Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Laporan di KMNS (part 2)

10:41 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Hari sabtu, pelajar bekas program dua tahun (xpdt) mendaftar di kmns. Ini tugas pertama saya sebagai fasi-jaga asrama B2. Mula-mula okay lagi, tapi kalau dah ditambah dengan kerja-kerja lain, penat tu! Kena jaga pelajar xpdt, segala aktiviti kami kawal dan jaga, then bangun lebih awal dari mereka untuk subuh di surau, belum lagi riadah bersama mereka. Letih tak terkira, sampai saya boleh ponteng baca ma'tsurat waktu subuh untuk curi tidur di bilik PA surau, dengan ponteng dengar tazkirah maghrib untuk makan malam. Tapi tak mengapa, saya ikhlas membantu pihak kolej, huhu :).

Malam sebelum pendaftaran pelajar program satu tahun (pst), satu majlis diadakan antara pengarah, kjpp, hep dan para fasi. Saya terharu apabila kjpp still ingat saya. Dia cakap, terima kasih kepada ydp dan jpp lain tahun lepas yang datang kembali ke kmns sebagai fasi. Bangga tu, tapi takut juga la. Alyn pun cakap, kenapa saya mesti takut, kan saya tak buat salah.

Pagi isnin, saya terjalak bangun lambat, pukul 6.15. Sebenarnya dah bangun pukul 5.35, tapi tertidur atas dasar 'mengantuk berat', so tak dapat nak subuh di surau. Bangun, mandi, sarapan di AA, taklimat terakhir di bilik banquet. Pukul 0740, pelajar xpdt yang bersiap siaga membantu kami di bidang pengurusan asrama (ayat skema tak menahan ni :p), dah ada di bawah B2. Semangat betul mereka ni, sukaaa!!! Saya ajak mereka borak-borak hilang tension sebelum kerja.

Pukul 0800, para pelajar telah mula mendaftar di urusetia. Saya yang mengawal dan memantau bahagian asrama B2. Agak penat juga, sebab saya kena pantau kaunter kunci dan pendaftaran bilik di B2, lepas tu round ke semua asrama blok B. Dekat 5 km juga la. Belum lagi peak hour masa mendaftar, sampai saya terpaksa buka kaunter pendaftaran baru di luar. Masa nak solat, mandi, makan terpaksa ditunda sampai dah berkurang.

Waktu asar, saya kena handle semua pelajar lelaki untuk ke surau, then dewan. Ditambah dengan hujan lebat, agak sukar la. Lepas mereka balik bilik pukul 18.20, saya baru dapat mandi dan solat, kemudian bawa mereka ke surau. Masa maghrib, saya ponteng berjemaah untuk makan malam. Yang dapat disimpulkan, hari pertama memang memenatkan minda dan energi.

Hari kedua, saya kena bangun awal pukul 0430, gegar blok (yang ni rutin saya tiap pagi selepas ini), arah junior beratur, gerak ke surau bersama. Masalah hanya xpdt yang memang lembab tahap apa entah, yelah dah namanya pelajar senior kan. Lepas hantar, balik bilik, sambung tidur sampai pukul 0930 sebab syif saya pukul 1000 sampai habis.

(bersambung...)

Labels:

1 komen:

Comment by Noru Amran on June 27, 2010 at 8:57 AM

mana sambunan dia? =P

Post a Comment