Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Segalanya Di Sini, Menggamit Memori

9:06 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, selamat meninggalkan bulan Syawal. Dah cukup tak puasa enam? Alhamdulillah semasa saya menaip post ini, saya telah melunaskan hutang puasa enam saya :D. Post hari ini, saya nak berkongsi memori lama saya je. Masa tu, saya naik bus nak balik kolej. Kebetulan pemandu bus tu mainkan lagu 'Jai Ho' di radio apa entah, Sinar FM kot. Teringat la saya dengan cerita 'Slumdog Millionaire', yang Jamal kena seksa sebab tahu jawapan lebih awal, padahal dia memang tahu pun jawapannya (apa yang aku merepek ni).

Cerita itu menggamit kisah silam saya sewaktu berumur 13 tahun di Indonesia. Masa itu, saya mewakili sekolah saya untuk satu kuiz. Tuan rumah pula, sekolah lama saya, SMP 4 Bukittinggi. Saya peserta paling muda, kena lawan peserta yang dah berumur 15-16 tahun yang setaraf PMR la. Saya ingat lagi, soalan last, matematik berbunyi

What is the area of the square, if it has 30 cm perimeter?

Tak sampai 2 saat, saya jawab 56.25 cm2. Jawapan itu yang membawa pasukan saya ke pusingan selanjutnya. Selepas itu, semua peserta dan sekolah mula membangkang sekolah saya, sebab dituduh kami telah lama tahu jawapan. Timbalan pengetua panggil saya, memarahi saya. Alasan? Saya terlalu cepat mengira! Mestilah, masa tu saya top form dalam matematik, hehe.

Kembali kepada tajuk post ini, saya sebenarnya bukan nak berkongsi kisah tersebut, tetapi lagu-lagu yang menggamit memori saya semenjak dahulu sampai sekarang. Antaranya seperti:

1. Bila Rindu-Ruffedge

Tak payah nak tanya lebih-lebih jika anda ex-KMNS tahun lepas. Kalau ada yang nak tahu, saya beserta JPP Boyz menyanyikan lagu ini dalam malam aspirasi kejora, menukar mood formal menjadi tidak formal atau formaldehyde. Yang pastinya, ini lagu yang memang kenangan la!



2. Janji Manismu-Aisyah

Diulang lagi sekali, "Tak payah nak tanya lebih-lebih jika anda ex-KMNS tahun lepas". Lagu ini saya nyanyikan sewaktu kempen JPP. Inspired apabila saya naik teksi ke pekan Kuala Pilah selepas solat Jumaat, malamnya ada kempen JPP. Saya masih terfikir apa gimik ucapan saya. Poster dah laku, tinggal ucapan malam ini. Kebetulan pak cik teksi tu buka radio Sinar FM, berdendanglah lagu ini. Sampai part chorus dia, zapp! Dapat idea sudah!


Start dari minit 3.42, saya menjelaskan kepada pihak pengundi perempuan, kalau saya tak dapat menunaikan manifesto-manifesto saya, maka mungkin mereka akan datang bertanyakan kepada saya sambil menyanyikan lagu ini


3. Menjaga Hati-Yovie And Nuno

Lagu ini semasa saya di tingkatan 5, tetapi saya dah lama dengar lagu ini setahun lebih awal di Hot FM Yang Keren. Saya dah lama duduk di Indonesia, so saya tahu kualaiti yang dibawa oleh Yovie Widianto ini memang terbaik dan mantop sejak dalam kumpulan lama dia, Kahitna. Sampai saya translate lagu ini ke dalam blogspot saya ini. Nak tengok? Tu, di sebelah kiri atas!

4. Haven't Met You Yet-Michael Buble

Kalau sesiapa yang dah lama follow atau baca blog saya ini, mesti perasan bahawa saya pernah letak lagu ini sebelumnya. Ya, saya amat amat minat dan suka dengan lagu ini. Puncanya semasa saya berada di KMNS, adik saya download lagu ini di PC. Saya tak tahu, just dengar jela. Menang best, rentak dia more catchy (or katy, maybe) dan lirik dia ada maksud gitu!

5. Do Re Mi-P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din

Seriously, lagu ini dan filem dia memang saya sangat minat la, sampai gelak nak pengsan pun ada. Lagipun, bulan ini bula memperingati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, semua lagu dendangan beliau dimainkan di radio Era FM.

6. Mungkin Nanti-Peter Pan

Yang ini lagu pertama saya hafal dalam kisah hidup saya. Abaikan lagu Negaraku, lagu sekolah dan sewaktu dengannya, tetapi memang benar, inilah lagu pertama yang saya hafal 100% lirik dia. Dan saya abadikan kejayaan saya dengan menyanyikannya di hari guru SMKBTS tahun 2005, 3 bulan selepas saya masuk ke sekolah itu. Terus populariti saya mencuat naik ke atas :D

7. Setelah Aku Kau Miliki-Shima

Ni lagu yang selalu JPP Boyz minta kepada saya untuk saya nyanyikan waktu karaoke semasa di matrik. Nak tahu kenapa? Sebab hanya saya sahaja mampu melakukan seperti di korus lagu ini, naya juga tu!

Banyak lagi la lagu-lagu yang menggamit memori saya, seperti Madu Tiga!!!! Haha :D
Lepas ni jangan la ada yang marahkan saya pulak tak

Labels: ,