Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Accident in Love

6:56 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (3)

Assalamualaikum. It's been a long time since I hid this desire to update my blog. Okay next week is the last paper for SPM 2011 candidates. Urmm I mean, for English for Science and Technology paper, because it was my last paper for 3 years ago. And I have a memory about it; about my last paper. Not only that we all ended our examination, about our last moment at the school or something else. But that day, I was being accident in love - for the first time. This time I write off in Malay, because I have no mood to think and compose in English.




Dia orang pertama yang saya minat sewaktu masuk ke sekolah tahun 2005. Kami berlainan kelas, dia seorang pengawas dan saya hanyalah pelajar baru. Waktu tingkatan 3, kami sekelas dan rumor mengenai kami berdua semakin marak walaupun kami hanyalah kawan biasa. Pada tahun 2008, saya cuba untuk mendekati dia, dan dia menjawab

Boleh tak saya jawab lepas SPM nanti?

dan dia tak menjawab lagi, sampai sekarang.
NA. Being dumped by someone.


Lepas SPM, saya meminati seseorang namun tiada niat untuk menjadikan dia sebagai kekasih saya, sebab masih terkenangkan pengawas tersebut.
FN. Dumped myself.


Sewaktu di KMNS, saya suka terhadap roommatenya kawan sekuliah saya, walaupun kedengarannya agak bangang apabila melamar dia melalui sms namun hubungan kami berdua hanya bertahan 14 minggu sahaja. Alasan? Orang ketiga.
SA. Silly.


Tetapi saya minat kepada orang ketiga tersebut, kerana dialah orang pertama yang saya minat sebelum masuk KMNS. Bukan pengawas itu. Untuk beberapa alasan, kami tidak dapat bersama. Sama ada sebab cinta jarak jauh, atau orang ketiga yang berpunca daripada saya atau dia.
FA. What goes around comes around.



Selepas ulang tahun saya ke-19, saya mula mendekati seseorang, walaupun dia belajar di Perlis dan saya di Negeri Sembilan, dan kami tidak pernah bersua. Okay, saya skip mengenai perempuan ini untuk memberi laluan kepada perempuan lain.

Saya mula didekati kawan matrik saya, sebulan sebelum habis pengajian di KMNS. Kami berdua selalu study group sama walaupun dia sains hayat dan saya sains fizikal, makan petang bersama. Namun? Ianya berakhir dengan tiga pergaduhan besar sampai block facebook dan tukar panggilan daripada 'saya-awak' kepada 'kau-aku'.
NN. Egoistic.

Selepas saya menjadi fasilitator di KMNS, saya mula digosipkan dengan kawan fasi saya, yang juga kawan sekuliah saya di KMNS. Saya malas nak memberi respons apa-apa, namun terpaksa melayan kerenah dia. Padahnya kepada diri saya apabila saya berada di hujung tanduk - disuruh memilih dia atau aktiviti UKM saya. Akhirnya, saya memilih aktiviti UKM saya, sebab saya tak berminat sama sekali dengan perangai 'queen control' dia.
NS. Greedy.



Kembali kepada sebelumnya, saya mula mendekati seseorang yang belajar di Perlis ini. Ketika saya mendapat tawaran masuk UKM dan dia minta KLIUC, di sanalah bermula cinta kami berdua. 5 bulan kami bersama sebelum kami berpisah. Atas sebab tersendiri.
RR. First and last.

Selepas berpisah dengan dia, saya mencuba untuk menjauh daripada perempuan lain, namun saya mula berminat dengan dua pupu saya di kampung yang 3 tahun di bawah saya. Mengenai dia, saya skip untuk perempuan terakhir ini.

Walaupun saya pada awalnya tak berminat dengan dia sebab latar belakang yang loaded berbanding saya, namun saya melihat dia seperti suka dekat saya. Setiap hari mesej saya, dia jadi wakil kolej pun dia mesej saya minta sokongan daripada saya. Akhirnya saya mula suka dekat dia, namun secara tiba-tiba dia mula menjauh daripada saya. Alasan? Sama ada dia jealous sebab saya rapat dengan kawan dia, atau dia ingat saya tak berminat dengan dia, atau dia ingat saya stalker dia. Entahlah. Nak pergi tanya dia, dia macam melarikan diri.
AZ. Dumped and being dumped.

