Hello, Assalamualaikum kepada semua bloggers dan para pembaca sekalian. Dah lama tak update blog ni, tapi tak selama blog Fareez dan Alyn yang lama sangat tak update walau banyak masa free, hehe. Tapi tak mengapa, kebetulan hari ini, saya ditaja oleh syarikat notebook terkenal, HaPe dan juga pemiliknya yang katanya malas nak update blog, Mr. F, so saya manfaatkan notebook ni dengan sepenuh hati, hehe
Dah hampir 3 minggu saya di UKM, rasa makin syok je dengan environment di sini. Ramai kawan, ramai kenalan, ramai la yang best-best, tak terkata. Cuma, yang tak bestnya, dahla kolej saya ni jauh di timur, fakulti saya jauh di barat, kalau nak ke kelas pada pukul 8 kena bangun awal, mandi, tunggu bas paling lambat pukal 7.15. Sebab jauh juga, saya rasa macam malas nak ke stadium, nak ke pusat sukan, so duduk terperap kat bilik atau kolej jela.
Aktiviti pun makin banyak, saya kena jadi timbalan pengarah 3 untuk projek TG2KM (entahlah apa benda tu, saya pun lupa, hehe), saya kena uruskan untuk Malaysia Book of Record (MBoR), kena jumpa Perdana Menteri, best tu. Alhamdulillah ramai juga ex-KMNS yan sokong, kecuali ada segelintir yang tak sokong saya atau tak nak sokong saya kerja. Entahlah, saya pun kalau nak diikutkan hati, macam nak dibiarkan mati pun ada juga la mereka tu. Tapi sabar jela
Kelas pula, tak seperti di matrikku tercinta, purata dalam sehari ada 3 jam kelas, berbanding di matrik yang 6 jam dalam sehari. So, kalau hari selasa sudah mari, apa lagi, tidur jela di bilik 25 jam tu, sebab tak ada kelas langsung untuk 2 minggu ni. Jadual asal, kelas Computer Programming pukul 11-12, tapi sudah dipindahkan ke hari Isnin. So, tidur jela di bilik tu
Yang pastinya, saya dah kehabisan duit. Nak harapkan FaMa je, boleh bankrap la nanti. So, tunggu PTPTN atau tak, JPA jela ni. Tapi mereka pula datang bulan depan, insyaAllah. Alahai, dahla pengeluaran dekat RM150 dalam seminggu, bagaimana nak belanja orang untuk tackle dia ni, huhu. Susah, memang susah. Belum lagi buku tak beli satupun.
Apa-apapun, kita sambung lain masa ye. Wassalam.
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
0 komen:
Post a Comment