Assalamualaikum dan selamat malam. Di kala kesibukan saya berprojek di UKM dengan ahli kumpulan saya, sempat juga saya menyempatkan diri untuk berblogging. Untuk pengetahuan para pembaca, UKM start cuti pada Sabtu minggu lepas, namun pelajar tahun satu JKAS UKM telah memulakan projek survey mereka sehari lebih awal. Means, kami kena berkampung selama seminggu di UKM. Okay, that's the brief explanation about my project this week.
Semalam saya beronline Facebook. Padahal saya masih dilanda keletihan selepas membuat perkiraan di library. Duhh, padahal saya tak ada buat kerja pun semalam, yang ada hanya tengok kawan saya Toha, Siew Feng, Safuan dan Lai Jun buat AutoCAD dan membuat pengiraan. Hahaha (gelak chumil kejap). Okay back to the topic, saya terkomen wall ex-gf saya di group KMNS 09/10.
Saje je, sebab dia tulis doakan untuk exam biochem dia esok (hari ini). So saya tulis 'amin'. Tak salah kan? Then lepas itu kami berkomen di wall dia. Err, lagi sekali saya ulang, berkomen di wall dia.
Okay soalan itu saya pulangkan kepada pembaca. Namun bagi saya, tak salah rasanya kalau nak berbaik-baik dengan mereka. Saya sempat membelek-belek akhbar Metro petang tadi, dan saya ternampak artikel 'Kekasih Lama Turut Hadir', mengenai bekas-bekas kekasih Putera William yang hadir dalam majlis perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton. Bayangkan kesportifan mereka yang hadir dalam majlis perkahwinan ex mereka. Saya pun tak dapat bayangkan.
Normally, cinta pertama sukar dilupakan, terutamanya oleh wanita. Bukan bermakna lelaki amat mudah melupakan ex mereka. Saya pernah ditanya oleh kawan saya semasa study week baru-baru ini mengenai cinta pertama. Dia perempuan, namun bukan ex saya. Harap maklum. Kenapa lelaki selalu berdiam diri then tiba-tiba dia cakap nak clash? This is an interesting question for me. So saya jawab, mereka memerlukan ayat-ayat yang tak akan melukakan hati wanita. Then dia tanya saya, apa benar lelaki senang melupakan cinta pertama mereka?
Bagi saya, mereka bukannya suka-suka hendak melupakan ex mereka, apalagi kalau dia adalah cinta pertama sang jejaka. Salah satu sebabnya, mereka bukannya suka dengan perempuan tersebut, just suka-suka. Okay that is the worst reason. Another is mereka tak mahu meletakkan bayangan ex mereka nanti selepas kahwin. Islam pun melarang adanya wanita lain dalam hidup seorang suami selain isteri mereka, dan juga adanya lelaki lain dalam hidup seorang isteri selain suami mereka. So masuk akal mereka senang melupakan cinta pertama mereka.
Itu pendapat saya bagi seorang lelaki. Bagi seorang wanita? Mengapa mereka sukar melupakan cinta pertama mereka?
Mungkin pembaca perempuan lebih arif untuk menjawabnya, namun bagi saya mereka menganggap lelaki yang mereka cintai akan melindungi mereka; menjadi perisai mereka, so apabila sang jejaka telah pergi meninggalkan mereka, mereka menganggap perisai tersebut telah hilang.
Namun, kalau sekiranya perempuan tersebut dah berkahwin, adakah relevan mereka masih sukar melupakan cinta pertama mereka? Unless kalau cinta pertama mereka adalah suami mereka sendiri. Okay, lelaki main kayu tiga dah biasa kita dengar, namun perempuan main kayu tiga? Perempuan main kayu tiga dengan bekas kekasih? Kalau sang suami bercinta dengan bekas kekasih, mereka masih boleh bernikah selagi isterinya tak berniat meletakkan parang di leher suami. Namun kalau si isteri berbuat macam itu, bercinta dengan bekas kekasih? Wujudkah dunia poliandri dalam budaya Islam dan Melayu? OMG! Ya Allah! Semoga calon isteri saya bukan jenis macam itu, amin.
So, tazkirah saya, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan namun kepada yang telah berkahwin, cintailah pasangan anda selepas Allah. Lagi satu, seorang suami yang telah berkahwin dengan isteri yang solehah dan kemudian dia main kayu tiga dengan perempuan lain adalah suami yang bodoh, namun isteri yang telah berkahwin dengan suami yang soleh dan kemudian dia main kayu tiga dengan lelaki lain adalah isteri yang bangang (dan pasti dilaknat oleh Allah dan juga malaikat).
Akhir sekali, tak salah dengan cinta pertama anda, namun yang salah ialah cara kita menghadapinya. Wassalamualaikum dan selamat malam.
11 komen:
uhuk2...itu sajer~
saya tak penah jatuh cinta lagi, so tak paham perasaan tu macam mane.
kdg kdg first love tuu cuma main2 aje kann ? haha .
okay, setuju dengan aqilah :)
x salah pun baik ngan ex..lagi bagus..tp based on my friend's experience mmg agak susah la..sbb masing2 da dendam2 semcm..
memang pun, tetapi masalah akan timbul sekiranya
1. ex tersebut masih menaruh hati kepada kita padahal kita telah bertunag atau berkahwin. kalau dah bercouple tu tak menjadi masalah
2. ex tersebut sedaya upaya meruntuhkan institusi perkahwinan kita yang telah dibina
pengalaman byk mengajar manusia...mungkin ini boleh diktakan pnglaman..trima ksih kerana berkongsi..
thanks Shiha :) sama-sama
It is very helpful!
I have never seen better than this site.
really? thanks a lot Anon
Post a Comment