Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Hiduplah Berlandaskan Sunnah Rasulullah

3:10 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /


Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali dengan saya. Akhirnya saya berjaya membebaskan diri daripada belenggu examination di UKM ini. Ya, sebenarnya bukan saya dah habis exam, sebab last paper pada Isnin pukul 12 tengah hari ini ialah Hubungan Etnik, so saya boleh memanfaatkan seminggu masa rehat dengan sebaik mungkin seperti online, online dan online. Hehe.

Oleh sebab dah lama saya tak update blog ini, maka saya terniat nak update, namun idea tak ada. Kebetulan saya sebagai ahli UBM (entry lepas) ditugaskan untuk membuat satu tugasan. Tugasan mengenai sunnah Rasulullah SAW dan kelebihannya. Menarik! So, saya akan menceritakan satu kisah di bawah ini.


Alkisah tersebutlah kisah seorang pemuda yang tinggal di kampung X bernama 'Ariff, dia adalah seorang pemuda yang rajin dan suka bertanya. Jika dia terdengar ada pengajian agama, dia akan bergegas ke sana walaupun terpaksa ke kampung yang agak berjauhan. Pada suatu hari, dia mendengar ada satu pengajian agama yang diadakan pada malam Jumaat di kampung berhampiran sungai utama. Maka dia telah mempersiapkan bekalan secukupnya memandangkan jarak yang jauh.

Sebelum matahari mula naik, dia menuju ke kampung tersebut. Dengan penuh keazaman dia ke kampung tersebut untuk menggali ilmu pengetahuan, dia tak mahu sampai terlambat. Namun apakan daya, hujan lebat di tengah perjalanan memaksa dia berteduh sementara menunggu hujan berhenti. Sesampainya di sana, pengajian telah pun habis. Dengan perasaan sugul, dia cuba berjumpa dengan ustaz yang memberikan pengajian tersebut untuk bertanya mengenai pengajian tadi.

Ustaz tersebut mempelawa dia bermalam di surau tersebut, dengan syarat jangan persoalkan apa yang disuruh oleh beliau. Oleh kerana hari sudah malam, maka dia hendak solat Isyak dan kemudian tidur. Sebelum tidur, ustaz tersebut berkata, 'Anakku, sebelum tidur jangan lupa khatamkan Al-Quran, memohon syafaat daripada para Nabi, membuat semua Muslimin dan Muslimah senang hati denganmu dan menunaikan ibadah haji serta umrah'
. Amalan yang mustahil baginya, dan dia tak dapat melelapkan matanya, namun sebab mengantuk maka terlelap jugalah dia.

Sebelum azan Subuh berkumandang, ustaz tersebut mengejutkan dia untuk solat Tahajud. Apabila masuk waktu Subuh, maka mereka menunaikan solat. Kebetulan hari itu ialah hari Jumaat dan setiap Muslimin wajib menunaikan solat Jumaat. Namun sejak semalam, dia masih tak dapat sebarang ilmu daripada ustaz tersebut melainkan suruhan ustaz sebelum tidur itu sahaja. Tiba-tiba selepas solat Subuh, ustaz tersebut berkata, 'Anakku, jangan lupa perbanyakkan selawat dan bacalah surah Al-Kahfi hari ini'
. Amalan yang lebih senang berbanding semalam. Apabila matahari mula berada di atas kepala, dia dengan ustaz tersebut pergi menuju ke masjid berdekatan. Seusai solat Jumaat, ustaz tersebut mengajak dia untuk kembali ke surau. Di surau, ustaz tersebut menjelaskan kenapa beliau menyuruh dia melakukan semuanya.


