Ini Upin dan Ipin. Siapa yang tak kenal mereka? Kalau tak kenal, baik tengok TV9 selepas tengok Spongebob Squarepants, bukan Spongemon Squaredora ya . Upin dan Ipin ada ramai kawan seperti Ehsan, Jagjit, Mei Mei, Fizi serta Tok Dalang dan sebagai Opah sebagai watak senior dalam cerita ini.
Apa hikmah yang dapat kita ambil daripada mereka?
- Upin dan Ipin dah berjaya menembusi pasaran si Unyil di Indonesia, namun Unyil tak mampu nak terobos pasaran si Upin dan Ipin di Malaysia
- Upin dan Ipin ada ramai kawan dari pelbagai bangsa, ada Sikh, ada Cina, bahkan ada Susanti dari Indonesia. Unyil? All Javanese people
- Upin dan Ipin diterima hangat sampai L'es Copaque akan mengadakan satu teater Upin dan Ipin di sana. Syabas! Klik link di sini sebagai bukti
- Percaya tak, Upin dan Ipin telah dipertandingkan dalam kartun kegemaran di Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards? Sama taraf dengan Spongebob Squarepants dan Tom and Jerry serta Naruto. Namun rezeki lebih berpihak kepada Spongebob Squarepants (saya lagi!) Cayalah lu beb! Klik link di sini sebagai bukti
- Bukan hanya pencalonan, jadi duta iklan minuman kanak-kanak pun ada! Klik link di sini sebagai bukti
- Satu perkara yang tak masuk akal, kerajaan kita mengalami masalah dengan kemasukan budaya hiburan yang berlambak seperti lagu, filem, sinetron dari Indonesia. Pelakon dan penyanyinya semua adalah manusia yang ada akal. Kita hanya menghantar Upin dan Ipin sebagai satu watak animasi kanak-kanak, dan parlimen dah mula bising!
Sebagai hiburan, saya akan menayangkan video sebagai penutup perbincangan saya pada hari ini.
So, apalagi, mari kita gegarkan televisyen di mana sahaja anda berada pada lusa ini, hari Rabu pukul 8 malam. Walaupun garuda mampu terbang tinggi daripada harimau, namun garuda hanya satu mitos dan harimau adalah nyata
Sekedar info, kita bukan memulakan, namun kita membalas balik apa yang telah mereka lakukan, seperti tembakan laser ke penjaga gol, hinaan lagu kebangsaan. Semasa kekalahan 1-5 di peringkat kumpulan, video rakaman gol keempat yang dijaringkan Irfan Bachdim jelas menayangkan Sharbinee Alawie jelas ditembak laser. Apa kejadahnya semua ini? Ada tak akhbar kita hebahkan tentang ini? Ada tak Perdana Menteri kita masuk campur mengenai laser ini? Yang ada, presiden mereka yang berani memberi komen mengenai laser, yang sebenarnya bukan kita yang mulakan. Saya pun baru perasan pagi tadi.
Sumber klik di sini
p/s: sorry, entry hari ini seperti tengah marah. Sebab saya berselisih faham dengan keluarga di sana tentang AFF Suzuki Cup 2010 ini
Labels:
luahan hati,
suka suki
5 komen:
SUMPAH AKU SUKA ! xD
aku pun, hahahaha
sumpah cilakak la penyokong sana, sampai kawan adik sepupu aku bertekak kata kita main kotor la, apa la. padahal mereka start buat kepada kita
terbaru di Pekanbaru...satu restoran cepat hidang (org kte pnggil segera) mnjadikn upin ipin satu patung permainan..ala mcm happy meal kt mcD 2..
antara komen2 lawak dari seberang...
1-khairul fahmi malaysia import dari jepun
2-rajagopal dinuatralisasikan dari india
3-safee sali berasal dari indon
4-harimau malaya dicuri dari sumatera
5-upin ipin berasal dari indon sb tiru unyil..
bnyk ag ah.. lupa da.. hahaha.. komen2 berasaskan nafsu semata-mata.. aada tenet tp wat layan blue jer.. mmg x brkembang r otak bodoh tuh.. haha
hebat gila upin ipin! bangga nye saya.
tapi hal upin ipin ciplak unyil..
xlogik gila kot. sedeh aku tgok dok gaduh2 macam ni. huhu..
Post a Comment