Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Motor Ini Membunuhku

2:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu semua bloggers dan pembaca yang budiman. Sabtu ini, 2 Oktober di kolej saya ada rumah terbuka Kolej Keris Mas, so semua warga kolej yang bermurah hati (erti lain, yang rajin atau yang 'merajinkan diri') akan menolong JAKSA untuk memasak segala makanan dan masakan untuk malam ini. Saya pun tidak terkecuali, 'merajinkan diri' sebagai timbalan pengarah 2 Naib Yang Dipertua 1 untuk turut serta turun tangan.

Semangat datang pagi hari Sabtu, pukul 9, sekali baru dapat tahu yang kami bekerja memasak dan memotong pada pukul 10. Ah lambatnya menanti, so saya balik bilik, tidur kejap. Alyn mesej, saya terbangun dan terus balas tapi still malas nak turun ke bawah untuk bekerja. Dekat pukul 12 tengah hari, baru saya turun, beli Kosmo, baca dahulu di kafe. Then Pengarah saya a.k.a Naib Yang Dipertua 1 JAKSA datang kepada saya, menyuruh saya beli susu sejat F&N 8 tin di dekat stesen KTM UKM, naik motosikal Yamaha dia.

Dia bagi kunci, so saya ambil helmet, call Alyn, bagitahu yang saya nak 'do or die' dalam misi ini. Dia sempat bagi wasiat, "Awak hati-hati tahu, awak dahlah tak reti bawa motor". Saya cakap, "Tak apa, dah tugas saya, doakan saya selamat". Start enjin, itupun ada masalah sebab tak tahu nak start macam mana -_______________-, call pengarah, terus dia tolong startkan (kalian jangan gelakkan aku, tahu la aku tak reti :( ), terus bawa.

Depan bus stop, bawa macam terhegeh-hegeh, dahlah ada ramai perempuan pandang, buat tak kenal jela. Start gear 1, dah macam bawa kuda liar dari Afrika. keluar pintu kolej, terus gear 2, lagi liar daripada biasa. Tiba-tiba, sampai di bahu kanan jalan, saya gementar plus cuak, terus arahkan ke bahu kiri jalan. Malng punya badan, tertekan brek depan, terus jadilah macam Valentino Rossi bawa motosikal dalam MotoGP

Style tak dia bawa? Macam tu la saya accident, tapi ke arah kiri

Saya terus call pengarah, cakap motor dia calar, rim bengkok (entahlah, ye ke yang depan itu rim?), kaca kiri patah, kesimpulannya, motor beliau 'cedera', sama dengan penunggang dia. Saya pula, koyak baju dan seluar jeans, tangan kiri calar, kaki kiri luka. Sampai bilik, call Alyn, dia bagi amaran kepada saya, "Awak jangan bawa motor lagi, janji kepada diri sendiri tahu?" Macam marah plus caring je saya dengar dia cakap dari fon.

Ini baru 2 Oktober. 18 September? Petang Sabtu, saya dan fareez balik UKM untuk hantar barang. Saya bawa beg besar, Fareez bawa beg galas UKM, naik motor dia. Sebelum itu, papa dah bagi warning, "Hati-hati, papa risau kepada 'Ariff, dahlah bawa barang, naik motor" tetapi saya cakap boleh. Malaysia Boleh!

Lastly, depan pintu blok saya, tiba-tiba motor fareez jatuh ke arah kanan dan kaki kanan saya terhimpit dengan berat Fareez plus saya plus beg saya yang seberat 8 kg plus motor dia. Best tu, sampai saya balut luka tu tiga kali. Alyn pun dah cuak semacam lepas saya mesej malamnya.

So, lepas ni, kepada sesiapa kawan-kawan saya yang nak tumpangkan saya naik motor, saya kena solat tahajud 3 hari 3 malam dahulu sebelum saya naik. Kepada Alyn, sorry awak, saya janji tak nak buat awak susah hati ye ;(

Kesimpulannya, saya ♥ kemalangan motosikal :D









mood: motor ini membunuhku dengan diiringi lagu D'Masiv

Labels: ,

1 komen:

Comment by shinichi emre on October 3, 2010 at 9:59 AM

abg khairul ckp ap je moto dye cedera??

Post a Comment