'Anakku, ketahuilah, apabila malam telah tiba dan engkau hendak melelapkan mata, maka amalkanlah Surah Al-Ikhlas, seolah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Berselawat kepada baginda Rasulullah SAW dan kepada para Nabi sebelum baginda, bermakna engkau telah menjadikan para Nabi sebagai penolong engkau kelak di hari Kiamat. Memohon ampunlah kepada Allah dengan beristighfar bagi orang-orang Mukminin dan Mukminat, bererti engkau telah membuat saudara-saudaramu senang hati. Dan ucapkanlah سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ bererti engkau telah melakukan ibadah haji dan umrah. Anakku, inilah amalan yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah RA. Maka amalkanlah'

'Anakku, rajin-rajinkan diri engkau untuk solat Tahajud, kerana sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan solat Tahajud, maka Allah akan memuliakan engkau dengan lima perkara di dunia dan empat perkara di akhirat. Adapun perkara-perkara tersebut ialah
  • memelihara kita daripada pelbagai bahaya
  • wajah nampak bercahaya
  • ramai menaruh simpati terutamanya orang yang soleh
  • apa yang keluar dari mulutnya pasti berhikmah selalu
  • menjadi seorang yang bijaksana
  • bangkit dari kubur dengan wajah bercahaya
  • hisabnya dibuat mudah
  • bagaikan kilat ketika melintasi sirat
  • menerima amalan dengan tangan kanan
Sebab itu juga, baginda pernah bersabda, tiga perkara yang wajib bagi baginda namun sunat bagi kita semua, iaitu solat Witir, bersiwak dan solat Tahajud. Maka amalkanlah'

'Anakku, perbanyakkan selawat kepada Rasulullah, kerana sesungguhnya di syurga terdapat pokok bernama Haulab (حولبا), buahnya besar daripada epal, manis daripada madu, putih melebihi susu, dan lembut daripada susu pekat. Allah sediakan hanya kepada orang yang berselawat kepada baginda apabila mendengar nama baginda disebut. Selain itu, sesiapa yang berselawat sebanyak sekali, maka Allah membalasnya dengan sepuluh kali selawat, dan dihapuskan sepuluh kesalahan serta ditinggikan darjah engkau sebanyak sepuluh darjah. Dan amalkan surah Al-Kahfi, kerana sesungguhnya sesiapa yang mengamalkan surah tersebut, nescaya Allah akan menyelamatkan engkau daripada Al Masih Ad-Dajjal dan fitnahnya. Selain itu juga, sesiapa yang mengamalkan surah Al-Kahfi di malam Jumaat seperti semalam yang engkau amalkan, insyaAllah Allah akan mengampunkan dosa-dosa engkau hingga ke Jumaat hadapan. Maka amalkanlah'

Selepas ustaz tersebut menjelaskan segala amalan serta sunnah baginda serta kelebihannya, 'Ariff memohon diri untuk pulang semula ke kampung dia. Dia mengucapkan terima kasih atas ilmu yang telah diajarkan walau sedikit. Sebelum kembali, dia bertanya kepada ustaz tersebut,
'Ya ustaz, sebelum saya beransur pulang, saya hendak bertanya, siapakah nama ustaz?'

'Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus'


Okay, cerita itu hanyalah khalayan saya sendiri. Namun, apa yang saya kena highlight ialah amalan-amalan yang telah disampaikan oleh 'ustaz' tersebut. Ini semua adalah salah satau daripada pelbagai amalan dan sunnah Rasulullah SAW yang dapat kita amalkan. Seperti solat Tahajud, kalau tidak mampu dikerjakan setiap malam, maka sekali seminggu atau dua minggu. Bagi peminat bola, perkara ini bukanlah sukar bagi mereka - termasuk diri saya sendiri.

So, terpulang kepada anda selepas membaca ini, sama ada mahu mengamalkan atau tidak. Akhir sekali, wassalamualaikum.

Labels: ,

1 komen:

Comment by ~nsar~ on April 27, 2011 at 6:16 PM

waaa bagus betul khayalan ya... pesanan tersebut rasulullah penah bersabda pada isterinya sendiri.. sebelum tidor..
1-khatam alquran (3 surah terakhir)
2-sedekahkan pahala pada yang meninngal dunia..
3-

semua ada 4 fiqah tak ingat lagi dua.. hehe

Post a Comment