Assalamualaikum, nak kongsi cerita ni. Pagi tadi, saya bangun pagi, online facebook dari fon saya, ternampak satu status daripada Iylia,
Masih jauh lagi perjalananku, hihihi :)
eh, dia nak ke mana ni? Jauh sangat ke perjalanan? Baru saya tersedar, dia kan dapat UMK di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tu sebab dia kata jauh perjalanan. Ingat dia dah nak mati cakap macam tu, hehe :D.
Terus saya tersedar, esok dan lusa, semua akan mendaftar di universiti masing-masing, kecuali UiTM yang dah mendaftar seminggu lebih awal. Rasa rindu dengan mereka, pelajar KMNS, pelajar F1T2, pelajar JPP, pelajar fasi junior PST dan PDT, bagaimana mereka? Lepas ni, entah dapat jumpa lagi ke tak, kalau dapat sama UKM dengan saya, memang masih boleh jumpa. Tapi kalau yang jauh-jauh, macam Iylia ni yang kena pergi ke PC, atau kawan fasi PDT saya, Alia yang kena naik belon ke Bintulu, lagi la susah nak jumpa. Nak tunggu setahun lagi masa cuti baru nak jumpa ke? Lamanya tu :o
Belum lagi kawan JPP saya yang lain. Nuar dah bersemadi dengan tenang di UiTM, begitu juga dengan Fida. Tapi yang lain, baru nak mendaftar esok dan lusa. Dan saya merindukan masa-masa dengan mereka, masa-masa senang dan susah. Saya ingat lagi, semasa perhimpunan sempena Bulan Kemerdekaan, semua di antara kami melakukan kesilapan yang teruk (walaupun sebenarnya segelintir di antara kami pada masa perhimpunan, tetapi sebenarnya kesilapan utama ialah kurangnya kerjasama). Saya terutamanya, sebab saya YDP dan saya dipertanggungjawabkan ke atas semua kesilapan, termasuk kesilapan yang paling famous masa batch kami, 'Rukun Negara'. Saya memang dihentam masa mesyuarat, dan memang sangat-sangat down la. Alhamdulillah kawan-kawan JPP saya menyokong saya dari belakang. Saya rasa sangat terharu dengan mereka. Sayang kalian semua :)
ni gambar mula-mula kami
Apalagi dengan JPP Boyz, yang tiap minggu selalu outing ke Seremban, sampai 2 bulan terakhir dah tak ada lagi duit dalam akaun. Mula dai lagu Bila Rindu, sampai lagu Islam Ad-Din, dari 2012 sampai Puaka Niyang Rapik, memang best la dengan kalian. Makan KFC la, Pizza Hut, McD, Terminal One sampai kita dah jadi pelarian lepas tengok 2012 tu. Whoa, nak cerita apa lagi, selain kisah geng-geng kita yang kakikutukperlisakat.com ni?
gambar gila-gila kami di Seremban. kalau di KMNS kena serius
salah satu best pictures among us, 'dasar pandang ke langit'
gambar ni, saya ingat lagi yang Fendi order banyak, lastly dia kekenyangan dan minta tolong kami semua habiskan spaghetti dia :p
nampak tak muka-muka mereka yang kebulur nak makan ni? hehe :p
Sebelum saya tutup cerita luahan hati ini, saya kembali tengok video pertama kami, JPP Boyz yang menyanyikan lagu Bila Rindu. Memang best, tiap tengok dan ingat video tu mesti ada kakikutukperlisakat.com yang perli video ni. Suara Fendi, sambutan hangat saya, Munir dengan Nuar, Iylia tanpa mic. Semua la, best sangat-sangat.
Fendi: Di keheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Chorus (All):
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Nuar: Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
*ulang Chorus
Munir: Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
'Ariff: Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
AJ: Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi
*ulang Chorus
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Chorus (All):
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Nuar: Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
*ulang Chorus
Munir: Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
'Ariff: Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
AJ: Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi
*ulang Chorus
Sekian sahaja yang dapat saya tulis, insyaAllah esok hari terakhir saya online guna lappy. Wassalam. Labels: bila rindu terkenangmu sayang
3 komen:
xbwk lappy ke ukm?
ada wifi kot. =P
dan dan dan... urm... xdpt dgr sgt suara u boys. sebab yg rakam ni pun smgt nyanyi. tp. nice. =P
rindu sgt2 :((
sedih pulak bila bace pasal ni.......
ni entry yang paling best apa :D
Post a Comment