Assalamualaikum. Selamat pagi semua, semalam adalah hari yang bagi saya, amat indah la. Sebab saya akhirnya dapat juga berjumpa dengan dia, sejak kami mula berkenalan di Facebook, kemudian mesej selama 208 hari. Ya, 208 hari yang bermula pada tarikh 11 Januari 2010 (macam tajuk lagu Gigi je, hehe. ada maksud ke? *wink wink*), baru impian nak berjumpa dengan tuan yang menghadiahkan saya dolphin semasa birthday saya, yang banyak memberi erti hidup kepada saya termakbul semalam, tepatnya di Mid Valley petang hari.
Ringkas cerita, kami plan nak jumpa sebelum masuk bulan Ramadan. Then, nasib baik kelas Jumaat petang saya batal, dia pula tak ada kelas hari Jumaat. So, kami plan nak lunch di MV, jumpa terus di sana. Saya plan terus gerak dari masjid UKM ke stesen KTM UKM, tapi last minute tukar plan, naik dari Kajang. Dia pula dari Serdang. Nasib baik dapat naik sama KTM, then tak payah nak tunggu lama-lama. Yang bestnya, saya sampai main sembunyi dengan dia :p. Hehe...
Masuk MV, plan nak makan kat foodcourt atas, tapi melilau kejap cari makanan yang patut. Nampak yong tau fu, dia nak makan, so saya pun ikut juga la. Sekali, ya Allah, kuah dia cair la sangat, sampai dia terus 'kenyang'. Lepas makan, tak tahu nak ke mana, pusing2 MV, kami cakap 'sedang saie' petang tu. Pukul 5.30, baru balik. Tunggu KTM, sambil tu borak2 lagi. Masa borak2 tu, nampak satu signboard yang best.
KTM datang, tak jadi naik sebab full. So, sambung borak2 lagi. Pukul 6 baru dapat KTM, turun sama2 di Serdang, tunggu bas tak datang2, so kami naik teksi ke KLIUC. Saya solat asar di sana, sebelum saya balik UKM, dia pinjamkan saya novel Bayangan Rindu dan 2 x 5 yang baru dia beli 2 minggu lepas. Plus, dia beri saya air mineral. Dia cakap, "saya tahu awak dahaga, ni saya bagi air". So sweet ^_^
Saya menaiki teksi yang sama untuk balik ke UKM. Pukul 7.30 malam, sampai di surau kolej saya, maghrib, balik bilik saya, then mesej dia,
Dah tahu siapa orangnya :)? Hehe, kebetulan juga saya teringat mesej yang pernah saya hantar kepadanya, dan dia balas dengan pelbagai penuh makna
0 komen:
Post a Comment