Kembali kepada dua pupu saya. Inipun sebab orang terdekat saya yang seolah memberi 'green light' seperti dia adalah bakal tunang saya. Saya berdoa kepada Allah, sekiranya dia memang jodoh saya maka jauhkan dia sehingga dia menjadi jodoh saya. Namun dia dah ada kekasih hati - berita terbaru saya dapat. Perkara mustahil untuk menyukai dan meminati seseorang yang dah berpunya.
DN. Will wait again.

Okay, these 9 girls. Does not mean that I am playboy or something else. But it is easy to love someone and difficult to forget someone. And now, I am staring the stars even though there are no stars in the sky this night, while waiting someone without accident in love. Again


Last but not least, I still have Allah. Okay back to December, one month before final examination. It's time to revision and study.

Wassalamualaikum.


p/s: sound stupid ya? I am not player, but this is my real life. so pity, even I write this entry while listening this song



Labels: , , , ,

Auf Wiedersehen

4:20 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum.







Seandainya ada dia...
Ramli: Ayah, Ramli score sebijik tadi
Ayah: Pergi mati la kau, jiran sebelah score 6 biji

Okay, sekian.

260.1 Million Euros and 1 win, hehehe~

Wassalamualaikum.

p/s: jangan tanya kenapa kali ini aku post gambar je. faham-faham jela. zzz~





Labels: ,

Motor Ini Membunuhku

2:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu semua bloggers dan pembaca yang budiman. Sabtu ini, 2 Oktober di kolej saya ada rumah terbuka Kolej Keris Mas, so semua warga kolej yang bermurah hati (erti lain, yang rajin atau yang 'merajinkan diri') akan menolong JAKSA untuk memasak segala makanan dan masakan untuk malam ini. Saya pun tidak terkecuali, 'merajinkan diri' sebagai timbalan pengarah 2 Naib Yang Dipertua 1 untuk turut serta turun tangan.

Semangat datang pagi hari Sabtu, pukul 9, sekali baru dapat tahu yang kami bekerja memasak dan memotong pada pukul 10. Ah lambatnya menanti, so saya balik bilik, tidur kejap. Alyn mesej, saya terbangun dan terus balas tapi still malas nak turun ke bawah untuk bekerja. Dekat pukul 12 tengah hari, baru saya turun, beli Kosmo, baca dahulu di kafe. Then Pengarah saya a.k.a Naib Yang Dipertua 1 JAKSA datang kepada saya, menyuruh saya beli susu sejat F&N 8 tin di dekat stesen KTM UKM, naik motosikal Yamaha dia.

Dia bagi kunci, so saya ambil helmet, call Alyn, bagitahu yang saya nak 'do or die' dalam misi ini. Dia sempat bagi wasiat, "Awak hati-hati tahu, awak dahlah tak reti bawa motor". Saya cakap, "Tak apa, dah tugas saya, doakan saya selamat". Start enjin, itupun ada masalah sebab tak tahu nak start macam mana -_______________-, call pengarah, terus dia tolong startkan (kalian jangan gelakkan aku, tahu la aku tak reti :( ), terus bawa.

Depan bus stop, bawa macam terhegeh-hegeh, dahlah ada ramai perempuan pandang, buat tak kenal jela. Start gear 1, dah macam bawa kuda liar dari Afrika. keluar pintu kolej, terus gear 2, lagi liar daripada biasa. Tiba-tiba, sampai di bahu kanan jalan, saya gementar plus cuak, terus arahkan ke bahu kiri jalan. Malng punya badan, tertekan brek depan, terus jadilah macam Valentino Rossi bawa motosikal dalam MotoGP

Style tak dia bawa? Macam tu la saya accident, tapi ke arah kiri

Saya terus call pengarah, cakap motor dia calar, rim bengkok (entahlah, ye ke yang depan itu rim?), kaca kiri patah, kesimpulannya, motor beliau 'cedera', sama dengan penunggang dia. Saya pula, koyak baju dan seluar jeans, tangan kiri calar, kaki kiri luka. Sampai bilik, call Alyn, dia bagi amaran kepada saya, "Awak jangan bawa motor lagi, janji kepada diri sendiri tahu?" Macam marah plus caring je saya dengar dia cakap dari fon.

