi sampai hari Jumaat. Nasib baik cerita tu ada versi berlainan tiap hari. Ada masa dia melarikan diri ke tandas time azan dan balik masa sedang solat, ada masa dia lari masa ketua kluster B yang berjiwa kerohanian (ada ke wujud ayat tu?) datang. Tapi memang lawak la.
Itu sahaja yang menarik semasa menjadi fasi PDT ini. Kesimpulannya, saya akhiri dengan ucapan daripada timbalan ketua fasi 1, Khairani Mohd:
ada beberapa perkataan yang dapat menggantikan perkataan kotor, seperti RUZI, FAUZI, KAD MATRIK, MIKROFON, dan sebagainya
So? Jangan pernah mencarut. Itulah maksud beliau, hahaha :D
p/s: dari situlah, nama saya di facebook bertukar dalam dua hari, daripada ENGKU MUHAMMAD 'ARIFF PUTRA kepada WAN RUZI MOHD FAUZI, sebelum bertukar kepada ENGKU MUHAMMAD ARIFF PUTRA
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
3 komen:
wah. barulah akak faham kenapa kuar perkataan lad matrix lah bagai kan.
tapi suka cara ariff bercerita. keep it up.
dan dan dan. haaa! kantoi ponteng kerja!!! =P
x ponteng la kak, ni pun copy paste drpd report ariff time tu
eleh. coverlina. -P
Post a Comment