Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Akukah Munafik???

10:48 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Datin: Aktif di U tapi jangan lupa pelajaran, awak tu anak sulong, harapan keluarga
Saya: InsyaAllah cikgu, saya akan usahakan yang terbaik
Datin: Lagi satu, kalau ada girlfriend tu, bagitau la cikgu, jangan diam-diam
Saya: Hehehe...(sambil tersengih tak tahu nak cakap apa)
Datin: Cikgu tahu, kamu ni ramai peminat
Saya: Eh? Tak adalah cikgu


Assalamualaikum, selamat petang. Tidak menjadi kebiasaannya, saya mulakan blog saya dengan dialog atau sejenisnya. Tapi itu adalah petikan daripada dialog saya dengan bekas kaunselor saya di SMK Bandar Tasik Selatan. Saya baru sahaja datang kembali ke sekolah lama saya, jumpa beliau, borak-borak. Sebelum balik, beliau sempat memberi nasihat kepada saya, termasuklah petikan dialog di atas.

Lawak? Hahaha, mari gelak berseorangan. Tidak, itu tak lawak sama sekali. Mungkin benar yang cikgu saya cakap itu, saya ada ramai peminat, tak tahulah kenapa boleh ramai, sejak form 2 lagi kot. Tapi kalau nak cakap jujur, sebanyak manapun peminat saya, saya hanya pernah bercinta dengan seorang wanita sahaja, pada masa di KMNS semester 1. Tapi hanya berkekalan selama 14 minggu.

Pembaca ingat, dengan dua entri saya sebelum ini, Speechless dan Telah Kuleraikan Simpulan Ini? Pembaca mungkin dapat mengagak, saya akan dan telah melupakan Aqilah. Ya, memang pun, tetapi percaturan saya silap mengundang padah. Malam sebelum saya bertolak ke UK, saya mesej Aqilah, meminta maaf atas segalanya, dan saya menerangkan kepadanya kenapa saya melakukan sedemikian. Saya beritahu dia, yang saya pernah terlanjur suka kepadanya, dan satu ayat yang saya tak jangkakan akan dia katakan,

kau tahu tak, aku pun terlanjur suka dengan kau, tetapi aku batalkan sebab aku ingat kau marahkan aku?

Zupp!!! Saya tak sangka dia akan cakap sedemikian, tapi saya kawal emosi ini. Saya teruskan mesej dengan dia, dan tiba-tiba dia buat satu plan, kami berkasih secara olok-olok!!! Neraka apa!!! Dia ingat saya ni jenis buaya lintah darat ke? Tapi saya terpaksa terima, sebab dia dah tunjuk belang dengan merajuk. Okay, senang cakap, saya pening dan dilema untuk menerima keadaan seperti ini. Apa yang terbayang bagi saya, bagaimana kalau seorang wanita yang benar-benar saya suka, Erliza akan marah dan mula menjauh daripada saya?

Ya!!! Memang pun, puncaknya semalam, apabila relationship status ini bertukar kepada in an open relationship. Bukan saya yang nak, tetapi kalau tidak dilayan, Aqilah akan merajuk. Saya terpaksa terima dengan berharap Erliza akan memahaminya apabila ditanya. Tetapi, Erliza marah, menjauh daripada saya, walaupun saya mesej dia sebanyak dua kali malam tadi namun dia tak balas. Out of credit? Impossible, sebab dia postpaid. I know that she was angry with me, yes, I know.

Saya ingat lagi, rabu malam sebelum dia nak tidur, dia mesej saya yang berbunyi bahawa dia tak akan dapat lupakan saya sebab saya orang terbaik yang pernah dia kenal. Pagi semalam, dia beritahu saya yang kami telah berkawan selama 181 hari. Dia kata macam sekejap, tetapi saya bergurau yang kurang cukup 200 hari. Sekarang, saya rasa perkenalan 181 hari yang terbina telah musnah atas sebab keegoan saya ini.

Malam tadi saya tak dapat melelapkan mata, mungkin sebab blok saya blackout, tetapi saya dapat merasakan hati dan perasaan Erliza yang begitu sedih dan terhiris hiba apabila dia mengetahui saya ada hubungan dengan Aqilah. Sebelum tidur, saya mesej Erliza

nite...i am sorry because i've made you angry, sad, feel unease with me. but one thing you must know, you are my best friend i've ever had. give me space to explain everything from A to Z. thanks, xie xia, wan an

dan dia tak balas. Saya tahu dia tak tidur lagi, dia memang marahkan saya, marah sangat sangat seperti gunung berapi yang meletus.

Ada yang berkata, bukankah lebih baik suka dengan orang yang kita pernah jumpa daripada yang tak pernah kita jumpa. Ya, memang benar, TETAPI bukankah lebih baik kalau kita lihat daripada perangai dia? Hampir setengah tahun saya berkenalan rapat dengan Erliza, saya berasa amat selesa, tidak ada pressure. Tetapi seminggu dengan Aqilah, saya rasa mahu mati ditembak oleh PALAPES sahaja, bak saya katakan kepada Iylia. Saya berasa amat bodoh, amat bangang sebab melukakan hati Erliza yang saya fikirkan setegar batu karang di tepian pantai. Lagi sekali, saya bodoh, saya bangang!!!

Sebelum saya menamatkan sesi luahan hati yang dilema ini, saya hendak berkata kepada Erliza. Saya yakin dia akan membaca blog ini

awak, saya minta maaf, saya bukanlah seperti yang awak sangkakan sekarang. mungkin dahulu awak ingat saya sukakan awak dan sekarang tak, tetapi percayalah, saya masih menyukai awak. kalau boleh, saya nak datang berjumpa dengan awak face to face apa yang sebenarnya berlaku. mungkin itu adalah perjumpaan kita, perkenalan kita yang terakhir. lepas itu, awak boleh lupakan saya, cop saya sebagai lebih ganas daripada George W. Bush atau sebagainya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

p/s: segala nama yang terlibat adalah dirahsiakan dan ditukar kepada nama orang lain, begitu juga dengan mesej yang dinyatakan, adalah ditukar tetapi masih mengekalkan isi mesej tersebut

Labels: ,

1 komen:

Comment by Noru Amran on July 13, 2010 at 9:52 AM

urm urm. if you love something set it free. if it comes back its yours. if it doesnt you're not meant to be.

perjalanan kamoo masih jauh adikku. =)

dan seorang lelaki haruslah pandai kawal emosi dia. bertahan!

akak pun xfaham apa akak cakap. xde kaitan kot. hehe. =P

Post a Comment