Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Kembali Kepada Allah

5:46 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat. Tiba-tiba idea nak mengupdate blog ini hadir sehari sebelum saya hendak ke Tanjung Malim, ke rumah Nuar kawan JPP saya, sebab Khamis ini saya menjadi fasilitator di KMNS. Okay back to main idea, idea ini berpunca daripada entry saya sebelum ini (Survey). Selepas saya menerima pelbagai respons daripada pembaca, saya masih belum dapat menemukan satu jawapan yang pasti, apalagi mengenai hati dan perasaan.

...bukan nak berjiwang, namun inilah fakta...

Salah seorang respons yang saya terima, kawan JPP saya yang bukan dari KMNS. Dia memberi respons melalui message di Facebook. Respons dia sama seperti yang lain, maybe she likes me but she does not have any courages to say it - or she is shy. Yeah, jawapan yang hampir sama dengan yang lain. Namun komen terakhir daripada dia,

kau tunggu jela apa akan jadi dekat kau lepas ini, biar masa menentukan =) lagipun, aku sure kau akan jumpa banyak jenis orang lagi nanti

Simple, namun saya baru sedar maksud ayatnya sebelum tidur. Don't too much to expect something that is not defined. Saya mungkin (atau mainan ilusi) terlalu berfikir yang dia sukakan saya, atau saya yang terikut-ikutkan perasaan. Biasa, itu lumrah manusia. Hati manusia seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, tidak mudah kukuh. Sekejap A sekejap B. Sebab itulah salah satu doa yang selalu kita baca,

Ya Allah Yang membolak-balikkan hati-hati manusia, ...

kerana Allah Maha Menguasai segala sesuatu di muka bumi ini, termasuk hati dan perasaan kita.

Kembali kita kepada Allah. Sang Pencipta dan Penguasa. KepadaNya kita menyembah dan kepadaNya kita memohon pertolongan. So, untuk apa susah-susah berfikir siapa jodoh kita, apakah kita ini sesuai dengan dia atau tak, apakah dia sukakan kita atau tak. Kita hanya mampu memohon sesuatu dan ini bukan bermakna kita boleh bermalas-malasan. Tidak sama sekali! Allah telah berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11

....sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri, ...

Dalam erti kata, seorang pelakon teater, apabila mendapat satu skrip, dia hanya mampu mengikuti skrip tersebut untuk menjadi seorang pelakon teater yang berjaya. Namun bergantung kepada pelakon teater tersebut berbuat sesuatu dengan skripnya, sama ada akan berlatih sungguh-sungguh atau hanya sambil lewa. Demikian juga dengan diri kita. Kita hanya mampu berusaha namun apabila Allah telah menetapkan sesuatu, kita mesti laksanakan atau kita tidak akan selamat di dunia dan akhirat. Skrip telah Allah sediakan, tetapi macam mana kita nak menghidupkannya, depends kepada diri kita sendiri.

Sebelum saya akhiri nukilan saya sebab nak berkemas-kemas, segala sesuatu yang terjadi di atas dunia ini adalah ketetapan Allah. So kalau tak berpuas hati dengan apa yang anda perolehi, maka anda sedang tidak berpuas hati dengan Allah. Dalam konteks mencari jodoh pula, kita hanya boleh mencari jodoh, sama ada nak berkahwin dengan artis, dengan businesswoman atau dengan guru, namun kalau Allah telah tetapkan, sama ada nak berkahwin dengan seorang doktor atau akauntan, maka itulah yang terbaik. Sebagaimana kata-kata daripada ayah saya, 'kita hanya pelakon di atas teater ini, hanya menjalani skrip yang Allah telah tentukan'. so that, tak usah terlalu fikir soal jodoh, Allah telah tentukan sama ada dia atau dia. Skrip saya sekarang adalah menjadi pelajar di UKM, bukan menjadi suami kepada student UKM, KLIUC atau UNRI.

...macam direct je saya cakap tak?...

Akhirul kata, wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Komen terakhir kawan saya: sebab itu Allah perkenalkan kita solat hajat, solat tahajud, dan banyak lagi. Islam banyak ajar kita secara simbolik, berfikir secara mendalam, bukan terburu-buru. kalau kau pilih untuk positif, kau akan nampak cerita (baca: jalan hidup) kau bersinar-sinar. kalau kau pilih untuk negatif, kau akan nampak kau dalam kegelapan. cara kita berfikir menentukan respons dan pilihan kita, cara hidup kita. semua datang dari hati. kau yag menentukan segalanya sebenarnya.

p/s: selamat ulang tahun UKM ke 41, Inilah Varsiti Kita

Labels: , ,

2 komen:

Comment by Nazihah@Jiha on May 17, 2011 at 8:05 PM

Assalamualaikum..baru terbaca entri 'survey' tu..setiap komen yg diberikn ada kemungkinannya dan myb itu betul..dan ya,mgkin jg ariff terikut-ikutkan perasaan...

pernah terbaca...suka dalam diam... lebih baik merahsiakan sebelum tiba waktunya....
perkenalan, bermula dengan penghormatan selalunya akan di akhiri dengan perselisihan.
tetapi perkenalan bermula dengan hati menuju Ilahi selalunya akan timbul bibit2 saling hormat menghormati. bertolak ansur dan masing masing mendoakan kesejahteraan kehidupan..^^~

try ariff tgok ni http://menteil.net/tanda-dia-sukakan-kau.html

~tajuk entri ni saya suka 'kembali kpd Allah' tentu sekali!
ok wassalam..

Comment by 'Ariff Ansaruddin on May 17, 2011 at 8:20 PM

Waalaikumussalam, syukran Jiha sebab memberikan komen. terkadang, kita terlalu berajakan hati bertuhankan nafsu. kalau ada yang nampaknya baik mendekati kita then kita mulai suka. walhal kita tak tahu apa di sebaliknya, kerana sebenarnya hati manusia adalah perkara ghaib

anyway, syukran jazilan. Wassalamualaikum

Post a Comment