Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Solat Kilat

4:05 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Suatu pagi di Jakarta...

Alarm berbunyi pukul 4.45 pagi, bangun tidur, mandi, kemudian solat sunat Tahajud di rumah sementara menunggu azan Subuh. Tepat pukul 5.20 pagi, azan Subuh berkumandang di surau depan rumah dan masjid belakang rumah. Alhamdulillah azan dapat didengari di sekitar rumah di Jakarta.

Berjalan kaki menuju masjid, solat sunat Qobliyyah Subuh. Iqamat. Menandakan solat Subuh berjemaah. Dan saya pun mulakan niat, takbir, doa iftitah. Segalanya normal, sehingga ruku'...

Allahu Akbar....Subhana robbiyal 'azhimi wa bihamdih, Subhana .....

Sami Allahu liman hamidah. Imam bangun dari ruku'. Hati ini masih boleh bersabar.

Allahu Akbar....Subhana robbiyal a'la wa bihamdih, Subhana .....

Allahu Akbar. Imam bangun dari sujud. Hati ini mula mengumpat. Kena percepat bacaan solat. Tapi kalau dipercepat, hilanglah penghayatan bacaan solat itu sendiri.

Rakaat kedua. Imam baca Al-Fatihah dan surah lazim. Makmum mengaminkan. Imam ruku'. Dan scene di rakaat pertama kembali terjadi - imam ruku' tidak sampai 2 saat, dan makmum terpaksa mengikuti.

Soalan di minda ini, adakah solat secepat kilat ini diterima Allah? Ataukah ada bacaan solat yang lebih ekspress yang boleh diamalkan dalam solat?

No. No. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Jakarta. Perkara ini berlaku di mana sahaja, di sekitar kita. Solat kilat. Ya begitulah istilah saya.


Dalam hal ini terdapat satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melihat seorang lelaki tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedangkan dia sedang bersolat. Maka berkatalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:


Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.

Kemudian Nabi SAW berkata:


Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan (tiada memberi faedah apa-apa baginya).”

[Hadis riwayat Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]

Nah? Eh? Puas tak makan sesuap dua suap nasi je? Lepas dahaga tak minum seteguk je? Macam tu la solat kita kalau kita nak laju-laju. Nak kejar apa sebenarnya kalau buat solat laju ni? Takut drama kegemaran dah mula? Taknak terlepas game bola? Nak sambung online game dengan member? Mana lebih penting, seruan pelakon drama, tiupan wisel referee atau panggilan Sang Maha Pencipta? Kalau mati dalam keadaan seperti itu, Rasulullah sendiri berkata bahawa matinya bukan dalam agama Nabi Muhammad SAW. Apa dia agama baginda, kalau bukan Islam?


Hurm cukup sampai di sini sahaja, lain waktu saya sambung borak kita. Hari Jumaat ni, perbanyak selawat dalm salam kepada baginda Rasulullah SAW. Baca surah AL-Kahfi pun lagi baik. InsyaAllah Amin.

Cleaning Service

9:11 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Okay are you ready?

Checklist sekejap....


Alatan? Ada!


Ahli Jawatankuasa? Ada!

Okay mari kita bersihkan sesawang di blog ini!

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Semoga takkan terjadi sebarang ketensionan selama update blog ini untuk selanjutnya.

Argh tensionnya!!!

Selamat datang semula ke blog ini

Accident in Love

6:56 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum. It's been a long time since I hid this desire to update my blog. Okay next week is the last paper for SPM 2011 candidates. Urmm I mean, for English for Science and Technology paper, because it was my last paper for 3 years ago. And I have a memory about it; about my last paper. Not only that we all ended our examination, about our last moment at the school or something else. But that day, I was being accident in love - for the first time. This time I write off in Malay, because I have no mood to think and compose in English.




Dia orang pertama yang saya minat sewaktu masuk ke sekolah tahun 2005. Kami berlainan kelas, dia seorang pengawas dan saya hanyalah pelajar baru. Waktu tingkatan 3, kami sekelas dan rumor mengenai kami berdua semakin marak walaupun kami hanyalah kawan biasa. Pada tahun 2008, saya cuba untuk mendekati dia, dan dia menjawab

Boleh tak saya jawab lepas SPM nanti?

dan dia tak menjawab lagi, sampai sekarang.
NA. Being dumped by someone.


