Salam,
A: Saya minta maaf sebab lukakan hati dan perasaan awak. Saya tak berniat nak berbuat macam itu, tapi saya ada alasan tersendiri kenapa saya lakukannya
B-D: Saya telah digosipkan dengan dia sejak berakhirnya fasi PST. Entah kenapa, mungkin sebab kami selalu berbalas mesej sejak digosipkan, maka saya hampir terlanjur menyukai dia, tapi cepat-cepat saya tepis, sebab saya dah tahu perangai sebenar dia. Dia memang suka dengan saya, tetapi perangai dia yang terlalu mengongkong itu membuat saya tidak suka
E-H: Sejak fasi PDT, dia telah menunjukkan minat dia, dengan selalu makan dengan saya, tidak kira sarapan, makan tengah hari dan malam. Adakalanya saya makan bersama dengannya, tapi selalu saya mengelak dengan pelbagai alasan. Kalau saya tidak dapat makan sama dengan dia, maka mulalah perangai merajuk dia yang malas saya layan itu. Kalau dah merajuk, semua kawan dia kena tempias. Saya pula yang kena pujuk dia, walau saya tak nak
I-L: Puncanya, saya cuba menjauhkan diri daripadanya dengan bersikap kasar dengannya. Sampai dia marah dan remove saya daripada facebook dia, dan saya balas dengan block dia. Keadaan kami memang keruh, dan saya lega kerana dapat menjauh daripada dia dan gangguannya. Agak lama juga, sampai dekat 3 bulan-mungkin. Tak nak la saya ingat balik berapa pastinya
M-P: Tapi, entah kenapa, sehari sebelum saya masuk UKM, saya mesej dia meminta maaf atas segala yang saya lakukan. Saya ingat, pada masa itu saya juga sedang mesej awak yang risau ditinggalkan sendirian di Serdang. Kepada dia, saya cakap yang saya buat dia marah kepada saya sebab saya tak nak dia menaruh perasaan sangat dengan saya. Dan dia berkata kepada saya, yang dia memang suka kepada saya. Okay, keadaan terkawal sehingga dia buat permintaan pelik-cuba untuk menjadi pasangan kekasih selama tempoh yang telah ditetapkan. Atau dalam istilahnya, couple mut'ah. Saya jelas tak nak, sebab saya tak nak dengan dia. Lagipun, saya dah berjanji yang saya suka dengan seseorang itu. Tapi seperti yang telah saya sampaikan, dia jenis kuat merajuk. Mahu tak mahu, saya terima 'pelawaan' dia
Q-T: Sampai pada suatu masa, dia telah mengongkong saya di dalam tempoh tersebut. Seperti mengugut saya tinggalkan jawatan Timbalan Pengarah 3 atau saya akan kehilangan dia, melarang saya mesej dengan awak, dan sebagainya. Kalau sekarang dia dah mula mengongkong saya sebegitu, bagaimana nanti kalau saya dah betul-betul dengan dia?
U-W: Sebab itu saya mengambil tindakan meninggalkan dia daripada berlarutan menjadi barah di dalam hati saya. Cukuplah saya dapat rasakan apa yang saya telah perbuat kepada awak sampai awak menangis sebab perbuatan saya ini. Mungkin Allah berkehendak lain. Siapa tahu?
X-Y: Sekarang, dia tak kacau saya lagi, saya amat bersyukur kepada Allah kerana menjauhkan saya dan perangai dia. Dan juga, saya juga bersyukur kepada Allah sebab mempertemukan dua insan yang dahulunya terpisah jauh di utara dan selatan dan dihubungkan melalui facebook, blog dan mesej, tapi kini saya dapat bersua muka dengan awak. Jika Allah berkehendak, maka tiada sesiapa yang dapat menghalang kuasaNya.
Z: Sebelum saya akhiri penjelasan saya dari A sampai Z ini, saya sudahi dengan satu luahan kata yang keluar daripada lubuk hati saya yang terdalam, bahawa saya menyukai dan mencintai awak sejak awal lagi, ty moya printsessa. I am sorry for everything before.
Wassalam.
Labels:
luahan hati
0 komen:
Post a Comment