An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.
8:00 AM
/
Ilham terbitan:
'Ariff Ansaruddin
/
komen (7)
Assalamualaikum. Hari ini episod terakhir Nora Elena di 103. Urmm, jangan ditanya sama ada saya peminat setia NE atau tak, sebab saya baru start tengok dalam minggu ini. Sebelum ini adik je conquer TV tiap petang lepas main bola, so saya tak dapat mengikuti perkembangan drama tersebut. Khabarnya the last episode ini Nora Elena mati, ye ke? Entahlah, so layan jela kepada yang dapat tengok petang tadi ye.
Actually bukan nak cerita mengenai Nora Elena, namun drama yang juga ditayangkan sebelum solat Maghrib di 104. Cinta Melody. Setiap saya berblogwalking ke blog sesiapa, majoriti lagu Aishiteru akan berkumandang. Tak pernah dengar? Kalau nak dengar, di bawah ini senarai beberapa 'mangsa' yang berjaya saya cekup kerana menggunakan lagu Aishiteru
Itu baru sebahagian daripada para blogger yang ada lagu Aishiteru dalam blog mereka. Motif? Takkan addicted dengan drama Cinta Melody pula kan. Atau sebab lirik lagu tersebut begitu menyentuh hati? Bagi saya, sebab saya tertarik dengan melodi lagu tersebut. Bukan Melody watak dalam drama tersebut yang gigi dia hampir sama dengan saya tu, namun melodi. Lagipun, bukan selalu dapat dengar lagu yang best macam Aishiteru *memanglah, sebab lagu ini baru lagi, hehehe*
But comel juga dia ye, tak sangka younger than me Chelsea Olivia ni
Anyway, lirik dia memang mengingatkan saya dengan seseorang. Siapa dia, tak usah dimentionkan. Kalau ada yang tahu, bukannya dia pun. Barang yang lepas usah dikenang, better layan lagu Setiap Detik oleh Hijau Daun daripada ingat dia kan. Bukannya dia ingat kita pun.
Dengar sekejap kalau nak dengar, abaikan kalau tak nak dengar
Kawan-kawan saya tak bersetuju apabila saya nak tukar lagu blog ini. Mereka kata, lagu ini best. Erk best ke?
Dialog semasa kami bertiga malam tadi. Kawan saya cakap nice song
Itu sahaja untuk hari ini, nak sambung merepek pun saya rasa entry ini bukannya ada merepek pun, except yang Abang Kacak tu je. Okay la esok hari Jumaat, so malam ini malam Jumaat. Lakukan yang sepatutnya di malam ini, tingkatkan amalan, kurangkan maksiat. Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan para pembaca yang lain. Wassalamualaikum.
p/s: aku rindu dia yang jauh di sana, tapi kerana Allah aku diamkan diri ini daripada hanyut. amin
5:03 AM
/
Ilham terbitan:
'Ariff Ansaruddin
/
komen (3)
Assalamualaikum, nak kongsi cerita ni. Pagi tadi, saya bangun pagi, online facebook dari fon saya, ternampak satu status daripada Iylia,
Masih jauh lagi perjalananku, hihihi :)
eh, dia nak ke mana ni? Jauh sangat ke perjalanan? Baru saya tersedar, dia kan dapat UMK di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tu sebab dia kata jauh perjalanan. Ingat dia dah nak mati cakap macam tu, hehe :D.
