Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Papa di Hati, Sahabat di Jiwa, Guru di Minda

12:38 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum. Mood masih super exhausted selepas balik Sunway Pyramid semalam, so nak buat entry sempena hari Bapa pun tak dapat nak taip panjang-panjang. Eh hari ni hari Bapa ke? Tak perasan pula saya, maklumlah tengok kalendar pun jarang-jarang.


Lagu ini sahaja yang mungkin boleh melengkapkan entry mengenai hari Bapa. Lagu duet Ada Band dengan Gita Gutawa, Yang Terbaik Bagimu. Ya, papa saya ialah hero saya, one of the people who inspire me besides Rasulullah SAW. Papa saya adalah seorang yang tegas, termasuk kepada anak-anaknya. Waktu saya masih kecil, saya selalu berasa kecil hati kerana papa terlalu tegas dengan saya, bahkan sampai saya takut untuk berborak dengan papa. Namun kini saya faham kenapa papa bersikap terlalu tegas, kerana saya anak sulong papa yang akan menjadi pewaris papa, yang akan meneruskan Sunnah Rasulullah sebagaimana papa.

Saya ingat lagi sewaktu masih menuntut di Indonesia, saya hendak menghadapi UAN atau Ujian Akhir Nasional, setaraf PMR. Saya amat memerlukan buku-buku rujukan sebelum exam, so saya meminta ayah saya untuk memberi duit belanja lebih. Selepas 2 minggu baru saya dapat duit lebih, namun saya tak tahu kenapa dapat begitu lambat. 4-5 tahun selepas itu barulah saya faham kenapa lambat dapat, kerana papa mencuba sedaya upaya mencari wang lebih untuk membeli buku-buku rujukan untuk saya.

Dengan usia menjangkau 60 tahun, papa masih bersemangat muda. Saya sedar profesion  papa yang lain daripada biasa, tidur lambat bangun awal, then kena berhadapan dengan kerenah zahir dan batin. Dalam usia sebegini, kebiasaannya mereka akan berehat bersama keluarga, bersara atau menerima duit pencen, namun papa masih gigih bekerja. Seolah papa tidak pernah mengenal erti lelah penat.

Saya ingat lagi ketika saya bergurau, apakah mesti memanggil papa dengan panggilan Dato' atau pak Engku seperti biasanya, papa menjawab 'panggillah seperti biasa, kan papa ni papanya 'Ariff, kalau orang lain nak panggil papa dengan Dato' papa tak kesah, tapi papa lebih suka dengan panggilan pak Engku'.

Dan saya bersyukur kerana saya berbinkan papa saya, Ansaruddin Agus.
Dan saya bangga kerana mempunyai papa saya, Ansaruddin Agus.
Dan saya bertuah kerana mempunyai wira di dalam keluarga saya, Ansaruddin Agus.
Dan saya tidak malu mempunyai seorang papa yang berasal dari Indonesia, Ansaruddin Agus.
Dan akhir sekali, saya bertuah kerana saya memiliki darah Minangkabau yang sangat kuat daripadanya.
Ya, papa saya Ansaruddin Agus.

Saya ingat lagi ketika mula-mula masuk matrik, orang hanya mengenal saya sebagai Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus, anak kepada encik Ansaruddin Agus. Namun bagi saya, Ansaruddin Agus bukan sekadar seorang papa kepada Muhammad 'Ariff Putra, namun beliau adalah sahabat, penasihat, boss, guru, profesor, dan sebagainya. Dan seolah bayang-bayang papa kini ada dengan saya.

Banyak perkara yang tak mampu saya luahkan di sini, biarkan saya simpan di kalbu saya, sebagai kenangan antara seorang ayah dan anak, seorang guru dan murid. Dan saya amat berasa bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk mengabdi, berbakti dan menguak pengalaman bersama beliau, Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus, papa saya. Satu harapan dan doa saya kepada Allah, semoga Allah panjangkan usia papa untuk berbakti di jalan Allah, dan papa dapat melihat menantu dan cucu pertama papa, insyaAllah. Amin.

Papa di hati, sahabat di jiwa, guru di minda. Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus

Wassalamualaikum.

p/s: air mata hampir mengalir namun kena kontrol macho sebab takut terbaca oleh papa



Labels:

9 komen:

Comment by Nazihah@Jiha on June 19, 2011 at 7:30 AM

Ya rabb..bapa Ariff rupanya Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus(pak Engku)

terasa kecil ja dunia ni :')

Comment by Mohd Khairi on June 19, 2011 at 7:30 AM

so sweett...agk trharu aku bace entri nih... anyway, Happy Father's Day.. (^__^)

Comment by Unknown on June 19, 2011 at 7:37 AM

wah.serius your dad is Dato'.hebatnya.Happy Father's Day

Comment by 'Ariff Ansaruddin on June 19, 2011 at 7:45 AM

Nazihah@Jiha: eh kenal ke?

Mohd Khairi: thanks Khairi, ni just luahan hati aku sebagai anak ayah aku :)

Rozuan Ismail: thanks Rozuan, happy Father's Day too!

Comment by Nazihah@Jiha on June 19, 2011 at 7:56 AM

lihat kat tv Fadzilah Kamsah Selami Jiwa part tipu daya sihir..,knal dr situ r hihi :)

bapa Ariff Pengasas Pusat Rawatan Yashfien Herbs kn?

Comment by 'Ariff Ansaruddin on June 19, 2011 at 8:09 AM

Nazihah@Jiha: yep yep dan yep :)

Anonymous on October 18, 2011 at 1:44 AM

I am so glad you have grown up, and take after your dad. It was just like yesterday when I used to take you to taman tasik titiwangsa almost every weekend. All the best !

Comment by 'Ariff Ansaruddin on October 18, 2011 at 10:23 AM

thank you anon. may I know you?

Anonymous on June 15, 2014 at 8:12 PM

Manjanya anak papa ni. Nak tunjuk kat papa dia suh baca.. Hihi.. Penulisan seorang anak buat papanya. Bagus.. Bagus.. Anak yang baik sekali.

Post a Comment