Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

I Have A Dream, And I've Got My Dream

3:59 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, dah lama tak singgah ke blog ini (walaupun ada lagi yang tak singgah ke blog saya ini). Maklum, assignment dah mula banyak, masa rehat sampai 3-5 jam, nak tidur tengah hari pun susah, ulang kaji takde masa, mesej awek ada lak masa (yang ni tipu je tau, aku mana ada awek, ak kan SAL). Sesuai dengan janji saya, saya akan bercerita tentang Kempen Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (selepas ini disingkat dengan JPP). Saya telah mengambil bahagian dalam JPP ini sebagai calon yang bertanding, best tak? Memang best, sebab kali pertama dapat merasai bahang pilihanraya sebenar. Ada SPR, ada calon yang bertanding, ada poster dengan kempen mereka, lastly ada pilihanraya.
Akhir minggu pertama bulan Jun, penamaan calon dan saya telah menyerahkan borang penamaan calon bersama dengan kawan saya yang juga bertanding. Saya mewakili aliran fizik dan dia dari hayat. Menurut peraturan, pelajar fizik mesti mengundi aliran fizik sahaja, begitu juga dengan hayat dan akaun. Minggu kedua Jun, bermulalah kempen perang poster untuk menarik undi. Dah lawak la kalau ada calon yang tampal poster dengan gambar-gambar mereka yang, hahaha, lawak seyh!!!!
Para calon juga hadir untuk mendengar taklimat mengenai cara-cara berkempen dengan baik dan benar. Kemuncak kepada kempen ini ialah pidato umum, pada Jumaat pukul 9 malam. Seramai 20 calon (sebenarnya ada 21 calon, tetapi salah seorang daripada calon hayat tidak hadir berpidato) berpidato di hadapan warga KMNS, dan menyampaikan visi misi mereka.
Sabtu pagi, pelajar KMNS diwajibkan mengundi. Entah hantu apa yang berbisik ke telingan kawan-kawan saya yang ikut bertanding, bahwa calon tidak perlu keluar mengundi. Nasib baik saya sempat mengundi sebelum masa mengundi tamat.
Keputusan undian diumumkan secara tidak rasmi pada petangnya, dan saya mendapat undian tertinggi untuk aliran fizik. I don't believe it, itulah reaksi saya apabila saya mendapat tahu yang saya dapat highest vote.....hahahaha. Apa-apapun, terima kasih kepada pengundi-pengundi saya, terutamanya kepada yang telah memberi semangat kepada saya, sama ada lelaki atau perempuan. Rabu lepas, saya dengan 19 orang calon lainnya yang mendapat kerusi dalam JPP diwatikahkan dalam satu perhimpunan rasmi.

Kesimpulannya, saya jadi Yang Dipertua Pelajar KMNS sesi 2009/2010.

Labels: ,

2 komen:

Comment by sitinoramira on June 20, 2009 at 7:42 AM

tahniah2!!!!

Comment by Fa on June 27, 2009 at 10:04 AM

gile kentang.
YDP JPP uhhhhh.
xmenahan lu ariff weh.

Post a Comment