Assalamualaikum, selamat menyambut result exam kepada kawan-kawan saya dari UKM dan UiTM. Eh, kan saya UKM, bagaimana dengan result saya? Teeettt......jawapan tidak akan dijawab di sini. Yang pasti, saya kehilangan 90 sen. Paling kurang, 2 sen pun jadi la. Huargh, saya tak nak gagal untuk semester depan . Biarkan kali ini saya berada di bawah roda, namun insyaAllah tahun depan saya berada di atas roda, tidak tergilis dengan jalan.
Saya merepek kali ini, bukan untuk menceritakan result exam saya yang di bawah 4.00, namun saya dapat anugerah lagi sekali! Kali ini daripada Nizam, kawan saya semasa di South Lake City High School. Macam biasa, ringkas cerita, setiap anugerah disertakan dengan satu interview (sigh, bosan )
apekah benda paling penting dalam hidup korang?
benda paling penting? hurm, fon saya kot. sebab kalau nak ke mana-mana mesti bawa fon, takut kalau ada orang call atau mesej
benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
makanan! tetapi yang saya ingat, saya beli fon Nokia tahun lepas sebab semua fon dah rosak. sekali fon tu dah dicuri
di manakah tempat korang melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
apa punya soalan la ni! yang saya idamkan, akad nikah di kampung saya, then bersanding di Alor Setar dan Kuala Lumpur. tema mungkin berwarna biru laut, kalau putih nanti cepat kotor baju saya dengan pengantin perempuan. tetapi, tu angan-angan mat jenin jela
adakah korang sedang bercinta sekarang?
sudah terang lagi bersuluh. skip to the next question please!
berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai ku menutup mata, bak kata Acha Septriasa. insyaAllah
dimanakah korang berjumpa kekasih korang?
panjang la jawapan untuk soalan ini, lagipun saya dah explain dalam beberapa entry sebelum ini. secara ringkas, jawapan saya ialah jumpa di Mid Valley, lamar di KLIUC
novel/buku/majalah terakhir di beli.
majalah G3 yang ada gambar penyanyi lelaki terjijik pernah hidup di muka bumi namun kembar saya pulak, itupun sedang bosan tak tahu nak buat apa di rumah
nampak tak, kacak kan dia?
apakah nama penuh korang?
abang kacak! hehe, tak adalah, nama dalam kad pengenalan, Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus, tetapi mungkin berubah tahun depan lepas angkat sumpah
antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
sama-sama, tetapi terkadang dalam sehari atau seminggu dengan mama, then papa, then mama, then papa, then ....
namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.
bukan nak tiru Nizam, tetapi saya merindukan baginda Rasulullah, mendambakan syafaat baginda. then nak jumpa Tun Dr. Mahathir Mohammad, rugi la tak ikut papa ke jamuan beliau beberapa bulan lepas, tak apa bukan rezeki
adakah korang basuh baju sendiri?
kalau saya sendirian di rumah atau di kolej, baju sedikit, masa lapang. kalau tak, ada dua jawapan; bawa balik atau bawa ke dobi
dimanakah tempat yang korang betol2 nak pergi?
naik haji, balik bawa bini! hehe, gurau jela, tetapi saya nak naik haji. then, bulan madu ke Milan dan Paris
pilih salah satu, peluk atau cium?
saya nak awak peluk saya! eytt, kalau yang perempuan tu, tunggu selepas kita nikah ye
beritahu 3 benda tentang orang yang bagi tag.
- dia tak sekacak cikgu Kanesan yang mengajar kami sejarah tingkatan 5
- dia tak secomel cikgu Jeyakumar yang mengangkat martabat 'kambing', 'crocodile' di sekolah kami
- tetapi dia adalah tempat saya merujuk bab-bab IT dan PC. lastly, saya rujuk dia lepas solat Jumaat minggu lepas tentang laptop dan internet
5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda.
fon saya, laptop saya, spec saya, wallet saya dan yang paling penting, iman saya. sengaja letak last, sebab iman adalah abstrak, bukan konkrit seperti empat yang pertama saya sebutkan. tanpa iman, bagaimanakah kita dapat merasakan indahnya hidup
lagu yang paling anda suka dengar.
sekarang ni, banyak la juga. namun yang tak luput di dalam ingatan saya, lagu Menjaga Hati oleh Yovie and Nuno. sampai saya abadikan dalam blog ini
bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas.
1 Mac, sama macam penyanyi yang hidung tersorong-sorong, muka jambu macam gay itu. tahun lepas, saya meraikan hari jadi di rumah, dengan family, makan kek. tahun lepas kan, bukan tahun ini
5 rakan blogger yang korang nak tag.
ni yang rasa bosan juga nak mewarisi anugerah kembali, tapi tidak mengapa, kebaikan diwarisi
- Alyn (of course la! jangan banyak tanya kenapa)
- Yazmeen, kawan sama sekolah
- Rose, kembar kawan saya
- Hamka, rakan se-gay saya di NSMC (gay bukan yang 'itu' tetapi gay gembira la)
- Kiko Kiki Lala, yang namanya diabadikan dalam lagu saya ini
Sekian, itu sahaja untuk entry malam ini, apa-apapun tahniah kepada kawan-kawan saya yang mendapat pointer baik, yang kurang baik tidak mengapa, ada lagi semester depan. Okay, wassalam.
0 komen:
Post a Comment