Assalamualaikum. Hari pertama, kami ditugaskan memasak untuk makan malam. Plan asal, makan pukul 1830, tetapi ditunda lepas isyak. So, kami solat maghrib, dengar tazkirah daripada iylia (terbaekk!!), lepas tu isyak, baru makan.
2130, big boss bagi taklimat dan tugasan para fasi. Saya dapat tugasan khas, melatih junior untuk baca ikrar. Oh tidak, semoga saya tak silap masa mengajar mereka.
Lepas taklimat, saya on semula fon saya yang dah tinggal 18%. Baru je on, alyn dah hantar 2 mesej, dia kata dah sampai KL yang berhujan pukul 2000. Lepas saya balas, dia kata nak tidur awal sebab kena bangun awal. Lastly, tidur pukul 0040, tapi saya dapat tidur pukul 0210 dalam khemah yang panas dan kena bangun untuk berjaga pada pukul 0300. Lepas berjaga, sambung tidur pukul 0400, bangun subuh, dengar tazkirah, riadah, kemas khemah dan sarapan.
Lepas sarapan, kami dapat bilik khas di blok yang pernah menjadi 'rumah' kami. Saya, naj, fendi dengan iylia dapat sebilik di B2.1.7, depan bilik lama munir. Layan tidur dulu, pukul 1130 ni kena berkumpul di banquet. Lepas tu, makan tengah hari dan rehat lagi sekali sampai pukul 1430. Masa sedang makan tadi, dapat mesej daripada alyn, beritahu saya yang dah sampai di miri dengan selamat. Alhamdulillah :D.
Petang ni, ada LDK pukul 1430, then asar dan minum petang. Lepas minum, lelaki kena jadi hooperz dan perempuan jadi gol & gincu. Eh, pelik la, tak pernah turun court main netball, tiba-tiba kena main knockout la pulak. Memang letih, tapi kalah last minute 0-1. Kurang puas hati la juga, saya jadi goalkeeper untuk futsal. Main saje je, nasib baik menang 4-3.
Lepas maghrib, ada solat hajat dan bacaan yasin, isyak. Kemudian LDK, kami dipecah menjadi 8 kumpulan, kena buat logo dan cheers. Kumpulan green, iaitu kumpulan 1 kena buat persembahan terakhir. Pukul 0030, saya tidur. Bangun pukul 0525, mandi, subuh, latihan cheer war, minum pagi. Pukul 0900 kena angkat barang, kemudian taklimat dinamika, makan tengah hari. Pukul 1300, ke masjid untuk solat jumaat.
Sesampainya di bilik, saya tidur kejap sebelum kembali mendengar taklimat tugasan pukul 1500. Saya kena bertugas di B2 dari pukul 8 pagi sampai 4 petang hari isnin.
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
0 komen:
Post a Comment