Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Tujuh Keajaiban Dunia di Hati

3:26 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, entry yang ringkas, saya ambil daripada blogspot kepunyaan Norsyahida Mohamad. Nampaknya entry ni best sangat-sangat, namun saya kena ubah suai mengikut bahasa Melayu yang sesuai.



Sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia."
Dari awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir itu adalah "Tujuh Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa ketidaksesuaian, sebahagian besar senarai berisi

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar China
4) Menara Pisa
5) Angkor Wat
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, cikgu memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, cikgu tersebut bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran dengan senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab:

"Ya, sedikit. Saya sukar memilih kerana terlalu banyak."

Cikgu tersebut berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang awak miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu diam seketika, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah:


1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,


Dia diam lagi sejenak, dan kemudian melanjutkan,


5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, dapat mencintai


Ruang kelas tersebut sunyi seketika.

------------------*******---------------------

Sahabat..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya dan menyebutnya "keajaiban". Akan tetapi kita lupa melihat apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.

Sementara kita lihat lagi semua yang telah Allah kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai sesuatu yang "biasa".

Semoga kita hari ini diingatkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan kita.

Itu sahaja, sekian terima kasih. Sekarang mood saya dah mula kembali seperti biasa, hahaha http://www.emocutez.com

Labels: