Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Rugi Tak Tengok...

2:24 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Dah solat subuh? Eh, terlupa beritahu, saya menulis entry ini selepas saya solat subuh sebenarnya. Plan asal nak tulis sebelum tidur, namun rasa malas tiba-tiba, ditambah dengan syok main Football Manager 2008, so saya tak sempat nak post entry ini. Jangankan post, nak taip sepatah dua kata pun tak lagi. Hehe, saya pun tak tahu nak menulis entry tentang apa pagi ini. Nak tulis yang saya layan drama Korea, belum sampai last episode. Nak tulis tentang bola, nanti peminat perempuan saya rasa bosan pula (eh, aku ada ke peminat perempuan ni?).


Bola?

Ya, bola. Bola sepak, atau soccer. Sabtu lepas, saya pergi makan malam di kedai tomyam depan rumah saya. Sambil tu tengok game Manchester United lawan Blackburn Rovers. Separuh masa pertama, Man United dah 3-0, terus saya balik rumah sebab dah sure Man United menang. Alih-alih tengok berita, memang pun menang, tetapi tak jangka yang menang 7-1! Dengan Berbatov gol 5! Hah, Berbatov? Bukan Rooney atau yang lain? Pelik tak? (kalau yang tak kenal atau tak tahu tu, jangan cakap pelik, dah anda tak tahu)

Rugi tak tengok...
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Semalam, saya sedar bahawa satu fenomena akan berlaku di Camp Nou (atau Nou Camp?), di mana pertembungan dua wira terhebat masa kini dan selamanya, Barcelona 'Los Blancos' bertemu Real Madrid 'Los Merengues'. Pertemuan yang rugi kalau dilepaskan oleh peminat bolasepak seluruh dunia, ego siapakah yang akan tercalar pagi ini. Saya pun dah pasang niat tidur awal, bangun pukul 3.45 am. Sekali tengok fon, dah pukul 5.55 am, game dah habis, buka facebook, adik sepupu saya dah komen

'5-0, kuakui Barcelona memang hebat'

Fuh, lega. Tetapi, adik sepupu saya tu dahlah perempuan, takkan saya yang lelaki ni tak tengok pula? Terus Check ESPN Sports...


Hahahahaha :D. Bangga la, Barcelona calarkan ego Mourinho. Tetapi, kenapa saya tak sempat nak tengok...

Rugi tak tengok...
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Dah dua kali dalam dua hari, game yang best-best tetapi saya tak dapat tengok. Hancuss hati ini :'(

Sudahlah, baik saya sambung tidur pagi ni. Wassalamualaikum.


(merajuk ni, merajuk.....)

Labels: ,