Assalamualaikum. Yeah!!!
Akhirnya saya selesai juga menamatkan kerja sia-sia ini . Susah tahu nak memaksakan diri ini menonton drama Korea sampai khatam. Sebelum drama ini, drama 마이걸 (baca: Mai Geol) pun saya nak tonton, namun rasa malas, walau ada dalam laptop saya. Beberapa tahun sebelumnya, drama 미안하다 사랑한다 (baca: Mianhada Saranghanda) yang disyorkan oleh kawan saya, tak sempat episode 2 pun saya stop tengok.
Bukan kenapa, saya memamg malas dengan yang namanya menonton drama atau filem yang berepisode, better tengok filem yang terus habis. Macam filem Harry Potter, saya tak sempat tengok siri kedua dan ketiga, so terus skip ke siri keempat. Masa tu saya just ternganga tak tahu tak faham apa cerita kawan-kawan saya. Ditambah lagi dengan malas nak baca novel dia yang setebal batu bata.
So, kerja sia-sia saya yang saya dah tamatkan ini adalah, menyaksikan 마녀유희 (baca: Ma-nyeo Yuhee). Ini adalah drama Korea yang kedua saya khatamkan, selepas 쾌걸 춘향 (baca: Kwae-geol Chun-hyang). Owh, lepas ni, nak tengok apa lagi ya? 미남이시네요 (baca: Minami Shineyo)? Tak nak la, nak berehat seketika, hehehe.
0 komen:
Post a Comment