Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tak lama lagi kita sebagai umat Islam yang taat dengan segala perintah dan suruhan Allah akan melaksanakan satu ibadah fardu ain selama sebulan, iaitu puasa di bulan Ramadan. Saya pun tak sabar nak merasakan bagaimana suasana berpuasa di UKM ini. Nak sergah bazar Ramadan, tarawih di kolej, sahur di kafe atau di bilik, macam-macam la. Tapi tajuk saya pada masa ini, bukan tentang puasa atau tarawih, tetapi tentang cerita seseorang dengan sepotong mousse cake yang sangat sangat dia idamkan.
Hampir seminggu aku berjalan melalui kedai kek itu. Mousse cake? Kek apakah itu? Yang aku tahu hanyalah roll cake, cheesecake, cuppy cake, banyak lagi la. Tapi mousse cake? Kek si Musa ke? Entahlah, aku pun baru pertama kali mendengarnya. Tapi aku lihat, nampak sedap. Ada lapisan warna kuning, merah jambu, coklat. Nampak sedap, terliur aku tengok. Kira duit dalam poket, sepuluh, dua puluh, lima puluh, ada dekat dua ringgit la juga. Minta tambah dekat ibu nanti la.
Bukan aku sahaja yang amat meminati mousse cake itu. Kawan-kawan sekelas aku, Nadzirah, Umi, Aisyah, semuanya berhasrat membeli kek itu. Hanya sahaja mereka seperti aku-tidak mempunyai duit yang cukup. Lagipun, kek itu masih banyak dijual di kedai itu. Dan aku, pasti akan dapat membeli dan memakannya-cepat atau lambat.
Esoknya, Chua cerita dengan aku, ibu dia membeli mousse cake dekat lima potong. Aku tanya dia, "ada banyak lagi ke yang tinggal?" Dia cakap, "ada, dekat tujuh lagi ma. Baik awak cepat beli, nanti habis". Dalam hati aku, relax la, jodoh mousse cake tu dengan aku, pasti dan terbukti. Pemilik kedai pun selalu-mungkin dah bosan tengok muka aku interframe di kaca. Dia tahu yang aku amat berminat dengan kek itu.
Bukan hanya Chua yang dah makan, yang lain pun dah beli, bungkus, makan beramai-ramai. Sementara aku, hanya berkata 'relax jela', 'esok saya beli', 'percayalah' dan macam-macam. Mereka tanya, aku tak ada duit ke atau mengapa, sampai aku boleh relax je. Bukan kenapa, aku memang ada duit, tapi aku saje je melambat-lambatkan. Tauke masih faham yang aku minat sangat sangat, so tak payah cakap pun tak mengapa.
Sampai pada satu hari, Umi berkata kepadaku pada pagi hari. 'Fatin, tahu tak mousse cake tu dah habis dibeli. Khabarnya Nani kelas sebelah borong sampai habis.' Aku terkejut, terkilan, rasa nak marah ada, kecil hati pun ada. Kenapa, kenapa sampai macam begini? Aku dah tunjuk minat kepada pemilik kedai yang selalu lihat muka aku di depan kedai, yang menahan air liur hanya untuk sepotong mousse cake, namun dia melupakan aku? Kenapa dunia ini serasa tidak adil?
Nasib baik Umi mahu mendengar luahan hati aku. Umi berkata, "awak sebenarnya silap, masa awak ada duit dan mousse cake itu masih ada, awak tak nak pesan. Awak ingat dengan interframe di kedai itu selalu, pemilik kedai akan memberikan awak percuma? Tidak, selagi awak tak beritahu dia. Walaupun dia mungkin tahu yang awak nakkan kek itu, tetapi dia hanya akan menjual kepada yang membelinya sahaja, bukan kepada yang memandang dengan minat.
Sama seperti ketika awak minat Haziq masa tu, awak pandang dia, tenung dia, selalu borak-borak dengan dia. Tapi awak tetap buat tak tahu dengan perasaan Haziq kepada awak dan awak hanya pentingkan perasaan awak sahaja. Awak rasa dengan berbuat demikian, Haziq terus minat awak? Tak kan? Dia dah tunjuk minat kepada awak, tetapi awak tetap jual mahal, namun awak beranggapan yang Haziq tu awak punya. Tak hairan la, dia dah mula menjauh dengan awak sebab awak jual mahal!"
"Tapi Umi, pemilik kedai itu dah selalu tanya saya, nak kek ini ke. Saya cakap nak!" "Memang la, sebab awak selalu memandang kek itu setiap hari. Dia tahu awak minat, tetapi salah awak yang tak beli terlebih dahulu, sekarang awak dah kempunan kan? So, jangan salahkan pemilik kedai yang menjual, jangan salahkan pembeli yang juga meminati mousse cake itu, tetapi salahkan diri awak yang hanya memandang dengan penuh minat tetapi tidak menyahut persoalan pemilik kedai itu untuk membelinya, sehingga dia jual kek itu kepada orang lain".

Panjang juga yang saya cerita ini, entah dari mana saya dapat idea untuk bercerita tantang kek pula. Makan kek ini pun tak pernah, hehe.
Apa-apapun, selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam yang taat dengan perintah Allah. Kalau yang tak tu, kembalilah ke jalanNya, kembalilah. Hanya orang yang ada akal fikiran yang bersih dan jernih sahaja yang faham apa yang saya sampaikan.
Wassalam Labels: dilemma, luahan hati
0 komen:
Post a Comment