Terus saya tersedar, esok dan lusa, semua akan mendaftar di universiti masing-masing, kecuali UiTM yang dah mendaftar seminggu lebih awal. Rasa rindu dengan mereka, pelajar KMNS, pelajar F1T2, pelajar JPP, pelajar fasi junior PST dan PDT, bagaimana mereka? Lepas ni, entah dapat jumpa lagi ke tak, kalau dapat sama UKM dengan saya, memang masih boleh jumpa. Tapi kalau yang jauh-jauh, macam Iylia ni yang kena pergi ke PC, atau kawan fasi PDT saya, Alia yang kena naik belon ke Bintulu, lagi la susah nak jumpa. Nak tunggu setahun lagi masa cuti baru nak jumpa ke? Lamanya tu :o
Belum lagi kawan JPP saya yang lain. Nuar dah bersemadi dengan tenang di UiTM, begitu juga dengan Fida. Tapi yang lain, baru nak mendaftar esok dan lusa. Dan saya merindukan masa-masa dengan mereka, masa-masa senang dan susah. Saya ingat lagi, semasa perhimpunan sempena Bulan Kemerdekaan, semua di antara kami melakukan kesilapan yang teruk (walaupun sebenarnya segelintir di antara kami pada masa perhimpunan, tetapi sebenarnya kesilapan utama ialah kurangnya kerjasama). Saya terutamanya, sebab saya YDP dan saya dipertanggungjawabkan ke atas semua kesilapan, termasuk kesilapan yang paling famous masa batch kami, 'Rukun Negara'. Saya memang dihentam masa mesyuarat, dan memang sangat-sangat down la. Alhamdulillah kawan-kawan JPP saya menyokong saya dari belakang. Saya rasa sangat terharu dengan mereka. Sayang kalian semua :)
ni gambar mula-mula kami
Apalagi dengan JPP Boyz, yang tiap minggu selalu outing ke Seremban, sampai 2 bulan terakhir dah tak ada lagi duit dalam akaun. Mula dai lagu Bila Rindu, sampai lagu Islam Ad-Din, dari 2012 sampai Puaka Niyang Rapik, memang best la dengan kalian. Makan KFC la, Pizza Hut, McD, Terminal One sampai kita dah jadi pelarian lepas tengok 2012 tu. Whoa, nak cerita apa lagi, selain kisah geng-geng kita yang kakikutukperlisakat.com ni?
gambar gila-gila kami di Seremban. kalau di KMNS kena serius
salah satu best pictures among us, 'dasar pandang ke langit'
gambar ni, saya ingat lagi yang Fendi order banyak, lastly dia kekenyangan dan minta tolong kami semua habiskan spaghetti dia :p
nampak tak muka-muka mereka yang kebulur nak makan ni? hehe :p
Sebelum saya tutup cerita luahan hati ini, saya kembali tengok video pertama kami, JPP Boyz yang menyanyikan lagu Bila Rindu. Memang best, tiap tengok dan ingat video tu mesti ada kakikutukperlisakat.com yang perli video ni. Suara Fendi, sambutan hangat saya, Munir dengan Nuar, Iylia tanpa mic. Semua la, best sangat-sangat.
Fendi: Di keheningan malam, Termenung ku berseorang Tak lena mata dipejam Terdengar suara terngiang Suara merdu yg disayang Bagai kau didepan mata Ku capai tapi tak kena Sukarnya memendam rasa Ingin ku luahkan kata
Chorus (All): Bila rindu, Terkenang mu sayang, terasa sayu, Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam, Jauh terbang diri ku melayang, Aku rindu, Sentuhan mu, ku rasa sayu, Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini, Bawa ku dalam pelangi, Melepasi batas diri ini.
Nuar: Jauh angan ku lena Kurasa kita bersama Kau bawa daku kesana Ke alam kisah yang lama Kenangan didalam jiwa Bila terjaga semula Disisiku kau tiada Sukarnya ku pendam rasa Inginku luahkan semua
*ulang Chorus
Munir: Sesungguhnya kita mestilah Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
'Ariff: Ikhlas kasih Sabar insyAllah kita akan Bertemu semula
AJ: Aura yang memecah semesta Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian Kesepian menyelubungi hari-hariku Disajikan dalam doa-doa rindu Yang menanti kau datang dan pergi Seperti mimpi-mimpiku fantasiku Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran Disisi cuping di setiap corong Lorong yang lohong Benar ku tak bohong Bila hati menyanyi
*ulang Chorus
Sekian sahaja yang dapat saya tulis, insyaAllah esok hari terakhir saya online guna lappy. Wassalam.
Labels:
bila rindu terkenangmu sayang