Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Perpisahan Ini Selalu Terjadi.....

7:14 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, sebelum itu saya meminta maaf kepada semua peminat dan pembaca setia blog saya ini, sebab hampir 3 minggu saya tidak mengeposkan berita dan cerita baru berkaitan dengan saya. Akan tetapi, masalahnya saya sekarang sibuk dengan majlis belia di kawasan saya, selain urusan untuk masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (selepas itu, dibaca KMNS). Ya, saya akan menyambung pelajaran di KMNS bermula Isnin, 11 Mei 2009 sampai 18 April 2010. Itupun kalau saya tidak dapat tawaran dari mana-mana universiti selama tempoh tersebut. Maknanya, hari di mana saya mengepos berita ini, adalah hari terakhir saya di Kuala Lumpur.
Memang terkilan apabila saya terpaksa meninggalkan tempat kelahiran saya, tempat saya membesar di Malaysia ini, tempat saya mengenal dunia baru, dan saya terpaksa meninggalkan semuanya demi menyambung masa depan saya. Apa-apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada ramai insan yang telah saya kenal sejak saya kembali semula di Malaysia ini, seperti:

  • rakan sekelas saya di tingkatan 2 Usaha, terima kasih sebab memperkenalkan kepada saya apa itu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan secara mendalam
  • rakan sekelas saya di tingkatan 3 Bestari, terima kasih sebab kalian semua mengajarkan kepada saya apa itu semangat setia kawan dan pantang menyerah. Terutamanya kepada Fahmi, Anas, Rashidi, Amirulhakeem, Aliff, Zabri, MASBAB, Shafiq, dan sebahagian pelajar perempuan.
  • rakan sekelas saya di tingkatan 4 Bestari, terima kasih sebab kalian semua membantu saya mengobarkan api semangat untuk belajar dan berkarya. Terutama kepada Twinz, Liyana, Nizam, Nasihah, dan ramai lagi
  • rakan sekelas saya di tingkatan 5 Bestari, terima kasih sebab mengajarkan saya dan semua sekali apa itu konflik dan skandal. Di sini, semua nama akan saya sebutkan, seperti Aliff, MASBAB, Nizam, Mel, Zabri, Fareez, Fikri, Bowe, Harris, Syaf, dan semua perempuan di 5 Best'08
  • rakan baru saya di Republic of 1991, kalian semua memang sengal seperti raja kalian, akan tetapi selepas raja kalian pergi, siapa yang akan menjadi pewaris?
  • Terutamanya kepada Nur Atikah Hanafi yang menjadi kunci kesengalan republic of 1991, sebab ada dua, baru menarik. Kalau saya sendirian yang sengal di sana, maka tak menarik. Apa-apaun, semua warga RO1991 jangan salah faham, sebab kami hanyalah kawan
Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan dan ucapkan, mohon maaf apabila nama-nama kalian tak saya sebutkan, sebab terlalu ramai di kepala saya nama-nama yang mesti saya tulis. Apa-apaun, keep in touch, alright?

Labels: ,

1 komen:

Comment by Fa on May 9, 2009 at 9:43 PM

senget btol ariff nih.
ade pulaaaaakkk sengal
kau la sengal.
wek.

Post a Comment