Assalamualaikum, selamat malam kepada yang membaca blog saya ni pada malam hari. Sebenarnya saya mendapat ilham menulis blog ini selepas menyaksikan gol kemenangan pasukan USA, Landon Donovan. Memang sengit la game malam ni, tapi kepada penyokong England, jangan harap saya nak bersengkang mata nak tengok game kegemaran anda ye, hehehe. Bukan apa, saya suka melihat pasukan underdog untuk mendapat mata penuh, seperti Algeria, Slovakia dan bla bla bla. Apa-apapun, hidup Germany dan Poldi!!!
Topik utama kita, bukan tentang Piala Dunia, tetapi tentang panggilan haji. Eh silap, panggilan UPU. Minggu lepas, semasa menjadi fasi PDT, saya berkesempatan untuk online facebook. Tengok status kawan saya, ada yang kata dah dapat UPU yang dia nak la, ada yang takut nak check. Saya tak ambil kesah sangat, sampai kawan saya Hamka tanya nombor IC dengan nombor matrik. Saya yang nak tahu, bagi jelah dahulu. Dia kata, dah boleh check UPU. So apalagi, semua fasi lepasan 2010 yang berada di banquet bergegas untuk check UPU, termasuk saya. Ada yang check guna sms (tak dapat la -_-), check guna website tapi tak tahu.
Singkat cerita, ada yang dapat tahu apa website dia, so kami bersama-sama check, tapi internet lembab la pulak :(. So entah bagaimana, seorang fasi senior ni, tahu pc mana yang laju, bagaimana nak check dengan betul, dia ‘menyebuk(memang pun, hehe)’ untuk check kami semua. Saya ingat sebelum saya, result Anuar dicheck. Tup tap tup, dia dapat Kejuruteraan Kimia di ………………………………..UiTM??? eh, bukan ke UKM pilihan utama dia? Saya dah cuak, then saya pun nak jugak. Check check check it out, saya dapat…………………………
Whoa…saya dapat UKM, dekat dengan rumah. Lagipun, tu pilihan utama saya la. Suka suka :D. Kena mendaftar 4 Julai ini, ada lagi masa. Tapi still pelik, kenapa Anuar tak dapat UKM ye, padahal pointer dia atas 3.50 (dirahsiakan). Tak apalah. Masa kat bilik, saya, Anuar, Fendi, Hassan, Iylia dengan Naj (semua kecuali Naj adalah ex-JPP) berbincang, ke mana destinasi ex-JPP lepas ni. Kira-kira, selepas dibincangkan, maka dapatlah keputusan berikut:
MUNIR: UNIVERSITY OF ALEXANDRIA
FIDA: UiTM
ADYLEEN: UMT
KHOR: USM (maybe)
HASSAN: USM
SYUHADA: UTeM
ODA: UPSI
ALEX: *MIA*
SADDAM: KMNS (xPDT)
AJ: USM
HANIS: USM
AZWAN: UTeM
AKMA: UMT
HUSAIRI: UTeM
IYLIA: UMK
ANUAR: UiTM
FENDI: UTM
Rindu la dengan ex-JPP ni semua, semoga tak lost contact la. Kalian semua kan keluarga baru aku di KMNS, tanpa kalian mungkin hidup aku tak seceria sekarang, huhu.
Apa-apapun sekarang, masanya untuk mencari UKM-ians yang baru, hehehe.
List masih tergantung, hehehe…. :p. Tapi yang sedih, tak dapat la tengok separuh akhir, tempat ketiga dengan akhir :'(, huaaaaa......... Tidak mengapa, setidaknya saya masih ada masa untuk lihat bola lagi berbanding pelajar UiTM, hehehe.
Saya akhiri dengan lagu 'Varsiti Kita'
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
3 komen:
wah. xde yang ter ke sabah sarawak lak ea...
tapi ex- nydp sblm tahun ariff kat ukm gak. =)
yg ariff tau, xde lagi kak
owh, sape ye? irsyad tahir tu ke?
congrates ariff! perghh, dapat dalam kl jugak. ape barang nihh. haha. ;D
Post a Comment