Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Hari Yang Indah Dimulakan Dengan Perkara Yang Indah

2:52 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

tension kejap...

Assalamualaikum, selamat pagi Malaysia. Dah lama juga saya tak megupdate blog saya dengan kisah terbaru, maklumlah dah start cuti, lagipun banyak juga aktiviti yang saya kena buat. Kena pindah rumah baru, then sambutan hari raya Aidil Adha, Isnin pula kena ada di UKM sebab ada kerja. So, 2-3 minggu pertama dalam cuti saya ini memang pack la juga. Tapi tak terlambat juga (walau dah masuk 14 Zulhijjah la juga) untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidil Adha, semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah Khalilullah, Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah.

Post saya hari ini, bertepatan dengan 21 November 2010. Sejujurnya, saya berasa amat suka hati apabila melihat kalendar, yang saya dah masuk tarikh ini. Nak tahu kenapa?

  • Semalam kena makan seafood di restoran Nelayan, tasik Titiwangsa. Dah lama juga saya tak makan seafood di sana. Apa lagi, pulun habis la! Sampai saya termuntah lepas itu

    inilah restoran Nelayan...

    ni dia yang semalam kami pulun. seram tak?

  • Arsenal kalah!!! Rugi la tak dapat jadi pendahulu liga, at least 2 jam je. Baru dapat tahu yang lepas Nasri dan Chamakh gol di separuh masa pertama, Bale, van der Vaart dan Kaboul gol di separuh masa kedua. Kasihan sungguh. Apa-apapun credit to our marvelous captain, Soler yang rela mengangkat tangan dia setinggi yang mampu untuk memberi gol penyamaan kepada Spurs. (sejak bila aku panggil Fabregas ni Soler?)

  • mari kita raikan kemenangan ini!

  • Alyn mesej semalam, dia dah sampai Kajang. Boleh la jumpa dia sebelum saya ke UKM hari ini. Rindu sangat-sangat dengan dia. Ehem ehem, mestilah, dah sebulan kami tak bersua.
  • Chelsea kalah lagi? Hahaha, yang ini paling membahagiakan saya!!! Dah tahu Arsenal kalah, tak reti ke nak jarakkan dengan saudara se-London tu. Yang memalukan, kalah dengan satu kelab yang hanya shoot tiga kali dalam 90 minit! Dalam tiga kali itu, hanya sekali tepat ke gol! Dan daripada sekali itu, itulah yang menjadi gol semata wayang perlawanan semalam! Memang kasihan sungguh kem Chelsea, sudah 3-0 minggu lepas, kini 1-0.

  • tak sia-sia anda hidup untuk Birmingham!

  • Semalam hari yang ke-98 saya bersama dengan Alyn, bersamaan dengan 14 minggu. Tiada tarikh yang membawa makna apa-apa,namun bagi saya, bermula hari yang ke-99, maka satu rekod baru telah tercipta yang mana Alyn secara rasmi telah menjadi wanita yang paling lama menjadi gf saya. Sebelum ini, biarlah hitam menjadi hitam, kerana ia takkan berubah menjadi putih.
  • Manchester United menang! Yang ini melengkapkan hari indah saya. Ini namanya menangguk di air yang sengaja dikeruhkan oleh kem Arsenal dan Chelsea. Tahniah kepada gandingan Park-Evra dan Rafael-Hernandez yang menyumbang kemenangan 2-0. Tak sia-sia anda memiliki kaki dan kepala yang waja, dan sungguh pemurah hati anda tak rela membelasah tetamu yang bermain 9 orang. Yang peliknya, kenapa tiap yang memakai lilitan kapten Wigan mesti dapat kad merah. Poor to Alcaraz and Rodallega.
  • Evra cakap, dia nak terbang lebih tinggi...

  • Main kira-kira dengan Alyn semalam, baru sedar yang 100 hari lagi daripada semalam adalah 1 Mac 2011, tarikh hari jadi saya yang sebenar. Bukan seperti kerja 'bijak' yang saya lakukan semasa raya haji ini di facebook. Tak lama lagi, sweet 20 la nampaknya!
7 perkara indah ini dihapuskan dengan satu perkara menyeramkan...

Kena datang ke UKM!!! Mengganggu cuti saya tu, baru nak tidur lena hari ini :'(

Sudahlah, itu sahaja yang dapat saya repekkan, saya nak sambung tidur, iron baju, gunting rambut, susun baju, pakai lawa-lawa untuk dating sebelum masuk 'neraka' (harap-harap tak seneraka yang dibayangkan la). Okay la, wassalamualaikum.


makin tension nampak!

p/s: tak pernah-pernah saya update blog dengan lebih gambar diupload!

Labels: , ,