Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Ibu Bapa vs Pasangan?

9:05 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, akhirnya berjaya juga saya menjengah blogspot ini. Walau dalam kesibukan untuk menghadapi midsem, namun sempat juga saya mengupdate blog ini. Yelah, esok dah cuti sempena Hari Keputeraan junjungan kita semua bagi umat Islam, Baginda Rasulullah SAW. Esok tepat 12 Rabi'ul Awwal 1432 Hijriah. Itu bagi sesiapa yang tak tahu atau dah lupa kenapa esok cuti. Apalagi bagi yang mengaku Islam, kad pengenalan dia tertulis Islam namun lupa tentang orang yang telah menyebarkan ajaran mulia ini. So, saya menyeru para pembaca blogspot saya ini dan juga saya untuk berselawat kepada Baginda.


Nak lebih jelas, klik gambar untuk pembesaran

Berbalik kepada topik kita hari ini, kenapa saya tiba-tiba menyentuh isu cinta yang direstui ibu bapa. Senang cakap, saya terinspirasi daripada dua perkara yang berkaitan sekarang ini, iaitu:
  • Sambutan Hari Kekasih, sehari sebelum sambutan Maulidurrasul
  • Isu anak luar nikah, ikut kekasih sampai meninggalkan keluarga dan sebagainya
Tak payah saya nak explain, semalam adalah hari yang amat dinanti-nantikan oleh para pemuda dan pemudi yang asyik bercinta tak ingat dunia. Bukan hanya di Malaysia sahaja, namun di seluruh dunia, bahkan sambutan ini bermula dari budaya Barat itu sendiri. Cakap jujur dan bukan nak riak, saya pun amat meluat melihat gaya remaja masa kini yang kemaruk sangat bercinta sampai lupa siapa mereka, siapa keluarga mereka dan siapa Tuhan mereka. Bukan hanya pada masa 14 Februari, namun setiap masa, sampaikan mendengar perbualan mereka pun saya dah rasa nak muntah. Dengan panggilan sayang, papa-mama, I-you sampai apa lagi, saya pun tak berapa tahu sangat.

Cinta kepada pasangan, saya pun sebagai remaja juga mengalaminya. Namun apabila telah memikirkan soal masa depan, perkara pertama yang kena dilakukan bukanlah berjumpa dengan ibu bapa pasangan. Bukan juga 'mencuba' pasangan kita (harap maaf, saya terpaksa guna ayat 'mencuba'. harap faham)sebelum bernikah. Namun perkara pertama yang mesti dilakukan ialah berbincang dengan ibu bapa kita. Bukankah mereka telah membesarkan dan menjaga kita sehingga jadi manusia yang berguna seperti sekarang ini. So, kenapa kita mesti membelakangkan mereka?

Maksud saya, dalam menentukan sesuatu perkara mengenai diri kita seperti pekerjaan, jodoh dan sebagainya, lebih baik kita berdiskusi atau berbincang dengan mereka. Ingatlah, bagi lelaki tidak akan terputus hubungan antara mereka dengan ibu bapa mereka. Dan bagi wanita, hubungan kepada ibu bapa mereka masih ada namun selepas berkahwin, tanggungjawab ibu bapa si wanita berpindah tangan ke suami mereka. So, selagi kita masih di bawah jagaan ibu bapa kita, kenapa kita masih membantah apa yang mereka katakan? Tidakkah anda merasakan bahawa dosa yang paling besar selepas syirik ialah derhaka kepada ibu bapa?

Untuk kes lari ikut kekasih, saya secara jujurnya amat sedih melihat ramai remaja kawan-kawan saya yang terpedaya pujuk rayu lelaki yang baru mereka kenal tidak sampai 10 tahun, dan memilih untuk melarikan diri berpisah dengan ibu bapa yang telah menjaganya selama berpuluh tahun, lebih lama daripada lelaki tersebut. Di mana akal fikiran anda wahai permata bangsa, anda lebih rela mengikuti lelaki yang tidak pasti siapa dia, siapa ibu bapanya dan apa latar belakangnya dan kini meninggalkan ibu bapa anda dalam keadaan merana mengenangkan nasib anak mereka yang kini telah meninggalkan mereka? Saya tidak tahu, apakah di saat itu cinta kepada pasangan lebih tinggi dan agung nilainya daripada cinta kepada ibu bapa kita?

Maaf, entry kali ini - dan juga entry-entry sebelumnya mengenai peringatan dalam hidup kita, terutamanya kepada para remaja di luar sana, termasuk saya sendiri. Saya amat kasihan melihat kawan-kawan saya yang lebih mengabdikan cinta mereka kepada pasangan-pasangan yang tidak dapat dipastikan dapat membawa mereka ke pintu syurga. Dan mengenai jodoh, mereka juga ikut hati masing-masing dengan mambantah keputusan ibu bapa mereka dan lari mengikut pasangan masing-masing. Tidak salah ibu bapa memilih jodoh kepada kita, namun kitalah yang menentukan sama ada kita hendak atau tidak dengan pilihan ibu bapa kita.

Mungkin ini sahaja yang dapat saya sampaikan untuk diri saya dan para pembaca blogspot saya ini. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang salah silap ini adalah kekhilafan saya sebagai manusia. So, mohon maaf atas segala kesilapan saya yang mungkin (bukan mungkin, namun pasti) mengguris pendapat atau pandangan pembaca entry ini. Selamat menyambut Maulidurrasul. Wassalam.

p/s: saya rasa menitiskan air mata mengenangkan jasa papa dan mama saya yang telah mendidik dan membesarkan saya sehingga berjaya seperti ini ketika menulis entry ini. terima kasih papa dan mama, dan Happy Anniversary Day yang ke-21

Labels: , ,