Assalamualaikum. Hari ini saya dah mula bertugas di KMNS sebagai fasi. Rasa tak sabar pun ada juga untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan matrik tercinta, haha. Pagi-pagi dah kena bangun awal walau tidur lambat, subuh, mandi, sarapan. Saya makan mihun dan nuar makan roti sardin (tak suka sangat la...). Sampai di stesen tanjung malim, tren bertolak pukul 0950. Lama juga la kami nak tunggu, dahlah dalam koc tu sejuk sampai kami terlena. Saya yang sedang mesej dengan alyn pun boleh tertidur seketika. Nasib baik je alyn consider dengan kemengantukan saya ini, hehe.
Dari tanjung malim, kuala kubu bharu, rasa, batang kali, serendah dan rawang. Di rawang, kami tukar tren untuk ke seremban. Baru pukul 10.45 rupanya. Ini dah lambat! Ada 22 stesen lagi untuk sampai ke seremban. Padahal check-in pukul 1200. Harap-harap big boss tak marah kami la.
Pukul 1110, kawan saya, naj mesej. Dia nak gerak sama dengan kami. Yes, ada geng datang lambat la ni. Tapi baru pukul 1130 dan tren baru melepasi 13 stesen. Takpe, kalau dah lambat tu, baik terus datang lambat. Macam kata nuar, haha.
Di KL sentral, orang ramai naik. Maknanya, makin lambat la kelajuan tren ini. Belum lagi midvalley, tasik selatan (my hometown!!), kajang, nilai.
Sedang duduk santai dalam tren, tiba-tiba saya terserempak dengan syuhada, biro akademik. Dia pun sama tren dengan kami, tapi lain koc la. Lagi satu bertambah geng datang lambat! Haha..
1245, kami telah sampai di stesen seremban. Plan berikutnya, terminal one. Saya nak beli sabun muka, cotton bud dengan perfume. Lelaki maskulin la katakan (nak tumpang lalu, puji diri sendiri, haha...). Tidak lupa pula, big mac kat McD. Kalau sempat la. Kalau tak, berlaparlah perut ini untuk menjalani kursus.
Lepas makan di McD, kami bertiga menanti bas. Dekat pukul 1400, bas akhirnya meninggalkan terminal one untuk ke kuala pilah. Nasib baik naj dapat naik bas yang sama dengan kami. Tapi iylia macam tak sabar je kami datang lambat. Marah ke? Pada masa yang sama, alyn cerita yang pemandu bas dia bercakap kurang sopan. Ada pula alyn nak minta cotton bud saya untuk disumbat ke mulut pemandu tu. Mana bisa neng alyn :p
Tepat pukul 1505, kami berempat sampai di depan KMNS. Welcome to KMNS! Sesampainya di sana, saya dapat tugasan basuh pinggan malam ini, nuar hidang makanan dan naj memasak. Terbaik la, tak payah saya nak tunjuk skill untuk memasak.
Masa fasi lain solat asar, saya dengan nuar layan air C2 kat kedai serbaneka (kami dah jamak taqdim la...). Memang layan la, kan C2 minuman kebanggaan warga KMNS sesi lepas. Terima kasih kepada kedai serbaneka sebab buka pada hari ini, kalau tak kempunan sebulan tak dapat air C2.
Yang jelas, aktiviti saya sebagai fasi akan bermula tak lama lagi. Tak sabarnya.
Wassalam.
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
0 komen:
Post a Comment