Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Cakap dan Dakwah Secara Lemah Lembut

8:16 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog saya ini. Kini saya dah masuk minggu ketujuh di UKM pada semester 2. Ini bermakna, ada lagi 7 minggu sebelum saya berperang di akhir semester ini. Ah sudah, tak nak lagi dapat bawah pointer A- untuk matematik. Semester lepas saya dapat C untuk Kalkulus, semester ini saya nak dapat A untuk Aljabar! Ya, bukan calang-calang target saya ini, insyaAllah dengan rahmat Allah dan doa papa mama saya serta usaha saya. So jangan malas-malas wahai Muhammad 'Ariff Putra Ansaruddin Agus!


Sebelum itu saya minta maaf sebab dah lama tak update blog ini. Harap maklum, bilik baru saya di UKM ini memang best, sebab apa?
  • Jauh daripada kafe dan bus stop
  • Internet yang lembab di bilik
  • Buka tingkap di malam hari, dihadiahkan dengan satu 'pemandangan yang indah'
So faham-faham jelah maksud saya yang 'pemandangan yang indah' itu. Bukannya takut, namun malas nak undang padah untuk kali kedua, hehehe. Oleh sebab itu, kerja saya untuk laptop ialah tengok nota (tengok je, bukan baca), main FIFA 11, dengar lagu. Itu sebab terkadang saya update status guna iPhone 4 atau Blackberry saya http://www.emocutez.com

Yin dan Yang

Saya terbayang satu keadaan, di mana manusia memiliki dua sisi yang berlainan. Ada jahat dan baik, pandai dan bodoh, rajin dan malas, dan sebagainya. Istilahnya dalam kepercayaan Confucianism, ada Yin Yang. Ini bukan ajaran sesat atau syirik, namun inilah salah satu keseimbangan dalam hidup kita. Setiap sisi jahat seseorang manusia, sisi bodoh atau sisi malas manusia, mereka juga memiliki sisi baik, pandai atau rajin. Sedangkan seorang penjenayah bernama Fudhail bin 'Iyadh boleh kembali ke pangkal jalan, dan menjadi seorang yang taat dan warak, bagaimana pula dengan kita yang hanya berkelakuan jahat seperti mencuri, menipu atau melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya? Nak tahu lebih lanjut mengenai Fudhail bin 'Iyadh, rujuk ke blog ini.

Kita sedar, kita bukan sebaik Nabi Musa yang menjadi utusan Allah kepada masyarakat Mesir Purba. Dan kita juga maklum, kita tidak sejahat Firaun Ramses II yang menyeksa keturunan Yahudi dan bayi lelaki yang baru dilahirkan wajib dibunuh selain mewajibkan rakyatnya menyembahnya. Namun sedarlah kita, dalam berdakwah kepada Firaun pun Baginda menggunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut, walaupun Baginda tahu di hadapannya adalah salah seorang ketua-ketua penghuni neraka.

Dalam berdakwah, atau bahasa senangnya menyampaikan sesuatu, kita perlu menyampaikan sesuatu dengan lemah lembut, muka yang ramah dan ayat yang manis namun benar. Bagaimana dakwah berkesan kalau kita bercakap dengan nada yang marah macam nak makan orang, then suruh orang itu ikut apa yang kita cakap. Wutahal!

Bukan hanya dalam dakwah, dalam bertutur kata pun macam begitu. Kalau orang bercakap baik dengan kita, apakah kita akan terpengaruh? Berkemungkinan besar. Kalau orang itu cakap macam kita nak bagi pelempang? It's up to you la. Namun bagi saya, selagi orang itu bercakap baik dengan saya, saya akan layan dia dengan baik juga, bahkan saya akan layan dia lebih baik daripada dia melayan saya (jangan fikir macam-macam, melayan sebagai seorang kawan sahaja). Tetapi kalau dia cakap kurang ajar, layan saya macam saya ni sampah, so jangan salahkan saya kalau saya tak layan dia atau, saya lempang dia!

Sedangkan monyet pun dah boleh lempang orang yang kurang ajar!


Saya pun manusia biasa juga, saya sedar saya ini pendiam dalam huhahuha (bahasa moden untuk gelak sakan), saya pun garang dalam kelembutan. So jangan main-main kepada saya kalau saya serious, sebab saya adalah serious dalam kerja. Namun kalau saya akan marah, bukannya saya marah berlarutan. Saya juga sedar yang saya mungkin ada juga salah silap sebelum ini.

Banyak juga perenggan yang saya tulis ini, asyik tekan enter je saya. Biasalah, dah lama tak update blog, saya pun rasa terlalu panjang entry ini so saya makin enter jelah. Namun entry saya kali ini bukan entry kosong, entry nasihat kepada diri sendiri dan kepada pembaca setia blog saya. Sebab setiap manusia ada sisi baik dan jahatnya, maka jangan terlalu bersikap baik sangat kepada mereka yang telah membuli dan memijak harga diri kita, dan jangan pula kita masih berkasar dan kejam terhadap mereka yang berbuat baik kepada kita. Sebab kita adalah manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah.

Akhirul kalam, wassalamualaikum.

Labels: ,