Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Lelaki Sudah Pupus!

5:28 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Hampir seminggu saya tak mengupdate blog. Last kisah saya ialah 'Lidahku Berbelit-Belit', tentang saya yang kini agak sukar membezakan perkataan Melayu Malaysia dengan Melayu Indonesia. Beza bukan? Namun semuanya ada hikmah. Sebagaimana apa yang saya dengar dalam khutbah Jumaat lepas di Masjid UKM, apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Kita hanya mampu berusaha namun segalanya kita kembalikan kepada Allah, kerana Allah-lah yang Maha Mengetahui dan Maha Merancang sesuatu. Sama dengan keadaan saya pada masa kini, sebanyak mana kita berusaha untuk menghadapi peperiksaan, segigih mana kita menelaah nota dan buku, sejauh mana kita mencuba bertanya kepada para pensyarah, namun jika Allah menetapkan kita tak dapat apa yang kita mahukan so mesti ada kekurangan yang kita lakukan. Mungkin kita lupa berdoa kepada Allah, padahal elemen terpenting selain hubungan horizontal (hubungan sesama makhluk) ialah hubungan vertikal, iaitu hubungan kepada Maha Pencipta iaitu Allah. So, saya bernasihat kepada diri saya dan juga kepada rakan-rakan di universiti atau di mana sahaja anda berada, jangan lupa kepada Allah kerana Dialah Maha Mengetahui.

Sedikit tazkirah sebelum bercerita. Minggu lepas saya dijemput sebagai ahli Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) cawangan UKM untuk menghadiri Program Pengukuhan Refleksi Fasilitator pada 1 hingga 3 April 2011 bertempat di Kem Rekreasi Sungai Udang, Melaka. Minggu depannya saya ada study week sebelum exam pada 11 April. Saya kenalah join sebab saya ahli tetap UPSM, namun masalahnya kurangnya peserta lelaki yang join. Ketika masalah ini saya utarakan kepada rakan UPSM saya, dia juga mengeluh dan menyuarakan apa yang menjadi masalah di hatinya, iaitu lelaki kini makin berkurang.


Berkurang?

Maksudnya, kini makin ramai lelaki yang kurang kesedaran untuk ikut serta program yang menunjukkan kebolehupayaan mereka sebagai leader. Ya, lelaki adalah pemimpin kepada wanita, dan itu lumrah manusia. Unless mereka yang disebut sebagai lelaki ialah kanak-kanak lelaki atau lelaki yang telah uzur. Dan apa yang kita semua sedari, berapa ramai lelaki yang berjaya dalam setiap peperiksaan. Saya pun juga lelaki, dan setiap kaum Hawa berjaya melakukan sesuatu perkara maka saya pasti akan tercabar. Melihat perempuan mampu mengatur masa untuk berorganisasi, bekerja dan belajar dalam satu masa, maka pasti saya sebagai lelaki boleh melakukannya!

Dan itu perkara yang membuat kawan saya runsing melihat lelaki makin berkurang muncul untuk menjadi pemimpin. Mereka malu (atau takut?) untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan untuk CAPUB (CAri PUBlisiti) namun mencari pengalaman. Secara jujurnya, pada awal pembabitan saya dalam setiap organisasi, saya adalah bodoh dan tak tahu. Maka, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah belajar daripada rakan sejawat atau senior. Perkara selanjutnya ialah saya mengikuti rentak sebelumnya dan apabila telah menemui rentak, maka saya akan melakukannya sendiri melalui idea saya.

Bukan niat untuk berlagak di dalam blogspot saya, namun pengalaman saya berorganisasi yang pertama ialah dalam Pembimbing Rakan Sebaya pada tahun 2006. Saya tidak tahu apa-apa sehingga tahun 2008 saya dipilih sebagai Presiden, namun saya masih tiada melakukan sebarang kerjaya. Masuk matrik, saya cuba untuk menebus kesilapan saya dengan memasuki Pembimbing Rakan Dinamik, namun saya terlambat so saya terpaksa masuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, dan saya berjaya menjadi Yang Dipertua Pelajar. Berat? Ya, namun selagi kita mampu memikul maka pikullah, jika tidak maka bahagikanlah kepada yang lain, namun jika tidak mampu maka serahkanlah kepada yang mampu. Dan kini, saya menjadi Timbalan Eksekutif Penerbitan dan Publisiti di Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan dan Alam Bina UKM.

Semakin lama hidup memang semakin susah, namun apabila kita cuba untuk menghadapinya maka hidup ini menjadi semakin senang.

Itu sahaja yang mampu saya nukilkan hari ini. Perlu saya ingatkan, ini bukan luahan hati saya, namun pandangan kawan saya yang seorang perempuan. Saya sebagai kaum Adam mampu mengingatkan kawan-kawan saya, terutamanya kepada lelaki yang senasib seperjuangan dengan saya. Saya lelaki, dan saya risau dengan kaum lelaki. Sekian, wassalamualaikum.

p/s: kalau ada yang kurang bersetuju, jangan marah kepada saya, jangan marah kepada kawan saya, namun buktikan bahawa kita mampu. that's all!

Labels: , ,