Assalamualaikum dan selamat malam. Sebenarnya saya baru sampai dari oversea ini, iaitu dari Pekanbaru, Riau, Sumatera, Indonesia. Kenapa? Sebab kakak sepupu saya berkahwin di sana. Kebetulan weekend saya tiada kerja, so saya dapat balik ke sana walau sekejap. So, saya akan bercerita tentang aktiviti saya di sana.
Kad jemputan perkahwinan kakak sepupu saya
Jumaat, 18 Mac 2011
Saya sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Pekanbaru. Tiket AirAsia pukul 4 petang, flight nombor AK 572. Pukul 12 tengah hari bertolak ke LCCT dengan abang dan adik saya. Dalam perjalanan hujan lebat sudah mula turun. Sesampainya di LCCT, kami bertiga cuba untuk mencari tempat makan yang sesuai. Kami makan di McDonalds walau harga yang memang mahal. Lihat saja resit di bawah, almost RM 50 for 3 person!
Ketinggian makanan yang kami lahap bertiga hampir sama dengan ketinggian abang saya semasa duduk
Kami menanti rombongan yang lain, ada sekitar 13 orang. Pukul 3 petang kami sudah sedia check-in dan solat jamak. Ada lagi 30 minit sebelum masuk ke boarding hall. Then pukul 4 petang mula berlepas, perjalanan hampir sejam sebab jaraknya yang lebih dekat berbanding Medan. Sesampainya di sana, pihak hotel Tasia Ratu, tempat kami menginap mengambil kami semua. Papa dan mama saya telah sampai 4 hari lebih awal daripada saya. Malamnya, kami semua menjamu selera di gerai nasi Padang plus sate Padang. Memang betul-betul ho liau!
Kami makan sate Padang (atas) di gerai tepi jalan ini sahaja selepas makan nasi Padang (bawah)
Sabtu, 19 Mac 2011
Pagi pukul 10 waktu setempat, selepas sarapan pagi, rombongan semua membeli belah di pasar berdekatan hotel. Papa memang pandai memilih hotel, bukan sebab papa tahu citarasa kami semua yang memang kaki shopping, namun papa juga pernah dibesarkan di sana. Untuk pengetahuan, atuk saya, iaitu ayahnya papa adalah bekas ahli dewan rakyat awal tahun 50-an di Pekanbaru. Kami semua sempat membeli kain,baju, makanan dan sebagainya. Yang pasti murah la. Pukul 12 waktu setempat kami bersedia untuk ke dewan perkahwinan kakak sepupu saya.
Kedatangan kami disambut dengan satu papan ucapan tahniah daripada kerajaan negeri. Gila ah, kerajaan negeri sana hantar ucapan tahniah! Memang pun, sebab mak cik saya adalah kawan kepada gabenor negeri sana. Banyak juga papan ucapan tahniah daripada yang lain. Sempat saya snap beberapa papan ucapan tahniah tersebut.
Sebahagian daripada papan ucapan tahniah yang sempat saya snap
Saya ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Khabarnya mak cik saya menjemput hampir 1300 orang tetamu, termasuk gabenor dan isteri beliau serta datuk bandar-datuk bandar kawasan berdekatan. Bayangkan saya kena berdiri melayan tetamu selama hampir 4 jam, dan saya tak sempat makan pun. Tetapi setidaksempatnya saya untuk makan, saya yang juga bertugas sebagai jurugambar tak rasmi juga mengambil gambar saya dengan sepupu-sepupu saya, yang perempuan sahaja!
Yang mana satu yang paling lawa di antara mereka bertiga?
Sempat juga saya menyumbangkan dua buah lagu bertajuk Menunggumu dan Bila Rasaku Ini Rasamu oleh Kerispatih. Kali pertama saya menyanyi di depan papa dan mama saya sewaktu dalam majlis. Siapa yang tak cuak la, dengan disaksikan oleh tetamu-tetamu. Tak apa, kena control kacak, hahaha. Plus ditambah dengan pasangan duet saya yang jeng jeng jeng. Hehehe
Adakah di sana kau rindukan aku meski kita kini ada di dunia berbeda, bila masih mungkin waktu kuputar kan kutunggu dirimu
Malamnya, saya dengan abang dan adik saya tidur di rumah mak cik. Abang saya memanfaatkan kesempatan itu dengan bermain PlayStation dengan adik sepupu. Memang kaki game la! Pukul 2.30 pagi saya cuba untuk melelapkan mata selepas mencuba melahap murtabak durian, borak-borak dengan pak cik, online facebook dan menonton bola.
Saatnya bermain PlayStation!
Ahad, 20 Mac 2011
Selepas sarapan di rumah mak cik, pukul 8 pagi waktu setempat kami bertiga dengan abang sepupu yang paling tua menghantar kami semula ke hotel untuk mandi dan bersiap-siap keluar. Kami bertiga hanya tidur semalam di rumah mak cik dan tak bawa apa-apa selain apa yang kami pakai di malam hari itu dan saya sempat bawa laptop untuk online di sana. Pukul 11 pagi waktu setempat papa saya dengan rombongan yang lain bergerak ke pasaraya yang berada di sekitar hotel dan saya serta adik dan abang saya menantikan kakak dua pupu saya untuk membeli belah di tempat lain. Sekali adik dia tak dapat ikut la sebab kakak dia cakap esok ada ujian akhir semester (hancur hatiku...). Tidak mengapalah!
Pukul 2 petang waktu setempat kami semua telah check out daripada hotel. Oleh sebab pukul 4 petang waktu setempat flight akan berlepas so kami kena sampai sejam lebih awal, namun jalan yang sesak plus hujan lebat menyebabkan kami semua hampir ketinggalan penerbangan. Untungnya flight kami pun delay 20 minit juga. Di airport saya sempat mengambil beberapa gambar. Boring meh!
Dua gambar di atas semasa ketibaan dan dua gambar di bawah semasa menantikan pesawat
Hanya 40 minit sahaja penerbangan kami, kami semua selamat sampai di LCCT. Malangnya, fon saya pula rosak entah kenapa semasa baru lending. Tak boleh on! Baru nak mesej dengan seseorang namun terpaksa tunggu sampai di rumah untuk tukar fon. So sekarang, saya dah selamat sampai di rumah. Rasa nak balik semula ke Pekanbaru jumpa family yang lain di sana.
Sebelum saya sudahi kisah saya 3 hari 2 malam di Pekanbaru, saya sudahi dengan status terbaru saya di facebook dan juga di facebook
Akhir sekali, wassalamualaikum. Labels: pengalaman
0 komen:
Post a Comment