Lepas SPM, saya meminati seseorang namun tiada niat untuk menjadikan dia sebagai kekasih saya, sebab masih terkenangkan pengawas tersebut.
FN. Dumped myself.


Sewaktu di KMNS, saya suka terhadap roommatenya kawan sekuliah saya, walaupun kedengarannya agak bangang apabila melamar dia melalui sms namun hubungan kami berdua hanya bertahan 14 minggu sahaja. Alasan? Orang ketiga.
SA. Silly.


Tetapi saya minat kepada orang ketiga tersebut, kerana dialah orang pertama yang saya minat sebelum masuk KMNS. Bukan pengawas itu. Untuk beberapa alasan, kami tidak dapat bersama. Sama ada sebab cinta jarak jauh, atau orang ketiga yang berpunca daripada saya atau dia.
FA. What goes around comes around.



Selepas ulang tahun saya ke-19, saya mula mendekati seseorang, walaupun dia belajar di Perlis dan saya di Negeri Sembilan, dan kami tidak pernah bersua. Okay, saya skip mengenai perempuan ini untuk memberi laluan kepada perempuan lain.

Saya mula didekati kawan matrik saya, sebulan sebelum habis pengajian di KMNS. Kami berdua selalu study group sama walaupun dia sains hayat dan saya sains fizikal, makan petang bersama. Namun? Ianya berakhir dengan tiga pergaduhan besar sampai block facebook dan tukar panggilan daripada 'saya-awak' kepada 'kau-aku'.
NN. Egoistic.

Selepas saya menjadi fasilitator di KMNS, saya mula digosipkan dengan kawan fasi saya, yang juga kawan sekuliah saya di KMNS. Saya malas nak memberi respons apa-apa, namun terpaksa melayan kerenah dia. Padahnya kepada diri saya apabila saya berada di hujung tanduk - disuruh memilih dia atau aktiviti UKM saya. Akhirnya, saya memilih aktiviti UKM saya, sebab saya tak berminat sama sekali dengan perangai 'queen control' dia.
NS. Greedy.



Kembali kepada sebelumnya, saya mula mendekati seseorang yang belajar di Perlis ini. Ketika saya mendapat tawaran masuk UKM dan dia minta KLIUC, di sanalah bermula cinta kami berdua. 5 bulan kami bersama sebelum kami berpisah. Atas sebab tersendiri.
RR. First and last.

Selepas berpisah dengan dia, saya mencuba untuk menjauh daripada perempuan lain, namun saya mula berminat dengan dua pupu saya di kampung yang 3 tahun di bawah saya. Mengenai dia, saya skip untuk perempuan terakhir ini.

Walaupun saya pada awalnya tak berminat dengan dia sebab latar belakang yang loaded berbanding saya, namun saya melihat dia seperti suka dekat saya. Setiap hari mesej saya, dia jadi wakil kolej pun dia mesej saya minta sokongan daripada saya. Akhirnya saya mula suka dekat dia, namun secara tiba-tiba dia mula menjauh daripada saya. Alasan? Sama ada dia jealous sebab saya rapat dengan kawan dia, atau dia ingat saya tak berminat dengan dia, atau dia ingat saya stalker dia. Entahlah. Nak pergi tanya dia, dia macam melarikan diri.
AZ. Dumped and being dumped.

Kembali kepada dua pupu saya. Inipun sebab orang terdekat saya yang seolah memberi 'green light' seperti dia adalah bakal tunang saya. Saya berdoa kepada Allah, sekiranya dia memang jodoh saya maka jauhkan dia sehingga dia menjadi jodoh saya. Namun dia dah ada kekasih hati - berita terbaru saya dapat. Perkara mustahil untuk menyukai dan meminati seseorang yang dah berpunya.
DN. Will wait again.

Okay, these 9 girls. Does not mean that I am playboy or something else. But it is easy to love someone and difficult to forget someone. And now, I am staring the stars even though there are no stars in the sky this night, while waiting someone without accident in love. Again


Last but not least, I still have Allah. Okay back to December, one month before final examination. It's time to revision and study.

Wassalamualaikum.


p/s: sound stupid ya? I am not player, but this is my real life. so pity, even I write this entry while listening this song



Labels: , , , ,