Assalamualaikum.
Mesti ada yang pelik dengan tajuk entry kali ini, sebab ada yang akan persoalkan 'why not The Three Musketeers?'. Ya memang pun, kalau sekiranya anda bukanlah seorang peminat Tom and Jerry atau paling kurang, pernah menonton episod ke-65 terbitan Hanna-Barbera Production. The Two Musketeers. Mengisahkan dua ekor tikus, Nibbles dan Jerry yang berlawan dengan Tom, seorang kepala musketeer Diraja. Yang pasti, tiada yang mati, kalau cedera tu memang selalu la.
Kalau nak tengok, sila cari sendiri di YouTube |
Bermula dari tahun 2005, kali pertama saya mengenali apa itu Musketeers ini, saya mula berminat mengenai The Three Musketeers. Walaupun saya tak pernah membaca novel karya Alexandre Dumas tersebut, namun saya cuba mencarinya semasa exam SPM. Selepas siri pencarian novel tersebut, memori Musketeers saya diingatkan dengan filem Slumdog Millionaire. Soalan terakhir yang ditanya Prem Kumar, pengacara Who Wants to be a Millionaire kepada Jamal Malik.
Dari sana, saya mula kenal watak-watak The Three Musketeers. Athos, Porthos, dan jawapannya ialah Aramis. Sebab saya meminati novel tersebut walau tak pernah membacanya, maka saya pernah menggelar diri saya dan dua orang kawan matrik saya sebagai The Three Musketeers. Motif? Because we three are kaki online guna Opera Mini time kelas, haha.
KAA is my another facebook account, so don't be weird |
Akhirnya dalam satu penantian, ketika saya menonton filem apa entah di pawagam (sorry, 'apa entah' is not the title of the movie), saya
Unus pro omnibus, omnes pro uno |
Dan sebagai hadiah penantian kerana setia menantikan The Three Musketeers, saya akhiri entry kali ini dengan pesanan Athos kepada D'Artagnan
don't never easily believe in women
Okay, don't blame me what did I write, but ask Dumas, or at least Athos, why did he say that.
Wassalamualaikum.
p/s: I am D'Ariff Cantabile, the Musketeers from negeri Antah Berantah
0 komen:
Post a Comment