Assalamualaikum, hari khamis yang indah bagi diri saya. Hehe, nak tahu kenapa? Sebab I just haven't met you yet. Oops...dah terpengaruh dengan lagu buble ni, yelah semalam lebih 50 kali saya dengar di lappy, di fon, sampai masa sebelum tidur kena dengar juga lagu ni. Haish, ni dah masuk virus 'kau belum kutemu' la nampaknya, hehe :p
Malam sebelum tidur, alyn beritahu saya yang saya dapat award daripada dia. Erk, pelik-pelik jela. Apa-apapun, merci les alyn sebab anugerahkan award ni kepada saya dan juga selalu skodeng blog saya ni (me too ^_^). Tapi entahlah, kalau FFM diselenggarakan oleh FINAS, award ni pulak oleh siapa? Jeng3...
Tapi ada syarat pulak daa...kena jawab soalan-soalan. Baiklah, saya terus jawab la
1) ucapan terima kasih dan link kan kepada orang yang sudi memberi anda award ini:
2 ) berikan award tersebut kepada 5 orang blogger yang blognya hebat dan fantastik:
3 ) beritahu kepada mereka yang bertuah:
4 ) nyatakan 7 fakta tentang diri anda secara ringkas:
- facebook, formspring, blogspot
- haven't met you yet-michael buble
- mathematics (i like it...!!!)
- JPP Boyz
- shy but talk-active
- crazy (erk?)
- lazy but diligent
Itu je soalannya. Sebenarnya masa alyn beritahu saya, saya baru balik dari pasar malam. Cerita tentang pasar malam, saya keluar lambat, pukul 9 baru keluar. Pusing-pusing tapi saya tak tahu nak beli apa. Faliq, adik saya bawa duit RM15 jew, saya minta RM1 beli air bandung-cincau, minum sambil pusing-pusing, nampak roti goreng isi daging, beli dia, makan bersama. Dah pukul 10 baru nak balik. Masa tu ternampak sesuatu yang mengingatkan saya dengan alyn-yong tau fu. Terus habiskan duit RM5 beli yong tau fu, mesej alyn beritahu saya belikan untuk dia (acah je tu, hehe). Sampai di rumah, makan dengan mama, papa kurang suka yong tau fu. Yang jelas, sedap!!!
Sebelum tidur, sempat mesej dengan alyn, teringat pulak dengan dolfin yang dia hadiahkan kepada saya sempena hari jadi saya. I really appreciate this gift la, sebab kami tak pernah jumpa dan tiba-tiba dia hadiahkan saya dolfin. Really cute la, like it like it!!! To alyn, ni dolfin dia, saya dah mark up pakai spec saya, tapi macam pelik je...
Terakhir, saya dah lama tak check emel. Semalam baru check, ada satu mesej yang agak lawak la bunyinya.
Anak saya akan menduduki peperiksaan SPM tahun nie. Dia selalu mengeluh .....katanya Add Math susah. Ada tak jalan penyelesaian untuk dia. Practice hari hari ke???
Erk? Kenapa tiba-tiba ada emel yang dihantar kepada saya, tanya tentang add math? Saya balas
bagi saya, yang pertama kena banyak latihan. mulakan dengan yang asas dahulu, kemudian setahap demi setahap ditingkatkan level soalan itu. kemudian, cuba hafal rumus-rumus untuk menyenangkan anak puan untuk membuat latihan. adakalanya belajar secara berkumpulan dapat membantu minda untuk mengulangkaji. dan yang paling penting sekali, sokongan dan dorongan serta doa daripada puan sendiri juga membantu anak puan sebelum berperang dalam SPM tahun ini.
insyaAllah anak puan tidak akan menghadapi masalah. lebih baik terlambat daripada tidak sama sekali. saya mendoakan anak puan berjaya dan pesanan saya kepada anak puan, sentiasa dekatkan diri kepada Allah, kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Best tak jawapan saya tu? Jawapan pakar tu, hehe. Tapi macam saya pulak yang rasa bersalah sebab jadi pakar penasihat kepada puan tu. Huhuhu...
Panjang juga saya merepek merapu meraban ni, janji dah merangkumi semua topik. Akhir kata, wassalamualaikum, tata~
p/s: ibu Alyn, janganlah jealous dengan blog ayah Ariff ni, okay ~.* Labels: sharing is caring, xie xia
0 komen:
Post a Comment