Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

10 Perkara Yang Tak Terbeli Dengan Wang

9:41 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Wang, siapapun perlukan wang. Orang dewasa, remaja bahkan kanak – kanak kecil sekalipun kenal dengan benda yang namanya wang. Memang wang penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak mungkin dapat memenuhi keperluan hidup. Wang membuat sebahagian orang dapat melakukan banyak hal daripada orang yang tidak memilikinya. Tetapi seberapapun pentingnya wang, masih ada hal yang tidak dapat dibeli dengan wang.

1. Waktu
Wang tidak akan dapat mengembalikan waktu yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka waktu 24 jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin kembali lagi. Kerana itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menggunakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.

2. Kebahagiaan
Memang kedengarannya pelik, tetapi inilah kenyataannya. Wang memang dapat membuat anda merasa senang kerana anda dapat membiayai percutian mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat moden, atau menaiktaraf kereta. Tetapi wang tidak dapat menghadirkan secercah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membelikan makanan dan pakaian yang bagus – bagus untuk anak tercinta memang memdapatkan uang. Tetapi anda tidak dapat menggunakan wang untuk memberi rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian kepada anak anda. Perkara ini merupakan hasil dari waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan hal – hal baik yang anda ajarkan. Wang memang membantu kita memenuhi aspek pendidikan, ettapi waktu telah membuktikan bahwa keperluan asas setiap anak adalah berapa banyak waktu yang diberikan ibu bapanya, bukan orangnya.

4. Cinta
Cinta tidak dapat dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan wang kita dapat membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya ramai pasangan yang menikah kerana wang, tak bertahan lama.

5. Penerimaan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan, anda tak perlu wang. Bila anda ingin diterima, tumpukan usaha anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita perlu wang untuk menmbiayai perawatan dan membeli ubat, tetapi wang tak dapat menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubat sebaiknya kita terapkan. Mulalah bersukan, berhenti merokok, dan banyak hal lain yang pasti sudah anda tahu.

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan rasuah, tetapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal daripada kerja keras, kemahuan, dan sedikit tuah. Ada aspek kecil dari usaha menuju kejayaan yang mampu didapatkan dengan wang, seperti mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal daripada usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan wang, yang dapat kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, seperti belajar muzik. Namun orang tua-tua mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat.

9. Sikap yang baik
Ramai orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar dan ucapannya sinis. Tak sedikit orang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah wang yang dimiliki bukan penentu sikap atau 'manner' seseorang.

10. Kedamaian
Apabila wang dapat membeli kedamaian, mungkin kita tak lagi mendengar tentang perang. Justeru yang sering terjadi sebaliknya, wanglah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.


Money can buy a house, but not a home.
Money can buy a bed, but not sleep.
Money can buy a clock, but not time.
Money can buy a book, but not knowledge.
Money can buy food, but not an appetite.
Money can buy position, but not respect.
Money can buy blood, but not life.
Money can buy medicine, but not health.
Money can buy sex, but not love.
Money can buy insurance, but not safety.

~Author Unknown

Ingatlah, wang bukanlah segalanya. Ada banyak sekali hal lain yang lebih bernilai dari sekadar wang.



Artikel ini diambil daripada http://www.iaminblog.blogspot.com/ dengan sedikit perubahan

Labels: