Assalamualaikum dan selamat memasuki tahun 2011. Ini adalah entry pertama saya di tahun baru ini. Rencana asal saya, nak cerita tentang sambutan hari jadi papa saya. Namun sebab busy sangat, ditambah dengan assignment plus projek saya yang akan bermula esok ini, so saya mulakan entry saya di tahun baru ini dengan bercerita kisah silam saya. Plus gambar-gambar saya sekali!
gambar sewaktu umur 4 tahun 7 bulan. percaya tak, kalau gambar ini adalah gambar saya sewaktu mula-mula masuk darjah 1 di sana? ha, pelik kan, kenapa saya masuk darjah 1 umur 4 tahun. memang pun, saya sebenarnya cuba-cuba masuk sekolah di sana, namun oleh sebab pada masa itu IQ saya menyamai pelajar darjah 5, so saya diterima sebagai pelajar rasmi di sekolah berkenaan, dan saya adalah pelajar termuda yang diterima di sekolah berkenaan, sampai seorang lagi pelajar bernama Engku Faliq Putra masuk darjah 1 pada umur 4 tahun 1 bulan. ya, he is my little brother. time ni saya dengan style rambut panjang sampai bahu, sampai pihak sekolah yang berniat nak banned saya dan adik saya akhirnya mengurungkan niat selama 5 tahun lebih. sebab alasan saya pada masa itu, 'ramai lagi pelajar di kawasan pedalaman namun ke sekolah tak memakai kasut'
yang ini pula gambar sewaktu saya masuk sekolah menengah di sana. waktu itu umur saya 10 tahun 5 bulan. ingat lagi senior saya tanya berapa umur saya, dan dia terkejut. then tanya berapa result saya sewaktu mendaftar, saya cakap 45/50 (kalau di sini, macam 5A dengan keputusan cemerlang). ya, itu masa saya umur 10 tahun, di kala otak masih suci bersih daripada gangguan luar, hehe
yang ini pula sewaktu umur 13 tahun 5 bulan, sewaktu masuk sekolah agama di sana. masa tu saya dekat tingkatan 4 la. namun sekejap je di sana, dekat 7 bulan sahaja kemudian saya kembali semula ke Malaysia. ingat, baca elok-elok, kembali semula, bukan pindah merantau. here is my homeland, and I am not immigrant. sorry emo kejap
gambar berwarna untuk rekod sekolah pertama saya sejak mula-mula menganali sekolah. apa punya ayat dah. gambar yang saya ambil dari kad perpustakaan yang nak koyak rabak, nasib je masih nampak kekacakan saya kan, haha. tengok gambar ini, no wonder la time tu ramai gadis yang meminati saya. serious, ingat lagi ada dekat 20 lebih peminat saya. waktu ni saya masuk tingkatan 2 umur 14 tahun 3 bulan. jangan keliru, sejak kembali semula ke sini, saya 'diturunkan' tingkatan oleh MOE.
yang ini pula, gambar sewaktu mula-mula masuk KMNS. masa tu baru sampai ke KMNS, kena register, then ambil gambar macam ni. dah kurang kacak la, sebab itu saya gunakan gambar sewaktu sekolah menengah untuk manifesto, biar ramai pengundi wanita yang nak undi saya, hehe
last picture, ni gambar terbaru sewaktu mula-mula masuk UKM. tetapi gambar ni saya ambil di kedai gambar dekat rumah saya, seminggu sebelum register. waktu itu saya baru lepas gunting rambut, then mandi, ambil baju kemeja biru dengan tali leher KMNS. snap, jadilah gambar saya.
Seriously, saya pun perasan yang gambar-gambar saya ni makin lama makin dewasa, namun adakah perangai saya makin dewasa? Entahlah, saya pun sedar yang perangai kuat merajuk, cepat marah dan tak puas hati, pemalas masih sebati dengan jiwa saya. Dan kini tahun 2011 sudah menjelma, 2 bulan lagi saya dah sweet twenty dan no teens again. Bukan bererti saya dah dewasa dan boleh berkahwin, walau memang dah boleh pun.
InsyaAllah, di tahun 2011 untuk usia saya yang akan menjelma menjadi 20 tahun nantinya, saya menjadi makin dewasa, bukan bersikap kekanak-kanakan lagi, dan yang pastinya, no malas-malas. Kalau nak dean award, nak good job, get a better wife, kena study sungguh-sungguh. Tak lama je nak tunggu konvo, lepas tengok Germany jadi juara dunia FIFA 2014 di Brazil terus saya dapat ijazah sarjana muda. Amin.
Itu sahaja entry pertama saya di taun baru. Wassalam.
Labels:
pengalaman,
rahsia
1 komen:
wahhhhhhhhhhhh KACAKnyeeeeeeeeeeee....kuikuikui
Post a Comment