aku pun tak tahu apa yang telah bermain di minda aku
sejak aku jumpa dia, memang tak keruan
makan dah bertukar selera, tidur dah tak tentu masa
sampai hubungan aku dengan buah hatiku dah makin renggang
aku tak salahkan sepenuhnya
tapi ianya berlaku sejak aku kenal dia
aku memang jenis manusia yang agak pelik
bagi pendapat aku
aku pendiam dalam mulut murai
aku pemarah dalam kelembutan
aku tegas dalam romantik
itu aku, ya benar, itu aku
tapi sejak aku kenal dia
dia mengajar aku bagaimana
untuk tidak malu dengan kaum Hawa
untuk beri tumpuan dalam belajar
untuk ramah dengan wanita
memang bagus dia tu
namun aku masih tak tahu
apa di sebalik hubungan kami berdua
dengan panggilan sayang, abang, kekanda
dan dengan cincin di antara kami berdua
sampai kawan-kawanku rasa pelik
sampai semua pelajar kolej hairan
sampai ada kisah baru yang keluar di kolej
hubungan baru aku dengan dia
aku sedar, dia bukan untukku
dan dia bukan yang aku nak
tapi, kenapa dia datang sebegini rupa
dengan topeng lemah lembutnya
dia berbuat baik denganku
adakah sebarang maksud di sebalik kebaikannya
apakah dia ada hati denganku?
tidak, sebab dia kata dia menanti di universiti
ataukah dia memang sayang padaku
sebab dia memanggilku sayang?
tidak juga, sebab dia kata dia memang suka panggil orang macam itu
ataukah dia menanti diriku selepas kami berpisah
di antara timur dan barat?
dengan cincin sebagai tanda pengenalan kami
tidak mungkin, tidak sama sekali
ya Tuhan, berikan ku masa dan waktu
untuk ku sampaikan kepadanya
yang ku tak cintakan dia
dan berikanlah tempat
untuk ku sampaikan kepada buah hatiku
yang ku cintakan dia
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
0 komen:
Post a Comment