Assalamualaikum, selamat bersiap sedia memasang angan-angan ke tahun 2011, insyaAllah tak lama lagi kita akan meninggalkan segala memori pahit dan manis di tahun 2010 ini. Tinggalkan segala yang buruk dan gali semula apa yang baik, insyaAllah anda pasti berjaya. Ini nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga kepada kawan-kawan yang membaca blog saya ini.
Saya sebenarnya tak pasti, entry apakah yang patut saya tulis. Sebelum ini saya ada niat nak menulis tentang kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan kita menjulang piala AFF Suzuki. Pada masa yang saya, Syafiq Ridwan, kawan saya semasa di KMNS tag saya dalam award dia. Mungkin juga saya nak update tentang kamera yang baru saya beli. Atau tentang date saya dengan Alyn semalam. Senang cerita, semua saya combine jadi satu jelah hari ini.
Untuk entry terakhir sebelum menyambut tahun baru 2011, saya mulakan dengan:
- Ucapan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan kita yang berjaya menjulang piala termegah di Asia Tenggara, piala AFF Suzuki yang dahulunya bernama Piala Tiger, atau bahasa Melayu sempurnanya, piala Harimau. Memang layak kita menjulang piala itu, seperti sirih pulang ke gagangnya. Bukankah kita Harimau Malaya?
- Sempena kejayaan kita menjulang piala julung-julung kalinya, saya telah berpuasa 3 hari sebagai rasa syukur kepada Allah. Saya bukan nak riak atau berlagak kononnya baik sangat sampai hal seremeh itupun boleh berpuasa. Namun, bukankah kita bersyukur dengan apa yang telah dicapai oleh anak buah K. Rajagopal, sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh Wan Jamak Wan Hassan sampai B. Sathianathan
Buka puasa dengan ini, sarapan esoknya dengan ini
- Saya dah beli kamera baru, sempena masuk tahun baru (ada kena mengena ke?), saya dah beli kamera digital baru jenama GrandVision EZshot E770. Macam nasihat kawan saya, Kimi, seorang blogger mesti ada kamera, dan fon saya memang tiada kamera untuk menunjang aktiviti berblogging. Lepas ni, boleh la nak ambil gambar pelik-pelik
- Aktiviti malam tahun baru saya isi dengan makan kuetiau kung fu, mesej Alyn yang nak sambut hari baru di Langkawi esok, tengok bermacam-macam saluran TV. Adik saya pasang saluran 110 di ASTRO, tahu la ada 3 Idiots, tak bosan ke nak tengok selalu?
- Papa dan mama balik malam tahun baru ni dari Jakarta. Yang lawaknya, setiap Malaysia lawan Indonesia di Stadion Gelora Bung Karno, setiap kali itu juga papa ke Jakarta atas urusan bisnes. Kebetulan la
- Yang pastinya, esok adalah 1 Januari 2011, papa dah 57 tahun mengikut kad pengenalan. Makin tua la papa saya, namun makin berat bebanan yang harus ditanggung. Anyway, I love you so much Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus, you are my hero!
Hurm, saya rasa inilah entry terakhir saya di tahun 2010. Tahun depan, esok, insyaAllah kita akan berjumpa semula. Wassalam, selamat menyambut tahun baru 2011!
Labels:
luahan hati,
xie xia
0 komen:
Post a Comment