Ini baru 2 Oktober. 18 September? Petang Sabtu, saya dan fareez balik UKM untuk hantar barang. Saya bawa beg besar, Fareez bawa beg galas UKM, naik motor dia. Sebelum itu, papa dah bagi warning, "Hati-hati, papa risau kepada 'Ariff, dahlah bawa barang, naik motor" tetapi saya cakap boleh. Malaysia Boleh!

Lastly, depan pintu blok saya, tiba-tiba motor fareez jatuh ke arah kanan dan kaki kanan saya terhimpit dengan berat Fareez plus saya plus beg saya yang seberat 8 kg plus motor dia. Best tu, sampai saya balut luka tu tiga kali. Alyn pun dah cuak semacam lepas saya mesej malamnya.

So, lepas ni, kepada sesiapa kawan-kawan saya yang nak tumpangkan saya naik motor, saya kena solat tahajud 3 hari 3 malam dahulu sebelum saya naik. Kepada Alyn, sorry awak, saya janji tak nak buat awak susah hati ye ;(

Kesimpulannya, saya ♥ kemalangan motosikal :D









mood: motor ini membunuhku dengan diiringi lagu D'Masiv

Labels: ,

Satu Hari di Hari Wesak

12:37 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (12)

Assalamualaikum. Hari jumaat ni, hari cuti di KL sebab hari ini hari wesak. Saya baru tahu sebab lihat faliq main DoTA sampai pukul 12 malam. Memang malu saya masa tu, tahu la dah habis sekolah sampai kalendar pun lupa nak tengok. Tapi yang lawaknya, alyn dengan konfidennya cakap ahad ni wesak. Hehe, sempat juga ya ibu cover balik :D

Rutin sebelum tidur, mesej dengan alyn tapi masa tu saya pula yang tertidur pukul 2. Terbangun pukul 4, tahajud, baca mesej yang alyn hantar tapi tak tahu nak balas apa. Lepas subuh sambung tidur, sekali alyn kejutkan saya pukul 8.30. Tak pernah-pernah alyn kejutkan saya sebelum ini. Terbangun, balas mesej tapi still atas katil dekat 1 jam lebih. Malas nak mandi.

Papa suruh saya temankan ke kampung baru hari ini, so saya mandi, pukul 11 baru pergi. Tak breakfast lagi, tapi terus lunch pukul 12 di sana.
Lepas makan, rencananya ke chow kit tapi sesak. So patah balik ke masjid. Tiba-tiba motosikal dari arah kanan datang melanggar kereta. Dumm!! Kuat juga sampai saya terhenti degupan jantung. Terus saya turun tengok lampu kereta, tak pecah tapi tayar bengkok. Pelik! Papa tolong saya berbincang dengan penunggang tu. Tangan kiri dia hampir patah. Saya rasa nak nangis, menyesal tapi nasi sudah menjadi bubur. Yela, saya lupa pasang signal ke kanan masa tu. Saya rasa tak nak ambil lesen untuk masa terdekat. Takut dan trauma la...!!!

Kereta papa kena dihantar ke workshop, saya dengan papa tunggu kawan papa ambil kami di masjid jamek kampung baru.

Kepada ibu alyn, hari ini ayah ariff trauma kejap ingat eksiden tadi. Sampai jalan makin sesak, penunggang tu terjatuh dan berpusing dari motosikal dia. Apa-apapun, ibu tetap boss yang baik kepada pekerja ibu nanti (doa tu :D, amin).

Saya nak berehat dulu hari ini. Jumaat yang menarik pada awalnya tapi kini meninggalkan trauma bagi saya.

Wassalam.

Labels: ,