Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Argh, Tensionnya!!!

9:30 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blogspot saya ini. Minggu ini saya memang letih sangat-sangat, tidur pukul 2 pagi dan bangun awal, kalau ada kelas pagi maka lepas subuh tu tidur sepintas lalu. Kenapa saya busy? Sebab saya join program kolej saya, yang telah dirasmikan Khamis lepas, iaitu Temasya Gemilang Kolej Keris Mas UKM. Bagi yang sedar, setiap berita di TV1 pasti ada iklan yang lalu di bawah tv tu. Iklan nak promosi TG2KM la, syabas dan tahniah kepada TG2KM dan RTM. Khabarnya (bukan khabar lagi namun dah termeterai), pihak tv Al-Hijrah pun dah bersedia meliput program kesenian Islam dan bicara Ad-Din minggu depan. So, saya jemput kepada rakan-rakan saya atau yang berada di sekitar UKM, untuk datang memeriahkan program ini. Dan ini website program saya, www.tg2km.blogspot.com (psstt, saya Ketua Pengarah 2 lho...)


Ini dia logo TG2KM. Cantik tak?

Sebenarnya, kenapa saya buat tajuk post kali ini Argh, Tensionnya!!!. Sebab saya agak moody sejak 2-3 hari ini. Tak pasti kenapa, mungkin sebab saya kena hujan dan lupa (sebenarnya malas) nak minum ubat. Atau tak, saya kurang cukup rehat. Mungkin sahaja saya ada masalah dengan orang lain. Entahlah, namun yang pastinya saya ada masalah dengan pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah orang di antara saya dan Alyn.
Kalau ada sesiapa rakan-rakan facebook saya perasan apa status yang selalu saya tulis, selain promote program Selami Jiwa, mesti perasan status terkadang perangai awak menyebabkan saya naik bosan dengan awak. ingat, awak adalah kawan saya, sama seperti kawan perempuan saya yang lain, dan awak bukan Mama atau Alyn. sekian. Sebagai bukti, saya paparkan status saya di bawah.
Klik imej untuk memperbesar

Saya hanya khuatir kalau sekiranya perempuan itu menjadi semakin rapat dengan saya, sehingga mengisi hari-hari saya lebih berbanding Alyn. Saya pun tak boleh nak mengelak sangat dengannya, dan saya pun tak boleh terlalu mengelak daripadanya. Seriously, saya boleh sahaja jatuh hati dengan dia dan lupakan Alyn, but it is nonsense! Banyak sebab; Alyn adalah cinta terakhir saya, itu salah satunya. Selain itu, perempuan itu bukannya betul sangat, bagi saya perempuan yang membunyikan bunyi tikus sama seperti pelacur memanggil pelanggannya. Saya ulang, perempuan yang membunyikan bunyi tikus sama seperti pelacur memanggil pelanggannya!!! Dan dia lakukan depan-depan mata saya ketika memanggil saya. What the hell, sumpah perempuan ni tak layak la, bukan bermaksud menghina atau sebab saya ni terlalu baik sangat.
Saya sendiri pun tak pernah buat bunyi tikus itu, even kepada kawan-kawan saya yang perangai dia teruk. Okay tak nak la cakap tentang perempuan yang macam tu, even dia adalah kawan saya. Belum lagi dengan saya dan Alyn yang berselisih faham tentang mesej. Tak nak describe sangat, but I can say that hanya tentang full inbox je. So ridiculous la saya ni, sebab full inbox boleh gaduh. Ini sebab otak dah start weng weng.
Yang pastinya, ubat hati yang selalu saya baca kini dah tak pernah saya baca sejak masuk tahun baru ini - Al-Quran. Saya telah melupakan Al-Quran sebagai ubat hati dan terlalu leka dengan facebook dan kerja tak berfaedah. Mungkin ini cara Allah nak tegur saya.
Panjang la juga luahan hati saya malam hari ini, semoga Allah mengampuni kesilapan-kesilapan saya dan juga kawan-kawan saya. Mungkin ayat saya di dalam post ini terlalu lancang, apalagi kalau perempuan itu baca.
Sekian, wassalam.

p/s: jangan lupa saksikan rancangan Selami Jiwa di ASTRO OASIS Isnin minggu hadapan pukul 7.30 malam dan ulangannya Jumaat minggu hadapan pukul 9.30 malam. ada saya ya http://www.emocutez.com

Labels: ,

2 komen:

Comment by MissHyde on January 9, 2011 at 6:08 AM

bunyi tikus?aku tahu bunyi cengkerik je..kru kru kru..btw,jgn stres stres.kan dah masuk tv.haruslah gembira kan kan kan.hahaha

Comment by 'Ariff Ansaruddin on January 9, 2011 at 7:42 AM

thanks cik bubu, tetapi bukan aku la yang masuk TV, namun ayah aku

Post a Comment