Assalamualaikum, selamat hari Khamis kepada semua. Minggu ini saya agak kurang sihat sedikit, mungkin sahaja tempias dengan rakan-rakan sama JKAS kot, atau tak FKAB waktu kuliah TITAS. Oops, sorry kalau sesiapa yang tak tahu atau tak faham apa semua istilah itu. JKAS itu Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur/Sekitaran, FKAB itu Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta TITAS itu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. So, ada faham dengan kamus baru itu?
Sambung cerita, saya dah mula sibuk, saya dah mula tak sihat, saya dah mula famous, hehe. Kenapa? Sibuk tu sebab saya dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Pengarah 3 yang akan menguruskan Malaysian Book of Record. Whoa, bestnya, tapi yang menjadi masalah, saya masih tak dapat menemukan calon setiausaha kerja saya. Kalau setiausaha yang lain tu, insyaAllah saya dah jumpa. Tapi kalau boleh dan dapat, saya nak ex-KMNS la, sebab senang sedikit nak cooperate. Masalahnya, calon-calon yang saya dah letak sebagai setiausaha itu, dah pegang jawatan lain atau masuk jabatan lain. Huhu, kena pusing dan ligat otak ini cari orang nampaknya.
Tak sihat? Kan musim ni musim demam je, ramai yang batuk, selsema, banyak la. Saya yang mula-mula kebal dan lut dengan semua tu, alih-alih kena juga. Yela, penyakit ni jangan dicari, tapi saya buat tak tahu je. Ditambah lagi dengan kelajuan kipas di bilik saya tiap tidur dengan roommate, mesti di atas 4. Kalau nak slowkan, tunggu dia terlena la.
Hahaha, saya famous ke? Merepek la. memang pun, saje je nak buat saspen. SO, itu sahaja yang dapat saya share dengan anda semua. InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam.
p/s: golf itu macam best je, tapi skandal 'Kayu-Kayu Harimau' lagi best :D
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
0 komen:
Post a Comment