Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Adamaya.......!!!!

3:54 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, selamat hari-hari. Masa blog ini saya tulis, saya dah berada di rumah, lepas sudah tanggungan menjaga junior-junior di KMNS tu, hehe. tapi saya tak nak sambung kisah saya selama berada di KMNS, tetapi nak cerita tentang adamaya. Jeng3...

Saya tak dapat tengok cerita dia sejak masuk KMNS, huhu. yelah, sibuk dengan aktiviti dan tugasan je, so tv yang ada di depan bilik tu memang tak pernah disentuh la. memang tak tahu la, apa sudah jadi dengan itu perempuan namanya maya, yang derhaka kepada suaminya, adam, tapi adam itu suami memang hati punya baik. Susah nak cari itu suami punya hati, bla bla bla (style mamak cakap, hehe)

Tup tup, petang khamis tu, lepas asar semua junior ada cheer war. Saya dengan naj letih, so balik bilik, asar di bilik, tidur la kejap. Saya pun tumpang sekaki, tidur la jugak. Tiba-tiba pukul 6.40 petang ada mesej, tengok skrin, Alyn KMP. Baca mesej tu,

Salam, wak.. Adamaya last hari ini...

Terus saya bangun, basuh muka, onkan tv kat depan bilik, tengok sendirian dalam remang senja, yes dapat jugak tengok ending adamaya. Thanks alyn, hehe. kalau tak mungkin tertanya-tanya la saya, apa sudah jadi dengan mereka semua. Lawak jugak la tengok dani dah separa gila. Habis tengok, terus mandi, cerita la kat naj. Punya la jeles, dia macam tak puas hati, kenapa tak kejutkan dia. Saya cakap, kesian tengok kau letih, hehe.

Sekarang, masa saya tulis blog ni, lagu adamaya terus berkumandang di lappy saya ini.



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah



Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Labels: