Assalamualaikum, sorry kepada pembaca setia blog saya (kalau la ada, hehehe) sebab dah lama saya tak mengupdate blog saya ini. Al-maklumlah, saya agak busy juga selepas habisnya program TG2KM yang saya cerita sebelum ini di Argh, Tensionnya!!!. Memang best la sambutannya, ada banyak program yang best yang kami selenggarakan, seperti...
Forum Inspirasi Bersamamu Gaza
Bicara Ad-Din: Penghijrahan Cinta
Yang bestnya kalau anda perasan, kami jemput imam muda Asyraf dengan ustaz Hasrizan yang menulis buku 'Aku Terima Nikahnya' untuk program Bicara Ad-Din. Dan majlis penutupan kami juga diserikan dengan pesta bunga api-kali pertama dalam tempoh 10 tahun ada bunga api.
Memang best sangat-sangat dapat join TG2KM, walau baru kali pertama join event besar macam ini. Plus family TG2KM yang sporting gila habis! Tahun depan kalau ada rezeki, saya nak join juga la, tetapi sebagai ketua eksekutif sahaja.
Saya ingatkan lepas program ini, saya boleh rest cukup-cukup, sekali kena pergi Segamat, Johor untuk bercuti. Eh, bercuti ke? Sebenarnya kami ikut serta program Transformasi Generasi Muda di Felcra Tebing Tinggi selama 3 hari 2 malam. Yang ini pun best-dengan bilik ada tv, 2 aircond, 8 katil. Then program-program dia semua best, saya boleh bagi rating star 4 atau 5 daripada 5, kecuali program khidmat masyarakat. Kenapa best? Sebab...
Dijemput encik Kamal Affendi untuk menjayakan majlis
Then jom mandi air panas..
Ayahanda pengetua kolej Keris Mas pun datang sekali! Jom berkaraoke...
Saya pun sampai dijemput untuk bernyanyi. Biasalah, penyanyi muda yang baru nak meningkat...
Semasa cuti raya Cina minggu depan,, saya pun kena dihantar berkhidmat untuk masyarakat di Kampung Beng, Lenggong Perak. Risau la juga kalau tiada line maxis atau celcom, susah nak call atau message. 5 hari 5 malam di sana, so cuti saya hanya 2+2 hari je. Itupun 2 hari pertama degan papa mama. Naik cuti pun saya ada majlis makan malam di fakulti saya. Busy lagi!
So kepada rakan-rakan pembaca setia blogspot saya, mohon maaf kalau anda menantikan entry terbaru daripada saya, saya amat sibuk sejak akhir-akhir ini. Minggu depan pun mungkin tiada update, namun akan saya usahakan untuk anda semua. Akhir sekali, wassalam.
p/s: jangan lupa klik page blogspot saya di atas dan kalau nak menambah kawan, sila klik facebook profile saya di kiri atas, terima kasih
Labels:
pengalaman,
sharing is caring,
suka suki
0 komen:
Post a Comment