Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

7 Things

10:23 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, akhirnya saya sudah bergelar mahasiswa UKM, haha. banyak juga yang kami lalui sebelum menjadi mahasiswa, dengan Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang agak membosankan sebab pengalaman saya sebagai fasi yang dibuli fasi juga, dengan jadual yang agak pelik, dengan aktiviti menarik, dengan kawan-kawan baru dari serata tempat. Banyak la, sebab itu saya nak senaraikan 7 perkara yang best dengan worst selama MMP ini

7 THINGS I HATE ABOUT YOU:

1. Kena tidur 2-4 jam setiap hari

tak tahu la, sebab apa kami kena bangun pukul 5.30 tapi kami tidak dikejutkan. nasib baik je saya bangun awal, tapi di dalam DECTAR pulak sempat curi-curi tidur. malam pula, kena ceramah dan amaran oleh abang fasi sampai pukul 2 pagi, then tidur dan bangun awal.

2. Fon rosak

hari rabu tengah hari, semasa saya tukar simkad, tiba-tiba skrin dia keluar warna putih. macam masuk air je, tapi tak pulak. seharian lebih saya tak dapat guna fon ni, sampai saya nak balik je tukar fon ni dengan adik punya, atau nak beli fon baru je. tapi papa saya larang saya untuk beli fon lagi, sebab dah banyak kali saya beli tukar guna fon. kesimpulannya, saya tak ada fon selama MMP

3. Suara hilang

inilah cheerwar yang paling menyeksakan, sampai suara penghulu pun hilang. so, saya kena ambil alih penghulu sebagai leader dalam cheerwaar, tapi sama juga-suara saya dah hilang. lepas ni kalau ada suara ramli sarip yang telefon anda tetapi nama saya yang keluar dalam skrin, jangan takut jangan bimbang, itu memang saya. sampai sekarang pun still pedih la nak bercakap lama-lama

4. Hukuman berat

pernahkah anda merasakan duduk di atas angin seperti duduk di atas kerusi, dengan tangan diunjurkan ke hadapan? ha, macam tu yang kami semua lakukan selama 20 minit pada pukul 1 pagi. atas sebab? kami memalukan kolej keris mas di hadapan kolej pendeta za'ba. sebab kami meniru gerakan tangan 'tongkat ali' mereka dan mengatakan mereka comel semasa mereka 'menyerang' kami. yang bestnya, leader kami pada masa itu tak ada pulak, kalau dia ada, memang dia orang pertama yang kena. lagipun, hukuman ini sebab esok kami ada sukan antara kolej, dan abang fasi tak nak kami kalah dengan kolej mana-mana. yelah, kolej saya ini jura bertahan 3 tahun berturut-turut

5. Rushing naik bas

jarak di antara DECTAR dengan kolej saya memang jauh, so kalau habis je aktiviti di DECTAR, kami kena berebut naik bas, tapi masih kena beratur. so, nasib la kalau yang naik lambat, sebab kena rushing makan di kafe sebelum naik ke dewan kolej. kalau awal pun, kena rushing juga berebut tempat duduk. kesimpulannya, rushing rushing rushing

6. Jauhnya nak ke fakulti


mungkin jela, kolej saya dengan koleh pendeta za'ba bergaduh sebab pelajar za'ba sangat dekat untuk ke fakulti kejuruteraan dan alam bina (FKAB) berbanding kolej saya. yela, kalau pelajar kolej za'ba boleh jalan kaki selama 15 minit, saya kena tunggu bas seawal pukul 7.20 dan kena naik bas secepat mungkin. dah la kelas saya esok ni pukul 8 pagi, bas pula datang sekali dalam 30 minit

7. Tak tahu apa lagi yang best di UKM

pusanika jauh dari kolej saya, nak ke stadium untuk riadah pun rasa malas pulak, nak naik bas ke satu tempat ke tempat lain pun tak tahu bagaimana, nak jumpa kawan-kawan lain fakulti dan kolej pun sangat sangat jauh, kereta pula tak boleh bawa, motor pun tak ada, tak nak tunggu bas setiap hari dalam jangka masa 30 minit kan



tapi...


7 THINGS I LIKE ABOUT YOU:

1. zzz...

2. zzz...

3. zzz...

4. zzz...

5. zzz...

6. zzz...

7. zzz...


Saya tak tahu nak cakap apa, kalau nak tahu apa yang saya suka dengan UKM ini, kena tunggu seminggu lagi untuk saya buat konklusinya. Apa-apapun, saya sayangkan Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hidup Hindraf!!!!

Labels:

2 komen:

Comment by Noru Amran on July 11, 2010 at 12:50 AM

hindraf lak. apakah?
urm urm.
half stand tu kan masa mppb pst batch 0607 udean, akmal, bulat, the girls kena buat. guys lak buat half pumping. kat padang. dahlah padang basah k

Comment by Noru Amran on July 11, 2010 at 12:56 AM

hindraf lak. apakah?
urm urm.
half stand tu kan masa mppb pst batch 0607 udean, akmal, bulat, the girls kena buat. guys lak buat half pumping. kat padang. dahlah padang basah. dan mereka berpakaian formal.

Post a Comment